Wak ada memelihara beberapa ekor ayam hutan yang dijinakkan disamping ternakan ayam kampung.
Ayam-ayam hutan peliharaan ini hidup lepas bebas dan tidur di atas pokok pada waktu malam. Ayam hutan betina biasanya akan bertelur 6 biji dan mengeramkan telurnya hingga menetas. Ibu ayam hutan akan memelihara anak-anaknya sehinggalah ia bertelur semula.
Ibu denak sedang mengeram .
(12 biji telur daripada 2 ibu denak)
Ibu denak memelihara 12 ekor anak
(kesemua telurnya menetas)
Anak-anak denak ini sudah berumur sebulan.
Bentuk dan warna kesemua anak denak sama sahaja.
Anak-anak ayam denak.
Anak-anak denak ini sudah boleh terbang tinggi jika diganggu.
kita suka bau anak ayam....sedapppp....hahahhaha
BalasPadamBau baby lagi sedap
PadamEh, kena panggil wak ye 🤠Dulu arwah jiran ada ayam tina camtu, dia selalu lepak dalam almari rumah Zumal sampai bertelur situ
BalasPadamWak ni dalam bahasa jawa maknanya pakcik.
PadamNak panggil pakcik pun boleh. Wak ni dah warga emas.
Zumal ni baya2 anak2 wak aje.
kalau ayam hutan mmg nama dia denak ye wak? baru tahu...
BalasPadammcmne wak blh bela ayam hutan yek? dia kan jenis suka bebas... kecik mcmtu pun dh boleh terbang... menarik
Denak ni kiranya ayam hutan yang dijinakkan. Tujuannya untuk dibuat pikat. Tapi wak tak pernah pikat ayam hutan.
PadamBela untuk suka2 aje.
first time tengok ayam denak.
BalasPadamAyam denak ni saiznya kecik aje dan terror terbang.
PadamGemoknyaaaa ayamnyaa..Mak dulu ada ayam denak ni..sekarang aje dah takdee membela ayam ..
BalasPadamAyam denak ni gemuk sebab makan dedak.
PadamKalau ayam hutan asli kurus aje supaya badannya ringan untuk memudahkan terbang.
Rugi wak bela ayam hutan, baka ayam kg pun ikut kerdil nt hehe
BalasPadamWak tak campur ayam denak dengan ayam hutan ni kang.
PadamAyam kampung yang buat pembiakbakaan wak kurung.
comel comel je anak anak ayam denak tu...
BalasPadamAnak ayam denak ni kecik aje saiznya sebab telurnya pun kecik.
PadamBiasanya ayam hutan ni berkaitan dgn hal-hal mistik. Masa kecik2 lamaaaaaa dulu pernah juga cuba menjerat di kebun. Jerat tersentak tapi ayamnya tiada...
BalasPadamOrang2 dulu percaya ayam hutan yang hidup liar tu ada tuannya yang kita tak tahu. Ayam hutan sekarang dah masuk kampung.
PadamSaya agak rumah wak ni ada mcm zoo kot, buat mini zoolah wak, hehe.
BalasPadamAyam hutan mmg kecik ye wak?
Buat masa ni wak hanya ternak ayam kampung, ayam denak dan itik aje. Burung puyuh dan arnab dah habis kena sembelih.
PadamLembu wak tak balik rumah. Kucing pun ada banyak.
maaf wak, DENAK tu nama jenis ayam atau merujuk kepada ayam hutan?
BalasPadamDenak ni istilah ayam hutan yang dijinakkan untuk dijadikan ayam pikat. Biasanya dia dah jinak macam ayam kampung, cuma dia terror terbang aje.
Padamcantik bulu ayam denak nih...
BalasPadamWarna bulu dia sepesen aje.
PadamTapi kalau yang jantan bila dewasa bulunya jadi merah.
Asalamualaikum..lama tak berkunjung kat sini, semoga sihat sentiasa, ayam sihat comel
BalasPadamWkmsalam cikgu.
PadamLama tak mengentri dalam blog pesona.
Jadi cikgu ni tentu sibuk kan.
Nak buat bbm lagi
Nak tulis brm lagi
Gemuk dn subur ibu denak ni
BalasPadamSebenarnya kecik aje ibu denak tu.
Padamtak sampai sekilogram rasanya.
denak ni sejenis ayam hutan ke nama ayam ni denak. susah nau nak paham kategori ayam ni..hehe
BalasPadamKira ayam hutan lah.
PadamTapi ayam hutan bertuan
sama sepesen jer 12 ekor ni :D.. lama dah tak tengok ayam mengais macam ini.. rumah wak ayam tidur atas pokok camtu x de gangguan ke
BalasPadamAnak2 ayam macam ni masih tidur dalam sangkar.
PadamBila berpisah dengan ibunya baru dia cari pokok.
Tapi yang tidur dalam reban pun ramai.
Wah! hebatlah WP ayam Denak pun boleh dijinakkan.
BalasPadamTeringat pulak ayam serama batik adik ipar Mrs. A garang tapi kesian dah kena makan ular sawa.
Ayan denak ni besar sikit daripada ayam serama.
PadamYang jantan memang kuat gaduh. Boleh simpan satu ekor aje buat bapak. Yang lain kena kurung atau sembelih.
comeynya anak2
BalasPadamayam ni
Cantiknya ayam denak tu.. bertambah laginpengetahuan sha mengenai ayam.. ingat ayam biasa..
BalasPadam