Ahad, 13 September 2020

Pokok Ati-ati

 Salam bertani


Wak ada menanam sedikit pokok ati-ati di sekeliling rumah sama ada tanam dalam bekas atau tanam terus di atas tanah. Pokok ati-ati adalah tanaman hiasan yang ditanam kerana daunnya yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk. Ia bukanlah pokok bunga kerana kita tidak menanan untuk mendapatkan bunganya yang menarik.

Pokok ati-ati merupakan pokok renek yang mempunyai batang yang lembut dan mudah ditanam menggunakan keratan batang. Ia boleh disemai terus ke dalam pasu atau di atas tanah. Memerlukan tanah yang beroganik dan perlukan penyiraman yang kerap.

Pokok ati-ati juga mengeluarkan bunga tetapi perlu dipangkas selepas berbunga kerana ia tidak lagi mengeluarkan pucuk baru. Perlu pembajaan untuk hidup subur.

Wak kongsikan beberapa pokok ati-ati yang terdapat di sekeliling rumah.










Salam bertani.

25 ulasan:

  1. menariknya pokok2 ni..nama dia mmg ati ati ke wak..saya pertama kali dgr..

    BalasPadam
  2. Pertama kali dengar nama pokok ni wak. Cantik-cantik ye

    BalasPadam
  3. dah lama tak nampk pokok ati2..nak tanam jugaklah nnt

    BalasPadam
  4. cantik ati2 daunnya aneka bentuk n warna warni

    BalasPadam
  5. lumayan iki wak eneng pokok pirang pirang., ;p

    BalasPadam
  6. cantik kan wak, mak dana kat kampung memang pokok ati-ati dengan puding kegemaran dia... dia ada banyak lagi koleksi ati-ati dari wak tunjuk ni... kadang dia offer jugak kot dana nak tanam, dana kata tak minatla sebab takde bunga heheheh

    BalasPadam
  7. Oh, nama pokok ni ati-ati rupanya. Banyak jumpa kat rumah orang dan bangunan kerajaan tapi saya tak pernah tanam lagi..

    BalasPadam
  8. cantik lak pokok ati ati ni. masa kecik kecik ni antara pokok yg saya kenal dulu...

    BalasPadam
  9. Selalu nampak pokok ni dan sekarang baru tahu namanya.

    BalasPadam
  10. Macam-macam jenis warna dan saiz daunnya ek... Ingatkan sama je

    BalasPadam
  11. pokok ati-ati ni ada nilai perubatan kan wak...

    BalasPadam
  12. cantik pokok ni..ada dua warna..

    BalasPadam
  13. ohh tu namanya pokok ati2..baru tau..biasa nmpk

    BalasPadam
  14. ooo baru tau kena pangkas bunga baru naik daun baru, selalu saya bela sokmo mati..adess

    BalasPadam
  15. Asalam..wah cantik..saya sedang kumpul spesis ini, boleh tak kirim kat saya batangnya tu..ada yang saya belum ada..saya nak beli

    BalasPadam
  16. Pokok ati-ati memang cantik kalau buat koleksi WP colorful halaman rumah

    BalasPadam
  17. Rimbun semua pokok ati-ati wak. Cantik! Suka dengan warna,bentuk dan corak daun. Lebih kurang dengan fittonia. Kena kerap siram dan mudah nak semai.

    BalasPadam
  18. Di Kundasang banyak pokok ati ati ni sebagai hiasan untuk menambahkan warna landscape.

    BalasPadam
  19. Pernah tgok arwah nenek tanam...cantik2 dan pelbagai jenis

    BalasPadam
  20. Amat cantik...memukau pandangan..terutama si hijau berenda coklat..sekian lama mencari..ada kat sini menetap..kalaulah boleh mendapatkan sedikit keratan cuma...bahgia hati tidak terkira...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah
      Faizah hantar detail post add kat email wak
      Ada masa nanti wak hantar.

      Padam