Isnin, 4 Jun 2018

Tanaman Kacang Panjang Renek

Salam bertani

WP ada menanam bebeapa pokok kacang panjang renek dan sudah mula mengeluarkan hasil. Pokok kacang panjang renek tidak menjalar dan tidak memerlukan junjungan seperti pokok kacang panjang biasa. Bentuk dan saiz buahnya lebih kurang sama seperti buah kacang panjang yang menjalar.

Pokok kacang panjang renek lebih cepat matang tetapi jangka hayatnya agak pendek berbanding pokok kacang panjang biasa. Ianya sesuai ditanam di dalam bekas seperti pasu dan polibeg serta tidak memerlukan kawasan yang luas. WP gunakan tayar terpakai untuk dijadikan medium penanaman pokok kacang panjang renek tersebut.

Nampaknya untuk sambutan hari raya kali ini tak payah beli kacang panjang kerana stok sentiasa ada dari belakang rumah. Alhamdulillah.


Gunakan 4 biji tayar kereta terpakai sebagai bekas penanaman.


Pokok kacang panjang renek sudah mula berbunga dan berbuah
selepas sebulan setengah ditanam 


Buahnya sama seperti buah kacang panjang biasa


Bunga pokok kacang panjang renek.


Tanam 3 - 4 pokok dalam satu bekas
  

Letakkan pancang untuk mengikat pokok kacang renek 
mengelakkannya rebah.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan