Jumaat, 23 Oktober 2020

JDT 05

 Salam bertani



Minggu ini wak beli 5 beg baja dan satu tong racun rumpai.
Macam ni pun dah jejak RM700.00


Minuman cekok detox.
Dalam sebulan adalah sekali wak minum.
Buat sendiri daripada lempuyang, kunyit dan kencur.
Pahitnya ya amat.
Kena tambah madu dua sudu baru boleh minum.


Sebahagian lembu2 wak di tepi sungai.
Ibu Zura dan anak2nya.
Yang belakang sekali tu si Kobit.



Pokok kuini depan rumah ni dah dua kali berbunga
walau pun baru berumur setahun jagung.
Harap2 adalah buahnya yang jadi nanti.


Yang ni minum setiap hari pun takpe.
Air kelapa muda.
Siap satu jag simpan dalam esbok.
Sekejap aje habis.


Sebaris pokok ketum ayam yang wak tanam di dusun.
Nampaknya dah boleh tuai kasi ayam makan.


Menu hari ini.
Sayur rebung buluh madu masak goreng berlado.
Sepinggan tu wak sekali hadap aje.


Buah pisang lemak manis tepi pagar rumah.
Tunggu masa nak dituai.


Limau bali sunkist ni dah ada yang masak.
Besok anak cucu wak balik bolehlah tuai.


Pokok jambu bol pun dah berbunga juga.


Anak2 ayam kampung ni baru berpindah ke reban lantai tinggi.
Tunggu umur dua bulan baru pindahkan ke reban lantai tanah
dan boleh lepas bebas.

Salam bertani.

23 ulasan:

  1. Cekok tu Saya minum tanpa madu masa pantang bersalin rasanya akar bakawali lagi pahit

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang pahit sangat tu namanya akar brotowali.
      bakawali tu pokok bunga.

      Padam
  2. rindu pulak dengan si kobit tu...haha

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Cekok detox ni kira air lempuyanglah.
      Lempuyang ni sangat banyak khasiatnya.
      cer google tenguk.

      Padam
  4. Cepat dah besar so Kobit.
    Wak sedang naik tangga ke ambil gambar pisang lemak manis tu.
    Kalau Jambu bol berbunga mesti adik beradik lebah suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok pisang lemak manis tu wak ambil gambar dari luar pagar tempat yang lebih tinggi. lagi pun pokoknya memang rendah aje.

      Padam
  5. Alhamdulillah rezki dari kebun tiasa sbb rajin diurus dgn baik

    BalasPadam
  6. Nanti suami dah pencen, saya pun nak jadi cam wak. Bertani atas tanah sendiri. Makan dari hasil bertanam dan menternak. Salam kenal, wak.

    BalasPadam
  7. Minuman cekok detox tu boleh jual online pulak wak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takut takde orang nak beli uncle.
      Rasanya pahit ya ampun

      Padam
  8. Pahitnya wak air cekok detox tu.Teringat arwah pak dulu selamba je minum air lempuyang.

    BalasPadam
  9. pertama kali dengar cekok detox. perghh kunyit tu tak boleh tahan kalau minum. Rasa teringin pulak tengok air kelapa segar tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak memang minum air lempuyang ni sekali dua sebulan.

      Padam
  10. terus rasa terliur sangat2 tengok air kelapa tu wak...yum yum!

    BalasPadam
  11. Terkulat tekak saya nengok air jamu tu..
    Wakkk bestnya petik buah bali tuuu..adeii syoknyaaaaa

    BalasPadam
  12. Tu buah limau bali sunkist
    Buahnya kecil sediki tetapi ada rasa macam limau bali.

    BalasPadam
  13. Adudu sedapnya minum air kelapa sejuk.. suka tgk tanaman dan haiwan peliharaan wak semua menjadi

    BalasPadam
  14. wak..air kelapa tu bg bpe jug pn saya minum..lg2 time sejuk! air kesukaan ni wak :)

    BalasPadam
  15. Sedap minum air kelapa sejuk-sejuk..
    Hari-hari minum pun takpe kan wak..

    BalasPadam