Ahad, 7 Januari 2024

MB 215 : Ayam Lohmann Brown Dah Bertelur

 Salam bertani


Ayam lohmann brown yang wak bela dah mula bertelur sejak
beberapa hari yang lepas.


Sebahagian daripada 40 ekor ayam lohmann brown betina
dalam reban lantai berpasir.


Wak sediakan 3 sangkar bertelur di dalam reban.
Sangkar telur menggunakan abuk kayu sebagai alas telur.


Hasil telur sepagian.
Ada sebahagian yang belum mula bertelur.


Seekor induk lohman brown.
Akan bertelur sebiji sehari biasanya waktu pagi.


Sangkar 1.
14 biji sepagian.


Sangkar 2.
10 biji sepagian.


Sangkar 3
6 biji sepagian.
(Jumlah 30 ekor yang bertelur pagi ini).

Salam bertani

50 ulasan:

  1. Alhamdulillah, banyak hasilnya ye Wak.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. lumayan tu Wak...
    Ayam ni kongsi tempat yang sama ye sarang bertelur?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa, kalau 10 biji tu maknanya 10 ekor yang bertelur dalam sangkar tu

      Padam
  3. Alhamdulillah, rezeki. Bestnye ada ayam telur fresh.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah rezeki tahun baru 🤲
    Kecik² dulu bangun pagi kutip telur ayam di reban, best sangattttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waak kutip telur tu setiap hari biasanya waktu tengah harilah

      Padam
  5. sehari berapa biji boleh dapat wak? mmg hari2 la mereka bertelur ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni dapat antara 25 - 30 biji sehari. Maknanya ada lagi ayam yang belum mula bertelur. Kebiasaannya mereka bertelur sebiji sehari

      Padam
  6. Seronoknya pungut hasil telur..pandai depa bertelur dalam bakul tu yer wak..wak nak tanya, kalau dah x bertelur ayam ni, sembelih kan? daging dia liat kan wak?sebab kat pasar ada jual ayam telur, keras uiii dagingnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam telur ni akan produktif bertelur sehingga umurnya dua setengah tahun. Selepas tu ia akan kurang bertelur dan akan dijual sebagai ayam pencen. Dagingnya memanglah keras sebab dah tua.

      Padam
  7. Balasan
    1. Ha aa, ayam akan bertelur sebiji sehari,
      Kalau ada 40 ekor, biasanya akan dapat antara 35 - 40 biji sehari.

      Padam
  8. Alhamdulillah. rezeki sgt2 ni. Wak jual jugak ker telur2 ni...sbb byk jugak tu if daily hasil kutipan..maunya tak abih nak mkn utk personal usage

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni wak dah mula jual satu tray sehari kepada besan wak. Dia buat kuih karipap telur dan berniaga di pasar pagi.
      Telur burung puyuh pun wak jual kat dia.

      Padam
  9. Ayamnya sehat sehat dan telornya bagua ya wak...mbul juga pengen beternak...tapi beternak entog

    BalasPadam
  10. Alhamdullilah rezeki dapat telur,lumayan banyak Wak..harga telur juga lumayan di sini

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah lumayan rezekinya sonoknya kutip telur

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah..banyak hasilnya tu wak. Boleh buat lauk beberapa hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak makan telur ayam kampung aje Fiza.
      Telur ayam ni wak jual atau anak2 ambil bila balik kampung,

      Padam
    2. Ohh..baguslah macam tu wak. Makan dapat, pendapatan pun dapat. Anak anak pun merasa.

      Padam
  13. waahhhh ayam telur riuh sekampung tak Wak? hehe

    BalasPadam
  14. Alhamdulilahh banyak lato-lato.. hehhe

    BalasPadam
  15. wah dia kongsi je eh Wak tempat bertelur. seronoknya setiap pagi kutip telur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia pandai gilir2 bertelur.
      Kalau 10 biji tu maknanya dah10 ekor yang bertelur kat situ

      Padam
  16. bestnye dapat bela ayam, dapat makan telur segar.. seronok hidup dengan alam ni.. mcm mak ayah kite zaman dulu2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak bela ayam ni sebagai hobi, sebab sejak kecil lagi wak minat berternak dan bertani. Alhamdulillah, jarang2 wak beli ayam dan telur yang dijual di pasar

      Padam
  17. Balasan
    1. Seekor ayam bertelur sebiji aje sehari DP
      Banyak tu maknanya banyak ekorlah yang bertelur.
      Wak kutip telur setiap hati.

      Padam
  18. Wahhh... 30 ekor yang bertelur. Pandai pulak ayam-ayam tu take turn untuk bertelur kat dalam bekas. Gamaknya masa nak keluarkan telur tu senang kot tak macam manusia ada contraction bagai huhu...

    BalasPadam
  19. Geram pulak tengok ayam tu, gebu-gebu belaka. Tengok telur tu sambil membayangkan mesti telur tu hangat sebab baru.

    BalasPadam
  20. Wow...sepagian sahaja sudah dapat 1 tray...
    Telur baru buat baulu best ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau semua dah bertelur nanti, mungkin lebih lagilah

      Padam
  21. Wah senang banget pagi-pagi sudah dapat telor ayam yang banyak Wak.
    Sukses dengan berternak ayamnya ya Wak.

    Salam,

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah.
    Di saat harga telur ayam mencanak naik, Wak dapat menuai hasil ternakan sendiri. Sedap tu telur baru.

    BalasPadam
  23. terasa macam nak bawa anak-anak ke tempat wak untuk dorang kenal binatang...tempat wak dah macam one stop centre dah ni. ayam ada lembu ada, pokok ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak orang kampung, dulu2 sekolah tak pandai,
      inilah kerja2 yang boleh wak buat

      Padam
  24. Semoga terus sihat Ayam Ayam ituuu 😃

    BalasPadam
  25. Oh! sehari sebiji aje ayam tu bertelur baru tahu WP

    BalasPadam
  26. Pandai ayam² ni bekerjasama, berdisplin..ikut turn masing²...30 ekor..hangat² telur ayam..

    BalasPadam
  27. banyak nya bertelur .. mmg ayam tu klu nk bertelur dia naik atas masuk bakul.. ingt di bertelur di mana2 sahaja salam reban .. seronok kutip telur tu kalau dah byk mcm tu :D

    BalasPadam
  28. Subhanallah, Alhamdulillah. Hasil yang baik. Tahniah Wak.

    BalasPadam
  29. byk tu boleh dapat sepapan telur dah tu wak

    BalasPadam