Mulai minggu ini bermulalah musim buah-buahan tempatan sebenar untuk tahun ini. Buah-buahan bermusim yang paling awal memberikan hasil ialah buah kuini dan seterusnya buah durian. Ia akan diikuti pula oleh buah rambutan, pulasan, manggis, cempedak, duku, dokong dan akhirnya buah rambai.
Buah durian di dusun WP sudah mula gugur. Walau pun kebanyakkan pokok durian dan buah-bahan lain berbuah dengan lebat, hasil tuaian dijangka hanya sedikit sahaja kerana ancaman perosak (monyet dan babi hutan) yang sangat serius.
Kutipan sulung daripada tiga pokok yang berlainan
Durian klon
Durian kampung
Durian kim hong
Salah satu pokok durian yang sedang berbuah lebat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan