Salam bertani.
Wak nak kongsikan menu santapan wak sekeluarga sepanjang hari ini. Menu sarapan, makan tengah hari dan makan malam serta minum petang. Wak sangat jarang makan di luar dan menu makanan harian biasanya berasaskan bekalan tanaman dan ternakan yang ada di sekeliling rumah.
Sarapan pagi:
Cekodok pisang kapas
Telur ayam kampung rebus
Menu makan tengah hari dan malam :
Ayam kampung masak kari + terung unggu
Menu makan tengah hari dan malam :
Sayur tumis buah betik
Menu minum petang :
Isi buah cempedak goreng.
Inilah buah pisang kapas. Buahnya sesuai dibuat
cekodok, lempeng atau kek pisang.
Ada banyak pokok pisang kapas di sekeliling rumah wak.
Telur ayam kampung kutipan sehari.
Biasanya wak rebus buat sarapan atau goreng dadar.
Stok buah tangan untuk anak2 dan adik beradik yang pulang ke kampung.
Stok seminggu.
Wak jarang2 beli ayam kat pasar.
Terung panjang unggu ni wak tanam dalam polibeg.
Tanam 12 pokok hasilnya tak termakan.
Pokok betik tepi dapur.
Buah yang hampir masak dibuat sayur tumis.
Buah cempedak kampung tengah musim.
Asyik menggoreng cempedak ajelah.
Salam bertani.
Bestla kalo dpt bercuti ke rumah wak, wak taknak pelawa kami datang? Hehe..
BalasPadamAyam kampung tu isinya pejal kan, takde suntikan vaksin, sembelihan sendiri..bestnya.
Saya ingat masa kecik2 dulu arwah mak ada buat juga sayur betik, tapi tak ingat dah dia buat masak apa.
Saya first time jumpa ayam masak kari+terung mcm ni. Selalu kari ayam +kentang je. Mesti sedap tu.
Kalau buat kari ayam bolehlah masukkan terung unggu, terung telunjuk atau pun bendi atau tomato.
PadamDah jimat tak payah masak sayur.
menu wak semuanya sedap..
BalasPadamMenu yang ada sumber di sekeliling rumah.
PadamJadi tak payahlah pegi pasar selalu.
Menu ni semua wak kalau depan mata memang tak pandang kiri kanan dah
BalasPadamAlah menu kampungan aje
PadamOrang sekarang kat minat makanan yang western
makanan korea, jepun dsb
Kabeh enak yo! untung la adik beradik wak..ada hasil untuk dibawa pulang ke kampung. Seronok nya saya tengok, semua nya segar dari ladang. Bersih, selamat dan berkhasiat.
BalasPadamAdik beradik wak yang duduk bandar, kalau balik kampung memang penuh bonet dengan hasil kampungan.
Padambestnya wak, kabeh ngolek nang tepi ngomah...
BalasPadamkalau emak dana, tumis betik tu yang muda lagi wak , yg masih hijau dan kuning sikit je... masak lak pedas memang di jambali je wak...
emak kata pisang kapas tu di panggil pisang kapas sebab lembut mcm kapas, tak boleh di goreng dengan tepung nanti ngemu minyak kan mcm kapas... heheheh emak yg cakap lah
Tumis buah betik tu memang yang masih muda dan keras lagi.
PadamTapi cari yang dah merah sikit2 sebab rasanya lebih manis.
Kalau sepinggan tu, wak jambal sorang pun boleh habis.
rajin bertani hasilnya melimpah setakat keperluan dapur langsung xde masalah terjamin kualitinya terbaik.
BalasPadamDuduk kampung ni kita manfaatkan apa yang ada di sekeliling kita. Bolehlah berjimat sikit.
PadamWah.... 'santapan' tu.... Mesti darah diraja ni....
BalasPadamMungkin jugalah uncle.
PadamSebab kalau tak silap, wak pernah jadi raja sehari kira2 40 tahun yang lepas.
wak, lapar saya tengok kari tu..aduh!
BalasPadamWak pun mengulang makan 2/3 kali kari tu.
