Salam bertani
Wak nak tunjuk baka ayam arab yang wak ternak bersama-sama beberapa baka ayam lain. Ayam arab ni dikategorikan sebagai ayam kampung asli jenis penelur. Saiz ayamnya agak kecil dan telurnya berwarna putih gred C. Ayam arab rajin bertelur dan sesuai dipelihara sebagai ayam penelur. Daging ayam arab sangat berkhasiat kerana tidak mengandungi lemak. Jom tenguk
Sepasang ayam arab dewasa.
Ayam arab biasanya berbulu putih bintik-bintik hitam.
Induk ayam arab ini sudah bertelur.
Ada juga ayam arab berbulu coklat berbintik hitam.
Wak pelihara cara kurung lepas.
Kurung dalam reban waktu pada pagi.
Lepas bebas pada waktu petang selepas bertelur.
Anak-anak ayam arab yang wak tetaskan guna inkubator.
Anak-anak ayam arab berumur tiga bulan.
Yang jantan sudah boleh dituai.
Yang betina akan disimpan sehingga bertelur.
Telur ayam arab berwarna putih.
Saiz gred C kategori telur ayam kampung.
Daging ayam arab langsung tidak berlemak.
Salam bertani.
Ooo kiranya yang jenis berbintik bintik ni ayam arab la ye Wak...
BalasPadamrupanya ada spesis ayam arab.. hensem jugak rupanya spesis ni
BalasPadamSegak² la ayam Arab ni 😁
BalasPadamNampak besar juga ayamnya tapi mgkn sekadar dlm gambar.
wah tak ada lemak..baik untuk kesihatan tu WP
BalasPadamCute2 jer ayam arab ni.sgt bagus tu isi nya sbb tak de lemak
BalasPadamBaru tahu namanya ayam Arab.
BalasPadamcantiknya ayam arab ni, nampak mcm ayam kampung biasa tapi bulunya bintik bintik.. kalau dapat ke mak ldy ni mesti mak ldy suka, mak ldy suka membela ayam n pokok2..
BalasPadamSaya baru tau Wak kalau jenis ayam Arab tu ada bintik-bintik hitam nya,informasi baru nih
BalasPadamdana ingatkan ayam arab badannya besar wak... dagingnya tu lembut ke liat mcm ayam telur atau ayam pencen wak? ke lembut mcm ayam kampung dara tu?
BalasPadamDagingnya macam ayam kampung asli.
PadamYang muda lembut jugalah, kalau yang pencen tu memanglah liat
cantik ayam arab ni ye
BalasPadampernah nampak ayam ni, tak tau pulak namanya Ayam Arab. Semoga terus sukses Wak
BalasPadamBanyak ayam arabnya... Lembut tak isinya Wak
BalasPadamMacam daging ayam kampung asli
Padamcantik ye ayam arab
BalasPadamKena masak Mandy la macam ni...?
BalasPadammemang ngam
PadamCANTIK AYAM ARAB SAYANG NK GULAI RENDANG
BalasPadamNi first time nampak ayam baka ni. Lawa juga ya.....tiba2 nampak kaki ayam....sedap tu....
BalasPadamOooo... agaknya sebab itulah kalau kita ke Timur Tengah, telur ayamnya warna putih. Telur ayam arab kot Wak.
BalasPadamNama aje ayam arab, tapi bukanlah berasal daripada timur tengah
PadamSalam wak.. ayam ni asal mana kalau bukan dari arab? Ayam ni asal dari tanah arab.. tempat nama fayyum.. sbb tu nama dia fayumi.. samada mesir atau syria sy x pasti.. saya pon ada bela..
PadamDaripada pembacaan wak, ayam arab ni berasal dari benua eropah (negeri belgium). Cuba rujuk en google tanya negeri asal ayam arab.
PadamWaulahualam.
Wak, ayam Arab ni boleh cakap Arab ke tak? 😅
BalasPadamAyam wak kelihatan sehat...dagingnya pastinya enak bila dimasak sebuah hidangan
BalasPadamwaahhhhh lumayan bela ayam Arab ni Wak!
BalasPadamOh! ini namanya ayam Arab.
BalasPadamPernah tengok ayam ni jiran emak Mrs. A kat kampung ada bela
Maksudnya daging ayam arab ni sedap la ye wak...
BalasPadamSedap dan berkhasiat,
Padamsuka nya tgk corak bulu dia. cantik.
BalasPadamAyam Arab Kita tak ada.. ayam jagoh kg ada la... nk kena cari jugak ayam Arab ni...
BalasPadamSaya baru tahu ada jenis ayam arab, tq wak sebab share
BalasPadamKalau tengok kulit dagingnya tu ada bintik-bintik juga.
BalasPadamBagus ayam ni ye, penelur dan kurang lemak. Kiranya senang lah nak kenal ayam arab ni dari segi coraknya ye wak.
BalasPadamBagusnya daging dia, tak berlemak. Boleh makan selalu. Hehe..
BalasPadamteringin nak beli ayam tapi duduk flat tak boleh la wak hahaha :D
BalasPadamBeli yang dah siap proseslah
PadamOhhhhh saya paham sekarang. Awal Januari lalu saya baru dari Belarus , Azerbaizan dan Georgia Wak. Di sana ada beberapa kali beli telur untuk sarapan di apartemen. Cuma pelik lihat telur mereka semua putih bersih. Tak macam telur di Indonesia dan Malaysia . Ternyata itu telur ayam arab yaa...
BalasPadamAda juga specis ayam2 lain yang telurnya warna putih.
PadamYang di sana tu rasanya telur ayam white leghorn.
Datang blog ni macam amacam info pertanian dan penternakan..
BalasPadamTQ Wak ilmunya
oh kecik je telur ayam arab ni ye
BalasPadamsekali baca ayam arnab ..dua kali baca rupanya ayam arab ,heheheh slaah faham pulak
BalasPadammcm org arab juga.. tinggi tegap. elok takde lemak ye
BalasPadamOwh.. Yang ada bintik ni namanya ayam arab ye wak.. Menarik..
BalasPadamSyoklah tak ada lemak..
Macam-macam jenis rupanya ayam ye. Tahu ayam katik dengan ayam jantan selain ayam betina. hehehehehe
BalasPadamAssalamualaikum..tumpang tanya kalau sudi jawab..saya bela ayam kg kacuk..macam mana nak buat ayam betina bertelur ye? Kena kahwinkan dengan ayam jantan baka lain ke?
BalasPadam