Isnin, 4 Januari 2016

Tanaman Pisang 1 : Pisang Lemak Manis VS Pisang 40 hari.

Salam bertani.

Ramai orang mengangap bahawa pisang lemak manis adalah pisang empat puluh hari. Hakikat sebenarnya , pisang lemak manis dan pisang empat puluh hari adalah dari spesis yang berlainan. Kedua-duanya berbeza dari segi rupa dan ketinggian pokok dan bentuk serta saiz buah juga berbeza.
      Pisang lemak manis jarang-jarang dijumpai dan tidak ditanam secara komersial kerana hasilnya sangat sedikit. Manakala pisang empat puluh hari pula biasanya dipanggil pisang boyan. Pokok pisang boyan lebih rendah dan buahnya boleh dicapai dengan tangan tetapi hasilnya banyak dan lebih cepat dituai.
      Di kebun "Warisan Petani"  kedua-dua jenis pisang ini banyak ditanam kerana ianya sangat mudah membiak dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi


Anak pokok pisang 40 hari.


Pokok pisang 40 hari sedang berbuah.
Buahnya dibungkus untuk dapatkan hasil yang berkualiti.


Dua pokok pisang 40 hari sedang berbuah.
Pokoknya rendah dan buahnya boleh dicapai tangan.


Buah pisang 40 hari muda.


Buah pisang 40 hari.
Buahnya agak tirus dan tidak sekata.
Bahagian hujungnya semakin kecil.


Pisang 40 hari.
Setandan mempunyai sehingga 10 sisir buah.


Buah pisang 40 hari telah masak.
Buahnya mudah lerai dari tangkai.
Kulitnya melekat pada isi jika terlalu masak.

Anak pokok pisang lemak manis.


Pokok pisang lemak manis.


Serumpun pokok pisang lemak manis.


Pokok pisang lemak manis yang telah berbuah.
Saiz pokok  kecil dan tinggi


Buah pisang lemak manis.
Bentuknya lebih bulat dan berisi.


Buah pisang lemak manis yang matang.
Saiznya agak sekata.
 Hanya mempunyai empat sisir buah dalam setandan.

     Pisang lemak manis dan pisang empat puluh hari sesuai dimakan sebagai pencuci mulut.Ia juga boleh dibuat cekodok dan lempeng pisang tetapi tidak berapa sesuai untuk digoreng. Rasa pisang lemak manis lebih sedap, sangat manis dan berbau harum.
     Buah pisang empat puluh hari lebih cepat matang tetapi tidak sekata. Sisir bahagian atasnya lebih cepat matang manakala sisir bahagian hujungnya masih muda dan bersaiz kecil. Buah matangnya sangat mudah lerai dan kulit buahnya melekat pada isi bila terlalu matang.
     Harga Buah pisang lemak manis RM4.50 sekilogram manakala harga pisang empat puluh hari lebih kurang RM2.50 sekilogram.

Salam bertani.

15 ulasan:

  1. Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ilmu, mmg bukan mudah nak bezakan 2 spesis pisang ini. Pisang boyan@40 hari mudah didapati di mana2, tapi pisang lemak manis agak sukar diperolehi. Saya dapat anak benih pisang lemak manis dirumah sepupu isteri di Pekan Pahang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. En channon...boleh pm saya 01110847702 saya mencari benih pisang lemak manis pahang..saya ddk di pekan

      Padam
    2. Sy ada jual anak pokok pisang lemak manis. @ www.shopee.com/razman75

      Padam
  2. Salam. Saya mencari penjual pisang lemak manis di Selangor. Jika anda, mohon hubungi saya. terima kasih.

    BalasPadam
  3. Saya ada tanam pisang lemak manis tetapi siairnya bnyak,buahnya bulat2 .

    BalasPadam
  4. saya pembekal/ petani pisang lemak manis dan pisang 40 hari. sila email saya di faridzismail@gmail.com

    BalasPadam
  5. Boleh beri sedikit info tentang pisang emas tuan

    BalasPadam
  6. info admin ada yg kurg tepat.. di pekan ada yg jual pisang lemak manis goreng..dh lbh 30thn niaga dan sgt terkenal kt pekan

    BalasPadam
  7. kalau sape² mencari pisang lemak manis atau cari anak benih pisang lemak manis, boleh pm sy

    BalasPadam