Ramai orang mengangap bahawa pisang lemak manis adalah pisang empat puluh hari. Hakikat sebenarnya , pisang lemak manis dan pisang empat puluh hari adalah dari spesis yang berlainan. Kedua-duanya berbeza dari segi rupa dan ketinggian pokok dan bentuk serta saiz buah juga berbeza.
Pisang lemak manis jarang-jarang dijumpai dan tidak ditanam secara komersial kerana hasilnya sangat sedikit. Manakala pisang empat puluh hari pula biasanya dipanggil pisang boyan. Pokok pisang boyan lebih rendah dan buahnya boleh dicapai dengan tangan tetapi hasilnya banyak dan lebih cepat dituai.
Di kebun "Warisan Petani" kedua-dua jenis pisang ini banyak ditanam kerana ianya sangat mudah membiak dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi
Anak pokok pisang 40 hari.
Pokok pisang 40 hari sedang berbuah.
Buahnya dibungkus untuk dapatkan hasil yang berkualiti.
Pokok pisang 40 hari sedang berbuah.
Buahnya dibungkus untuk dapatkan hasil yang berkualiti.
Buah pisang 40 hari muda.
Buah pisang 40 hari.
Buahnya agak tirus dan tidak sekata.
Bahagian hujungnya semakin kecil.
Pisang 40 hari.
Setandan mempunyai sehingga 10 sisir buah.
Buah pisang 40 hari telah masak.
Buahnya mudah lerai dari tangkai.
Kulitnya melekat pada isi jika terlalu masak.
Anak pokok pisang lemak manis.
Pokok pisang lemak manis.
Serumpun pokok pisang lemak manis.
Pokok pisang lemak manis yang telah berbuah.
Saiz pokok kecil dan tinggi
Buah pisang lemak manis.
Bentuknya lebih bulat dan berisi.
Buah pisang lemak manis yang matang.
Saiznya agak sekata.
Hanya mempunyai empat sisir buah dalam setandan.
Pisang lemak manis dan pisang empat puluh hari sesuai dimakan sebagai pencuci mulut.Ia juga boleh dibuat cekodok dan lempeng pisang tetapi tidak berapa sesuai untuk digoreng. Rasa pisang lemak manis lebih sedap, sangat manis dan berbau harum.
Buah pisang empat puluh hari lebih cepat matang tetapi tidak sekata. Sisir bahagian atasnya lebih cepat matang manakala sisir bahagian hujungnya masih muda dan bersaiz kecil. Buah matangnya sangat mudah lerai dan kulit buahnya melekat pada isi bila terlalu matang.
Harga Buah pisang lemak manis RM4.50 sekilogram manakala harga pisang empat puluh hari lebih kurang RM2.50 sekilogram.
Salam bertani.
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ilmu, mmg bukan mudah nak bezakan 2 spesis pisang ini. Pisang boyan@40 hari mudah didapati di mana2, tapi pisang lemak manis agak sukar diperolehi. Saya dapat anak benih pisang lemak manis dirumah sepupu isteri di Pekan Pahang.
BalasPadamMudah2an bermanfaat
PadamEn channon...boleh pm saya 01110847702 saya mencari benih pisang lemak manis pahang..saya ddk di pekan
PadamSy ada jual anak pokok pisang lemak manis. @ www.shopee.com/razman75
Padampm saya 01125540627
PadamSalam. Saya mencari penjual pisang lemak manis di Selangor. Jika anda, mohon hubungi saya. terima kasih.
BalasPadammasih mencari pisang lemak manis?
PadamSaya ada tanam pisang lemak manis tetapi siairnya bnyak,buahnya bulat2 .
BalasPadamsaya pembekal/ petani pisang lemak manis dan pisang 40 hari. sila email saya di faridzismail@gmail.com
BalasPadamBoleh beri sedikit info tentang pisang emas tuan
BalasPadaminfo admin ada yg kurg tepat.. di pekan ada yg jual pisang lemak manis goreng..dh lbh 30thn niaga dan sgt terkenal kt pekan
BalasPadamTerima kasih infonya
PadamBolehlah cuba goreng lepas ni
kalau sape² mencari pisang lemak manis atau cari anak benih pisang lemak manis, boleh pm sy
BalasPadamSaya nak beli duduk di mana ye
PadamBerapa sepokok harga
BalasPadam