Salam bertani
Ada sepohon pokok nona yang wak tanam di tepi pagar rumah kira-kira tiga tahun yang lalu. Pokok nona tersebut sudah mula berbuah dan wak sedang menantikan masa buahnya akan matang. Walau pun baru pertama kali berbuah, tetapi buahnya agak lebat melebihi 30 biji.
Pokok nona ini adalah daripada jenis nona kampung (nona kapri) yang jarang-jarang ditemui. Sejenis lagi pokok nona yang biasa dijumpai ialah nona serikaya yang buahnya berwarna hijau. Buah nona membekalkan pelbagai khasiat kesihatan sekiranga kita sering menggunakannya.
Pokok nona kampung ini mudah dibiakkan melalui semaian biji benih dan boleh juga menggunakan kaedah tut/markot
Buah nona kampung berwarna perang semasa muda
dan akan bertukar kemerahan apabila matang.
Inilah sepokok nona yang hidup di tepi pagar rumah wak.
Sedang berbuah sulung melebihi 30 biji.
Kebanyakan buahnya masih muda sebesar penumbuk
Kesemua dahannya menghasilkan buah.
Tumbuhan yang melilit itu adalah pokok timun tikus.
Buah di bahagian bawah
berjuraian hampir ke tanah.
Berjuntaian di tepi pagar.
Setangkai 3 biji.
Pokok nona tersebut pada 3 tahun yang lepas.
Semaian daripada biji benih.
Salam bertani.
Besar-besar buah nona tu. Jarang jumpa buah ni sekarang.
BalasPadamsedapnya buah nona, dulu nenek selalu bagi saya makan :)
BalasPadamkok ayu temen wak., ;p
BalasPadamSaya tak pernah makan buah nona, ingatkan rasanya masam, teringat pulak kuih nona manis, hehe
BalasPadamLEBATNYA BUAH NONA TAKPERNAH RASA LAGI
BalasPadamtak pernah skali pun rasa buat nona ni.. huhuh
BalasPadamYg ni tak pernah rasa, yg hijau tu adalah pernah beli. Buah2 kampung yg rare ni dah payah nak jumpa sekarang
BalasPadamsuka buah nona...Alhamdulillah, banyak buahnya..
BalasPadamOooo... macam ni tumbuhnya....
BalasPadamLama tak makan buah nona ni...skrg mcm susah mau jumpa
BalasPadamAroma wangi nona ni menyegarkan.Baru cakap dengan babah,bah tak nak tanam pokok nona ke.Hehehehe.
BalasPadamboleh x sy nk beli sebiji?
BalasPadamLebat buahnya, kami takde rezeki sangat semua kena gigit tupai sebelum ranum betul.
BalasPadamtak pernah makan buah ni wak..huhu
BalasPadamBanyaknya buah nona. Tak pernah makan buah nona
BalasPadampertama kali saya tgk buah ni wak :)
BalasPadamWah, banyak buahnya
BalasPadamSA suka makan nona manis..kadang belinyg kat MBG .tp oversea punya la...mmg mahal tp puas hati
BalasPadamTak pnh rasa lagi. kalau ada boleh cuba nii
BalasPadamSuka buah nona nie..
BalasPadamArwah mak saya dulu, suka makan buah nona. :)
BalasPadamAda benih utk dijual?
BalasPadamMaaf takde
Padam