Si Teten ialah seekor anak kucing hanyut yang singgah di rumah "Warisan Petani" tanpa diundang kira-kira enam bulan yang lalu. Keadaannya pada masa itu amat menyedihkan, kurus tidak terurus dan kedua-dua matanya mengalami jangkitan yang serius. Dengan penuh belas kasihan kami memeliharanya, membawanya ke klinik haiwan untuk rawatan sehinggalah ia pulih menjadi seekor anak kucing yang comel dan menjadi haiwan kesayangan kami sekeluarga.
Si Teten bukanlah dari baka kucing kampung biasa. Ia berbeza dengan kucung-kucing kampung lain yang kami pelihara. Ia bijak dan sangat manja seolah-olah memahami kehendak penjaganya. Penyayang terhadap kucing-kucing lain, tidak pandai bergaduh jauh sekali mencuri makanan.
Kami sekeluarga hanya sempat menyayangi Si Teten selama lebih kurang enam bulan sahaja. Ia datang dengan tidak diundang dan pergi tanpa diduga. Kehadirannya penuh bermakna tetapi hanyalah seketika.
Keadaan Si Teten seminggu selepas kehadirannya.
12 Ogos 2015
Si Teten pada awal kehadirannya.
Si Teten di klinik haiwan.
Dalam tempuh rawatan.
Kami membeli sebuah buku untuk memahami tentang Si Teten.
Keadaan Si Teten selepas beberapa bulan.
Penunggu yang setia
Menjadi teman belajar anak bongsu.
Teman sepermainan cucu kesayangan
yang mula-mula memanggilnya Teten.
Tak jemu mata memandang.
Teten di luar rumah pada waktu senja.
Gambar pada 16 Januari 2016
Posing terakhir Teten sehari sebelum kematiannya.
19 Januari 2016.
Jasad Teten dijumpai tengah hari tadi.
20 Januari 2016
Ada kesan darah di mulutnya.
Di sini jasadnya disemadikan.
Kehadiran Teten hanyalah persinggahan.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan