Selasa, 29 September 2020

Pokok Lada Centil

 Salam bertani.

Menantu wak ada buat projek tanaman lada fertigasi  di Melaka. Jadi wak ada minta dua polibeg anak pokok lada centil untuk wak pelihara secara manual di rumah. Rupanya lada centil ni lebih mudah ditanam berbanding lada cili kampung dan buahnya pun banyak dan lebat. Buah lada centil ini lebih resisten terhadap serangan serangga perosak dan tahan hingga merah menyala walau pun wak tak gunakan racun serangga perosak.


Pokok lada centil dengan buahnya yang merah menyala.


Dua polibeg anak pokok lada centil.
Medium menggunakan coco peat.


Pokok lada centil mula berbuah


Buahnya semakin lebat





Dua polibeg pokok lada centil berbuah lebat.


Buah lada centil mengarah ke atas berbanding
lada cili kampung mengarah ke bawah.

Salam bertani.

27 ulasan:

  1. Oh tak perasan pulak cili mengarah ke bawah atau ke bawah, sebabnya kita biasa jumpa cili dalam bakul kat pasaraya je..🤭..
    Tapi cantik betul warna merahnya tu.

    BalasPadam
  2. Ini namanya pokok lada centil.
    Hendak benihnya.

    BalasPadam
  3. Merah menyala lada ni mesti pedas sgt tu

    BalasPadam
  4. ooo memang namanya gitu ye wak, sebab menyentil je dia hehehe...

    emak dana pernah tanam pokok lada centil ni wak, sebab lada nya jenis ke atas gini, memang lebat buahnya kadang nyampah nak metik kalau dapat arahan suruh petik cili hehehe

    BalasPadam
  5. iki lombok abang ngaceng jenengane /., ;p

    BalasPadam
  6. Rasanya macam cili kampung atau lebih pedas?

    BalasPadam
  7. bestnya cili
    aduhaii sy tanam cili selalu x menjadi sedihhh

    BalasPadam
  8. Jeleousnya... teman dah cuba beberapa kali tanam kat rumah... termasuk cili warna purple tu... semuanya di serang bena putih tu... macam dah give up nie... sedih...

    BalasPadam
  9. Ada nampak kat rumah jiran sebelah. Lebat buahnya, geram tengok.

    BalasPadam
  10. kalau duduk dekat rumah wak, tak perlu kepasar dah...

    BalasPadam
  11. wah! cantik warna dia..merah menyala..sihat nya pokok..

    BalasPadam
  12. ada beli dari nursery alhamdulillah tahan lama lebat tak henti buahnya, pedas kan wak :)

    BalasPadam
  13. Bestnya tengok pokok lada berbuah lebat.
    Mrs. A tahu cili apai jer... wp tak tahu pulak ada nama lada centil

    BalasPadam
  14. SubhanaAllah, seronok nya boleh tanam menanam ni

    BalasPadam
  15. cabai burung ke tu?pedas cabai tu..

    hi...jemput singgah wall saya ..lama tak jengah wall ni..

    https://madamcaramel.blogspot.com/2020/10/segmen-subscribe-youtuber-follow.html

    BalasPadam
  16. mmg jnis cept nmpk hasilnya ya wak

    BalasPadam
  17. Burung tak geram ke tengok buah merah cili centil yang menyala Wak.

    BalasPadam
  18. Lebat buahnya.. suka tgk.merah menyala

    BalasPadam
  19. Kalau tak bgtau namanya mesti ingat cili api kampung. Pedas tak lada centil ni wak? merah menyala betul.

    BalasPadam