Ahad, 21 Januari 2024

Bela Ayam Arab

 Salam bertani

Wak nak tunjuk baka ayam arab yang wak ternak bersama-sama beberapa baka ayam lain. Ayam arab ni dikategorikan sebagai ayam kampung asli jenis penelur. Saiz ayamnya agak kecil dan telurnya berwarna putih gred C. Ayam arab  rajin bertelur dan sesuai dipelihara sebagai ayam penelur. Daging ayam arab sangat berkhasiat kerana tidak mengandungi lemak. Jom tenguk


Sepasang ayam arab dewasa.
Ayam arab biasanya berbulu putih bintik-bintik hitam.


Induk ayam arab ini sudah bertelur.
Ada juga ayam arab berbulu coklat berbintik hitam.


Wak pelihara cara kurung lepas.
Kurung dalam reban waktu pada pagi.
Lepas bebas pada waktu petang selepas bertelur.


Anak-anak ayam arab yang wak tetaskan guna inkubator.


Anak-anak ayam arab berumur tiga bulan.
Yang jantan sudah boleh dituai.
Yang betina akan disimpan sehingga bertelur.


Telur ayam arab berwarna putih.
Saiz gred C kategori telur ayam kampung.


Daging ayam arab langsung tidak berlemak.

Salam bertani.

46 ulasan:

  1. Ooo kiranya yang jenis berbintik bintik ni ayam arab la ye Wak...

    BalasPadam
  2. rupanya ada spesis ayam arab.. hensem jugak rupanya spesis ni

    BalasPadam
  3. Segak² la ayam Arab ni 😁
    Nampak besar juga ayamnya tapi mgkn sekadar dlm gambar.

    BalasPadam
  4. wah tak ada lemak..baik untuk kesihatan tu WP

    BalasPadam
  5. Cute2 jer ayam arab ni.sgt bagus tu isi nya sbb tak de lemak

    BalasPadam
  6. Baru tahu namanya ayam Arab.

    BalasPadam
  7. cantiknya ayam arab ni, nampak mcm ayam kampung biasa tapi bulunya bintik bintik.. kalau dapat ke mak ldy ni mesti mak ldy suka, mak ldy suka membela ayam n pokok2..

    BalasPadam
  8. Saya baru tau Wak kalau jenis ayam Arab tu ada bintik-bintik hitam nya,informasi baru nih

    BalasPadam
  9. dana ingatkan ayam arab badannya besar wak... dagingnya tu lembut ke liat mcm ayam telur atau ayam pencen wak? ke lembut mcm ayam kampung dara tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dagingnya macam ayam kampung asli.
      Yang muda lembut jugalah, kalau yang pencen tu memanglah liat

      Padam
  10. pernah nampak ayam ni, tak tau pulak namanya Ayam Arab. Semoga terus sukses Wak

    BalasPadam
  11. Banyak ayam arabnya... Lembut tak isinya Wak

    BalasPadam
  12. CANTIK AYAM ARAB SAYANG NK GULAI RENDANG

    BalasPadam
  13. Ni first time nampak ayam baka ni. Lawa juga ya.....tiba2 nampak kaki ayam....sedap tu....

    BalasPadam
  14. Oooo... agaknya sebab itulah kalau kita ke Timur Tengah, telur ayamnya warna putih. Telur ayam arab kot Wak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama aje ayam arab, tapi bukanlah berasal daripada timur tengah

      Padam
    2. Salam wak.. ayam ni asal mana kalau bukan dari arab? Ayam ni asal dari tanah arab.. tempat nama fayyum.. sbb tu nama dia fayumi.. samada mesir atau syria sy x pasti.. saya pon ada bela..

      Padam
    3. Daripada pembacaan wak, ayam arab ni berasal dari benua eropah (negeri belgium). Cuba rujuk en google tanya negeri asal ayam arab.
      Waulahualam.

      Padam
  15. Wak, ayam Arab ni boleh cakap Arab ke tak? 😅

    BalasPadam
  16. Ayam wak kelihatan sehat...dagingnya pastinya enak bila dimasak sebuah hidangan

    BalasPadam
  17. waahhhhh lumayan bela ayam Arab ni Wak!

    BalasPadam
  18. Oh! ini namanya ayam Arab.
    Pernah tengok ayam ni jiran emak Mrs. A kat kampung ada bela

    BalasPadam
  19. Maksudnya daging ayam arab ni sedap la ye wak...

    BalasPadam
  20. suka nya tgk corak bulu dia. cantik.

    BalasPadam
  21. Ayam Arab Kita tak ada.. ayam jagoh kg ada la... nk kena cari jugak ayam Arab ni...

    BalasPadam
  22. Saya baru tahu ada jenis ayam arab, tq wak sebab share

    BalasPadam
  23. Kalau tengok kulit dagingnya tu ada bintik-bintik juga.

    BalasPadam
  24. Bagus ayam ni ye, penelur dan kurang lemak. Kiranya senang lah nak kenal ayam arab ni dari segi coraknya ye wak.

    BalasPadam
  25. Bagusnya daging dia, tak berlemak. Boleh makan selalu. Hehe..

    BalasPadam
  26. teringin nak beli ayam tapi duduk flat tak boleh la wak hahaha :D

    BalasPadam
  27. Ohhhhh saya paham sekarang. Awal Januari lalu saya baru dari Belarus , Azerbaizan dan Georgia Wak. Di sana ada beberapa kali beli telur untuk sarapan di apartemen. Cuma pelik lihat telur mereka semua putih bersih. Tak macam telur di Indonesia dan Malaysia . Ternyata itu telur ayam arab yaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga specis ayam2 lain yang telurnya warna putih.
      Yang di sana tu rasanya telur ayam white leghorn.

      Padam
  28. Datang blog ni macam amacam info pertanian dan penternakan..
    TQ Wak ilmunya

    BalasPadam
  29. oh kecik je telur ayam arab ni ye

    BalasPadam
  30. sekali baca ayam arnab ..dua kali baca rupanya ayam arab ,heheheh slaah faham pulak

    BalasPadam
  31. mcm org arab juga.. tinggi tegap. elok takde lemak ye

    BalasPadam
  32. Owh.. Yang ada bintik ni namanya ayam arab ye wak.. Menarik..
    Syoklah tak ada lemak..

    BalasPadam
  33. Macam-macam jenis rupanya ayam ye. Tahu ayam katik dengan ayam jantan selain ayam betina. hehehehehe

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum..tumpang tanya kalau sudi jawab..saya bela ayam kg kacuk..macam mana nak buat ayam betina bertelur ye? Kena kahwinkan dengan ayam jantan baka lain ke?

    BalasPadam