Salam bertani.
Alhamdulillah, beberapa pokok ketum ayam yang wak tanam di dusun sudah membesar dan boleh menghasilkan anak benih. Beberapa minggu yang lepas wak membiakkan lebih kurang dua puluh pokok dan hari ini wak menanam lapan belas pokok lagi. Anak benih yang terhasil wak terus tanam di tapak penanaman tanpa menyemainya terlebih dahulu kerana wak menggunakan keratan batang berakar. Dahan pokok ketum ayam yang berada di bahagian bawah pokok akan mengeluarkan akar udara sebelum menjalar ke dalam tanah dan sesuai dijadikan bahan penanaman baru.
Pokok ketum ayam yang wak tanam pada bulan April yang lepas
daripada benih keratan batang yang wak semai dalam polibeg
sebelum dipindahkan ke tanah.
Dahan pokok ketum ayam mengeluarkan akar udara
dan membentuk pokok baru di sebelah pokok induknya.
Dahan pokok yang berakar sesuai dijadikan bahan penanaman.
Bahan penanaman yang akan terus wak tanam di tapak
penanaman tanpa disemai dalam polibeg.
Anak pokok yang baru ditanam seminggu yang lalu.
Sudah mula mengeluarkan tunas baru.
Perlu disiram setiap hari sekiranya tidak hujan.
Anak benih tanaman berumur seminggu sudah
mula mengeluarkan pucuk baru.
Wak tanam di tepi pagar dusun.
Bahan penanaman yang baru wak tanam pada pagi ini.
Bahan penanaman baru perlu dibuang daunnya untuk
mengelakkan layu dan mati kerana sejatan.
Daunnya wak gunakan untuk dijadikan makanan ayam kampung.
Pokok ketum dewasa yang sudah boleh dituai dan
boleh menghasilkan anak benih penanaman.
Salam bertani.
Sekali tengok macam pecah beling.
BalasPadamHa aa macam daun pecah beling
PadamCuma lebih lebar dan pokoknya lebih besar
ooo... Ayam kampung pun makan daun ketum jugak ye... Pokok Ketum Ayam nie dengan Pokok Ketum lagi satu... tak sama erkk...
BalasPadamTak sama
Padamyang ni pokok untuk dijadikan makanan ayam.
subur menghijau pokok ni agaknya boleh juga dibuat sayur kut
BalasPadamTap pasti PI
PadamBelum cuba lagi
Wakk nak buat apa aje daun ketum tu? Boleh makan ke Wak?
BalasPadamPoko ni unntuk makanan ayam kampung yang wak bela tu.
Padammengandungi protien yang tinggi dan rendah lemak.
Rimbunnya.
BalasPadamAda akar udara, akan membiak merata-rata la kan wak?
Nampaknya macam mudah dibiakkan.
PadamPokok ketum ayam ni sama ke dengan pokok ketum yang satu lagi tu?
BalasPadamTak sama DP
PadamYang ni tak memabukkan tetapi hanya untuk makanan ternakan
Sekali imbas macam pecah beling pokok nya.
BalasPadamHampir sama tetapi daunnya lebih besar dan lebar berbanding pokok pecah kaca tu.
PadamPertama kali dengar ni😂
BalasPadamapa khasiat pokok ni wak?
BalasPadamSesuai dijadikan makanan ternakan
Padammengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak.
banyaknya WP tanam pokok ketum ayam,
BalasPadamApa kegunaannya pun Mrs. A tak tahu, kesian....
Daunnya wak gunakan sebagai makanan tambahan untuk ternakan ayam kampung.
PadamTumbuh subur 😂
BalasPadamSuburnya...!
BalasPadamAlhamdulillah subur.Menjadi.
BalasPadamketum ayam ni sama ke dgn ketum yg orang selalu rebus buat air tu?
BalasPadamPanggil ketum ayam tetapi sebenarnya dia bukanlah pokok ketum
Padamohh..ok2 :-)
PadamMacam daun pecah beling pulak nampaknya.
BalasPadamhampir2 sama
Padamtetapi daun pokok ki berbulu sikit.
ketum ini ke yang selalu orang buat minuman tenaga tu ye wak?
BalasPadamNi ketum halal
PadamDigalakkan tanam
Ayam pun ada ketum dia noo..😂
BalasPadamNak bagi ayam makan, kena campur dengan makanan ayam ke atau bagi camtu jer wak?
BalasPadamWak bagi makan macam tu aje.
PadamWow.. baru tahu ada nama pokok niiii... adehh.. hihi
BalasPadamsenang nya nak dibiak kan ye wak...
BalasPadamlagilah bila dia ada akar macamtu...
Nampaknya yang wak biakkan semuanya hidup.
PadamCuma mula2 kena siramlah.
Tak pernah tahu tentang pokok ketum ayam.
BalasPadamDaun ketum pernah dengar.
tak
BalasPadambuat makanan ternakan
baru first time mia dengar nama pokok ni...
BalasPadamAyam pun ada ketum ya.
BalasPadamAda macam-macam spesis ketum rupanya
BalasPadamOo ayam makan ye Daun ketum ni
BalasPadamAyam mkn sayur wak..rare sgt nih..
BalasPadamElok hidup subur. Tak perlu beli dah. Petik je bagi ayam makan pokok pun dah makin banyak. terbaik wak!
BalasPadamOwh.. wak tanam untuk jadi makanan ayam eh.. patutlah banyak wak semai..
BalasPadamOwh..baru tau..ingat sama ngan daun ketum yang org duk curi2 tanam tu...
BalasPadamwah nampak mcm sama dengan daun ketum yg illegal tu.
BalasPadambaja apa guna wak
BalasPadamWak, berapa lama dia membesar dari semai sehingga harvest?
BalasPadamUntuk kutip daun, 4 bulan dah boleh ambil.
PadamKalau pangkas dahan tunggu pokok besarlah 7 ke 8 bulan bolehlah