Salam bertani
Wak nak tunjuk sepohon cemperian (cempedak durian) yang wak tanam di belakang rumah sudah dua kali berbuah. Kali ini buahnya agak lebat tetapi saiz buahnya agak kecil sebab wak terlupa nak bagi baja buah. Buahnya sudah beberapa biji wak tuai kerana sudah matang di pohon.
Pokok cemperian bukanlah hasil kacukan daripada cempedak dan durian, tetapi ia adalah sejenis cempedak juga. Cuma saiz buahya yang kecil, agak bulat dan berduri tajam seperti durian sebab itu dipanggil cempedak durian. Jom tenguk
Isi buah cemperian.
Ulas isinya besar seperti durian
Pohonnya masih kecil tetapi buahnya agak lebat
Buahnya rendah boleh dicapai tangan
Kebanyakan buahnya berbentuk bulat seperti durian
Buah di dahan yang lain
Buah yang besar tu dah boleh dituai
Tanda buah sudah matang dan sesuai dituai ialah
tangkai buahnya bertukar berwarna perang.
Tangkai yang berwarna hijau buahnya masih muda.
Tuaian buah yang sudah masak
Berbau wangi dan kulitnya lembut apabila dipicit.
Walau pun buahnya kecil tetapi berisi penuh dan padat.
First time tengok. Boleh digoreng ke macam cempedak biasa tu atau mkn mentah macam tu?
BalasPadamBoleh digoreng macam cempedak biasa juga.
PadamCuma isinya besar2 biasanya kalau nak digoreng, dipotong dua bahagian dan bijinya dibuang .
Ooo..itu sebab namanya cemperian..Menarik! Banyakk isinya!!! Puas ler makan ea ❣️
BalasPadamsedapnya.. terbau2 plak
BalasPadamlupa letak baja pun dah elok sangat ni kalau letak baja agaknya lagi la cantik kan wak...seronoknya tengok tanaman wak
BalasPadamoh, saya biasa dengar cempedak durian.. sama kan wak. mesti sedap sgt kalau digoreng tepung.
BalasPadamSamalah cempedak durian.
Padamcempedak bentuk durian mesti sedap tu
BalasPadamPertama kali saya tengok buah cemperian ni, Wak. Cantik buah yang bergantung di pokok-pokok. Tak ada hitam-hitam pun, kena makan lalat buah ke, yek. Ke, lalat buah cuma minat kat buah mempelam je. Hehe...
BalasPadamkalau boleh capai senang la....
BalasPadambesar betul isi nya wak, kalau dana dapat beli cempedak gini dana akan potong kecil dan buang biji, kalau tidak berapa biji jelah isi nya
BalasPadamMenariknya Wak! Iyelah…bentuk dan rupa luarnya berbeza daripada biasa.
BalasPadamNi first time tgk spesis pokok cempedak berduri gitu....
BalasPadamAgak mirip buah nangka jugak kulit nya
BalasPadamBaru tau ada buah cempedak dan durian nie.. besar-besar isinya ya Wak..
BalasPadamPertama kali dengar ni. Menarik sangat ni Wak
BalasPadamSaya rasa pernah makan buah cemperian ni tapi tak tahu ingat cempedak biasa. Memang sedap dan isi lebih tebal.. Isskhhh terbayang-bayang rasanya..
BalasPadamAlah, terliur pulak tengok buah dia tu. Ingat cempedak semua sama. haha terima kasih untuk info.
BalasPadamnampak isi pun dah tau sedap ni wak, wak buah ni bau cempedak ke durian wak ?
BalasPadamKiranya spesis cempedak juga.
PadamRasa dan baunya macam cempedaklah
wah! Sedapnya buah cempedak ini. Enak dimakan begitu sahaja.
BalasPadamSaya sukaaaa...
BalasPadamPernah beli masa PKP dulu ...menarik sebab walau buah kecik tapi isinya besar dan penuh
wah saya teringat buah nangka, mirip dengan cempedak tetapi cempedak lebih moist
BalasPadamgeramnya SA tengok isi dia wak...besar2...kan best kalau SA bleh makan
BalasPadamOh ini buah cemperian!
BalasPadammmg npk mcm durian
BalasPadamOhh macam tu. Baru ingatkan cempedak kahwin durian. Rupanya kulit dia macam durian. Lumayan isinya wak. Banyak dan berbaloi!
BalasPadamoh uniknya ..br tau ada cemperian...cempedek durian....sedap nmpknya
BalasPadamNasib wak terangkan siap². Ingatkan cempedak dikawinkan dengan durian tadi. hehe tapi isinya banyak, puas hati tengok
BalasPadamLebat betul buahnya... geram je nengok!
BalasPadamNi kalau dapat goreng minum dengan kopi o panas.... uishhhh tak terkata sedapnya.
sedap nii wak!!
BalasPadamComel montel buah cemperian.
BalasPadamBaru nampak benih pokok kat lazada.
BalasPadamwaduhhhhh ni dapat ke sy yg goreng punya fuhhhhhh👍👍👍👍👍terbaiklah!!!
BalasPadamAlhamdulillah nampak sihatt buah2 semua =D
BalasPadamSubhanallah...telain ailio tengok buah cempedak..gebu gebas..
BalasPadamoh haah lah, kulitnya macam kulit durian pulak ek...tapi tumpul..haha
BalasPadam