Pokok-pokok serai paha ayam @ serai gajah yang wak tanam pada awal tahun sudah boleh dituai. Menjelang hari raya haji yang lepas, wak mula menjual serai disamping jualan buah-buahan tempatan di paskam. Ia dipanggil serai paha ayam @ serai gajah kerana saiznya yang lebih besar daripada serai kampung yang biasa kita tanam.
Jualan serai paha ayam di paskam
Keadaan tanaman serai berumur beberapa bulan.
Hidup subur walaupun kemarau.
Keadaan tanaman serai sekarang yang
sudah sesuai dituai.
Rumpunan serai dewasa sebelum dituai.
Perdu serai paha ayam @ serai gajah.
Seperdu menghasilkan lebih kurang 20 batang serai.
Memotong rumpunan serai.
Serai yang siap disiang.
Sedia untuk jualan.
Salam bertani.
Alhamdulillah... sihat2 belaka serainya
BalasPadamAlhamdulillah
PadamDijaga dengan penuh kasih sayang
Suka tgk serai gemuk2 mcm ni..
BalasPadamSerai ni memang besar2 berbanding serai biasa.
Padamsebab tu dipanggil serai gajah.
Wahhh...wakk...nak beli...nak buat benih...
BalasPadamYang jual kat pasar tu pun boleh buat benih.
PadamRendam seminggu sampai keluar akar baru semai.
Terbaik wak 👍👍👍 berbudi pada tanah.. Semoga terus sukses!
BalasPadamHidupku bertani
PadamWP nak tanya serai ni memang tak perlu jirus selalu kan, ana ada juga tanam serai peha ayam ni.ada 3 rumpun setakad ni Alhamdulillah tak payah nak beli.
BalasPadamMula2 tanam kena jiruslah.
PadamBila dah besar dan banyak daun tak payah jirus sebab daunnya boleh memerangkap embun seperti pokok nanas.
Waaaa meriahnyaa dan gemoknyaaa serai tanaman Wak...saya baru tau ada jenis serai yee Wak...
BalasPadamAda beberapa jenis serai.
PadamKalau pokok serai wangi tak boleh buat masak
Seronok bila dapat menuai hasilnya :)
BalasPadamHasil seciput aje
Padamseronok ya bila dapat hasilnya
BalasPadambtw serai ni pun ada jenis ya? bila sebut serai ingat sama ja semua hehe
Serai ni besar.
PadamYang kecik2 serai kampung.
Tapi kalau nak masak lebih baik cari serai kampung sebab ia lebih wangi terutama kalau masak tomyam
Kita suka simpan stok serai, selalu beli aje
BalasPadamlebih untung beli, sebatang baru 25 sen.
Padamkalau nak tanam kena tunggu 8 bulan.
Baru tau serai ada jenis. Ingatkan sejenis je. Seronok tgk hasil tanaman.
BalasPadamGemuk2 serainya seronok tengok hihi 😄
BalasPadamwoww gemuknyaaa mereka wak!!!
BalasPadamtak tahu pula serai pun ada beberapa jenis kan. serai besar2 pula tu
BalasPadamowh tak jual kilo ya WP...boleh tahan juga harganya ya =)
BalasPadamSuka jual gini
PadamOrang nak beli boleh pilih sendiri.
MAHAL JUGA HARGANYA MEMANG MENGUNTUNGKAN BERKAT RAJIN
BalasPadamuntung dapat esesai PI
PadamSA suka beli serai yang besar2 macam ni....puas rasanya
BalasPadamtak tahu serai ada jenis nyer.
BalasPadamaida suka yg besar gini. terasa berbaloi membeli nyer.
this weekend baru lah nak menanam serai depan rumah.
wish me luck.
ohh nama serai paha ayam rupanya,, tahu guna jerr ni haaa.. meriah kebun wak,,
BalasPadamApe beza serai peha ayam and gajah
BalasPadamPleasee balas
Serai yang sama.
PadamDimana boleh saya dapatkan pembekal benih serai peha ayam daerah K.Kangsar
BalasPadamCuba tanya FAMA kat situ
PadamTanaman serai ni ada tak ular yang suka bersarang atau pun berkeliaran.?
BalasPadamUlar tak suka bau serai
BalasPadamSera peha ayam ni buat masakan atau minyak
BalasPadam.konfius
Buat masakan pun okay
Padamsalam. tanah kena gembur dulu sebelum tanam?
BalasPadam