Selasa, 11 Julai 2023

Buah Cemperian

 Salam bertani

Wak nak tunjuk sepohon cemperian (cempedak durian) yang wak tanam di belakang rumah sudah dua kali berbuah. Kali ini buahnya agak lebat tetapi saiz buahnya agak kecil sebab wak terlupa nak bagi baja buah. Buahnya sudah beberapa biji wak tuai kerana sudah matang di pohon.

Pokok cemperian bukanlah hasil kacukan daripada cempedak dan durian, tetapi ia adalah sejenis cempedak juga. Cuma saiz buahya yang kecil, agak bulat dan berduri tajam seperti durian sebab itu dipanggil cempedak durian. Jom tenguk


Isi buah cemperian.
Ulas isinya besar seperti durian


Pohonnya masih kecil tetapi buahnya agak lebat


Buahnya rendah boleh dicapai tangan


Kebanyakan buahnya berbentuk bulat seperti durian


Buah di dahan yang lain


Buah yang besar tu dah boleh dituai


Tanda buah sudah matang dan sesuai dituai ialah
tangkai buahnya bertukar berwarna perang.
Tangkai yang berwarna hijau buahnya masih muda.


Tuaian buah yang sudah masak
Berbau wangi dan kulitnya lembut apabila dipicit.


Walau pun buahnya kecil tetapi berisi penuh dan padat.


Salam bertani

37 ulasan:

  1. First time tengok. Boleh digoreng ke macam cempedak biasa tu atau mkn mentah macam tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh digoreng macam cempedak biasa juga.
      Cuma isinya besar2 biasanya kalau nak digoreng, dipotong dua bahagian dan bijinya dibuang .

      Padam
  2. Ooo..itu sebab namanya cemperian..Menarik! Banyakk isinya!!! Puas ler makan ea ❣️

    BalasPadam
  3. lupa letak baja pun dah elok sangat ni kalau letak baja agaknya lagi la cantik kan wak...seronoknya tengok tanaman wak

    BalasPadam
  4. oh, saya biasa dengar cempedak durian.. sama kan wak. mesti sedap sgt kalau digoreng tepung.

    BalasPadam
  5. cempedak bentuk durian mesti sedap tu

    BalasPadam
  6. Pertama kali saya tengok buah cemperian ni, Wak. Cantik buah yang bergantung di pokok-pokok. Tak ada hitam-hitam pun, kena makan lalat buah ke, yek. Ke, lalat buah cuma minat kat buah mempelam je. Hehe...

    BalasPadam
  7. besar betul isi nya wak, kalau dana dapat beli cempedak gini dana akan potong kecil dan buang biji, kalau tidak berapa biji jelah isi nya

    BalasPadam
  8. Menariknya Wak! Iyelah…bentuk dan rupa luarnya berbeza daripada biasa.

    BalasPadam
  9. Ni first time tgk spesis pokok cempedak berduri gitu....

    BalasPadam
  10. Agak mirip buah nangka jugak kulit nya

    BalasPadam
  11. Baru tau ada buah cempedak dan durian nie.. besar-besar isinya ya Wak..

    BalasPadam
  12. Pertama kali dengar ni. Menarik sangat ni Wak

    BalasPadam
  13. Saya rasa pernah makan buah cemperian ni tapi tak tahu ingat cempedak biasa. Memang sedap dan isi lebih tebal.. Isskhhh terbayang-bayang rasanya..

    BalasPadam
  14. Alah, terliur pulak tengok buah dia tu. Ingat cempedak semua sama. haha terima kasih untuk info.

    BalasPadam
  15. nampak isi pun dah tau sedap ni wak, wak buah ni bau cempedak ke durian wak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiranya spesis cempedak juga.
      Rasa dan baunya macam cempedaklah

      Padam
  16. wah! Sedapnya buah cempedak ini. Enak dimakan begitu sahaja.

    BalasPadam
  17. Saya sukaaaa...
    Pernah beli masa PKP dulu ...menarik sebab walau buah kecik tapi isinya besar dan penuh

    BalasPadam
  18. wah saya teringat buah nangka, mirip dengan cempedak tetapi cempedak lebih moist

    BalasPadam
  19. geramnya SA tengok isi dia wak...besar2...kan best kalau SA bleh makan

    BalasPadam
  20. Ohh macam tu. Baru ingatkan cempedak kahwin durian. Rupanya kulit dia macam durian. Lumayan isinya wak. Banyak dan berbaloi!

    BalasPadam
  21. oh uniknya ..br tau ada cemperian...cempedek durian....sedap nmpknya

    BalasPadam
  22. Nasib wak terangkan siap². Ingatkan cempedak dikawinkan dengan durian tadi. hehe tapi isinya banyak, puas hati tengok

    BalasPadam
  23. Lebat betul buahnya... geram je nengok!
    Ni kalau dapat goreng minum dengan kopi o panas.... uishhhh tak terkata sedapnya.

    BalasPadam
  24. Baru nampak benih pokok kat lazada.

    BalasPadam
  25. waduhhhhh ni dapat ke sy yg goreng punya fuhhhhhh👍👍👍👍👍terbaiklah!!!

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah nampak sihatt buah2 semua =D

    BalasPadam
  27. Subhanallah...telain ailio tengok buah cempedak..gebu gebas..

    BalasPadam
  28. oh haah lah, kulitnya macam kulit durian pulak ek...tapi tumpul..haha

    BalasPadam