Sabtu, 7 September 2019

Pokok Bunga Bougainvillea 1

 Salam bertani

Ada dua pohon bunga kertas yang wak tanam di kiri kanan jalan masuk ke halaman rumah. Kedua-dua pokok bunga kertas ini sudah berumur lebih dua puluh tahun dan masih hidup subur serta rajin berbunga. Pokok-pokok bunga kertas ini di tanam terus di atas tanah dan sudak beberapa kali dipangkas dan ditrim. Setiap pokok mengandungi beberapa jenis daun dan bunga yang berlainan hasil daripada cantuman baji yang wak buat pada masa dulu.

Jom tenguk gambar-gambar pokok bunga kertas pertama yang dirakam pada masa yang berlainan.


Gambar terkini

Gambar-gambar di bawah adalah pokok bunga kertas yang sama diambil pada masa-masa yang berlainan.










Salam bertani.

15 ulasan:

  1. Cantik la wak ... Lebat2 bunganya.

    BalasPadam
  2. Abah saya dulu kerja Majlis Daerah...bila buat pangkasan kat landskap dalam bandar...Abah bawa balik sisa pangkasan tu...
    Buat cantuman... tp sekarang abah dah tua... Rumput lagi subur dari pokok bunga kertas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni pun masa wak muda2 dulu buat cantuman tu.
      Sekarang dah takde masa nak layan

      Padam
  3. Cantik merimbun...suka tgk rumah yg ada pokok bunga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ni kena rajin trim, kalau tidak memanjang aje rantingnya nanti.

      Padam
  4. cantiknyaaa.. rajin wak jaga, ada tip tak nak bg pokok bunga kertas berbunga lebat? hehe

    BalasPadam
  5. Banyak jugak yaaa pokok bunga kertas wak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya gambar2 kat atas tu satu pokok aje SS.
      Wak kumpul gambar pada masa dan tahun yang berlainan aje.

      Padam
  6. Meriahnyaaaa, banyak yeee Wak adaa...tanam tanah memang meriah besarnyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang besar ni wak taman dua pokok aje. Gambar2 kat atas tu sepohon yang sama. Sepokok lagi kat entri seterusnya. Umurnya dah lebih dua puluh tahun.

      Padam
  7. cantik sebab sepokok ni ada pelbagai warna daun dan bunganya.

    BalasPadam
  8. Kalau mak SA tengok mesti dia suka ni...

    BalasPadam
  9. rimbunnya suka tengok pokok ne senang nak jagakan

    BalasPadam
  10. ayah sy suka tanam bunga.. salah 1 adalah bunga kertas tp belum sebanyak ini..

    BalasPadam