Ada dua pohon bunga kertas yang wak tanam di kiri kanan jalan masuk ke halaman rumah. Kedua-dua pokok bunga kertas ini sudah berumur lebih dua puluh tahun dan masih hidup subur serta rajin berbunga. Pokok-pokok bunga kertas ini di tanam terus di atas tanah dan sudak beberapa kali dipangkas dan ditrim. Setiap pokok mengandungi beberapa jenis daun dan bunga yang berlainan hasil daripada cantuman baji yang wak buat pada masa dulu.
Jom tenguk gambar-gambar pokok bunga kertas pertama yang dirakam pada masa yang berlainan.
Gambar terkini
Gambar-gambar di bawah adalah pokok bunga kertas yang sama diambil pada masa-masa yang berlainan.
Salam bertani.
Cantik la wak ... Lebat2 bunganya.
BalasPadamAbah saya dulu kerja Majlis Daerah...bila buat pangkasan kat landskap dalam bandar...Abah bawa balik sisa pangkasan tu...
BalasPadamBuat cantuman... tp sekarang abah dah tua... Rumput lagi subur dari pokok bunga kertas
Ni pun masa wak muda2 dulu buat cantuman tu.
PadamSekarang dah takde masa nak layan
Cantik merimbun...suka tgk rumah yg ada pokok bunga..
BalasPadamDia ni kena rajin trim, kalau tidak memanjang aje rantingnya nanti.
Padamcantiknyaaa.. rajin wak jaga, ada tip tak nak bg pokok bunga kertas berbunga lebat? hehe
BalasPadamBanyak jugak yaaa pokok bunga kertas wak ni
BalasPadamSebenarnya gambar2 kat atas tu satu pokok aje SS.
PadamWak kumpul gambar pada masa dan tahun yang berlainan aje.
Meriahnyaaaa, banyak yeee Wak adaa...tanam tanah memang meriah besarnyaaa
BalasPadamYang besar ni wak taman dua pokok aje. Gambar2 kat atas tu sepohon yang sama. Sepokok lagi kat entri seterusnya. Umurnya dah lebih dua puluh tahun.
PadamCANTIKKNYA MENYERI HALAMAN
BalasPadamcantik sebab sepokok ni ada pelbagai warna daun dan bunganya.
BalasPadamKalau mak SA tengok mesti dia suka ni...
BalasPadamrimbunnya suka tengok pokok ne senang nak jagakan
BalasPadamayah sy suka tanam bunga.. salah 1 adalah bunga kertas tp belum sebanyak ini..
BalasPadam