PadamMakan dengan roti pun ngam.
seronoknya bila bercucuk tanam dan menternak kan. nak makan nanti ambil je kat kebun, sembelih je ayam. Kat rumah Cik TK apa yang biasanya tak beli adalah daun pandan, daun kunyit, kucai dan daun bawang. baru-baru ni dah ada terung dan pak choy. terung tu dah merasa dah makan buat sambal.
BalasPadamSekarang duduk bandar pun dah boleh bercucuk tanam kecil2an terutama untuk keperluan dapur.
PadamLebih baik tanam sayur daripada tanam bunga.
cempedakkkk ,lama tak makanan cempedek or cucur cempedak, bestnya wakkk smuaaa tanam sendiri... teringgin nak jenjalan dekat kebun wak
BalasPadamDulu2 kalau musim buah memang wak meniaga cempedak kat pasar tani dan pasar kampung. Cuma tahun ni buah cempedak kurang menjadi sebab wak tak sempat bungkus.
PadamTerus rasa lapar bila baca entry wak kali ni. Dok kampung memang seronok. Kak Feni baru balik dari kampung ni pun masih terbau indahnya kampung.
BalasPadamBila pencen nanti bolehlah cari tanah kampung.
Padamboleh bertani dan menternak macam wak.
banyak dapat jimatkan duit dari beli kat pasar...fresh pulak tu
BalasPadamBetul tu.
PadamPendapatan orang kampung berapalah sangat, perlu berjimat cermat manfaatkan apa yang ada.
Allahu Akbar! Bertuahnya badan dikurniakan rezeki yang sebegini rupa, banyak yang dapat dijimatkan bila ada tanaman dan ternakan sendiri, pokoknya rajin berusaha, kan wak
BalasPadamDuduk kampung ni kenalah rajin berusaha untuk tampung keperluan harian.
Padamfuh,nak makan petik saja WP ni
BalasPadamKena usaha juga tar.
PadamBela ayam kampung pun perlu 4/5 bulan baru boleh dapat hasil
Hi, good afternoon. All right? I am Brazilian, from Rio de Janeiro and I want to present my Blogger. New friends are welcome, no matter the distance. I would like to invite you to follow my Blogger. I'm a follower number 382.
BalasPadamhttps://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1
Seronoknya wak..dah jimat banyak kat situ. Cempedak Tu..aduh duh sedap aiih.
BalasPadamBtw walk jemput join giveaway sy yeh 🤗
https://ctcheery87.blogspot.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html?m=1
Cempedak tu..sedapnya buat ais krim.
BalasPadamsedapnya cekodokkkk
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamSemua kategori sihat dan berkhasiat.
Bestnya kalau ada rumah kampung, bleh bercucuk tanam macam ni...hasilnya jimat betul...
BalasPadamMacam ayah SA jugalah, rajin bercucuk tanam.
Padamsemua sedap2 wak ..menu kampung ni mmg penambah selera :)
BalasPadamSemua nampak sedap dan lama Naim x makan ayam kampung. Sini mahai haha
BalasPadamAyam kampung memang mahal
PadamHarga hidup pun dah RM18.00 sekg.
taapi kalau bela sendiri bolehlah berjimat.
Alhamdulillah =)
BalasPadamAlhamdulillah wak, banyak rezeki dkt rumah wak.
BalasPadamJiran2 wak memang merasalah juga hasil buah tangan daripada kebun wak.
BalasPadamSemua sedap sedap wak menu kampungan. Duduk kampung lagi seronok dan sedap masak sendiri. Jarang lah nak membeli. Masak hasil tanaman dan ternakan sendiri lagi menyihatkan dan segar dari ladang gitu.
BalasPadammacam2 boleh masak bila ada tanman sendiri ni kan wak..
BalasPadamseronok gitu! kan bagus saya sendiri ad kebun..tpi sini banyak nau monyet..hahha
Menu MCM mi la.yg paling selera naknmkan
BalasPadamcempedak tu saya suka makan mentah gitu, lepas tu bijinya direbus buat kudapan.. Pergh!!
BalasPadamBagus betul bila boleh mengutip hasil di keliling rumah..