Semalam, kami sekeluarga "Warisan Petani" telah berkunjung ke Melaka untuk menyaksikan panorama indah bandaraya Melaka dari udara. Tempat yang dituju ialah di bangunan The Shore yang menempatkan ruangan Sky Tower dan Oceanarium.
Sky Tower terletak di bumbung bangunan setinggi 43 tingkat yang berdindingkan kaca di mana kita dapat menyaksikan keseluruhan bandaraya Melaka 360 darjah dari tempat yang paling tinggi. Dari tingkat 41 untuk naik ke atas kita boleh menggunakan tangga kaca yang nampak bahagian bawah menyebabkan kita merasa gayat. Terdapat sebuah kolam cermin ikan koi di tingkat atas yang boleh dilihat dari atas dan bawah.
Sky Tower Melaka.
Pemandangan bahagian atas tingkat 43.
Kolam cermin ikan koi
Dilihat dari tingkat 42.
Pemandangan sekitar bandaraya Melaka melalui Sky Tower.
Terdapat satu tempat lagi yang harus dikunjungi di bangunan The Shore ini iaitu The Shore Oceanarium yang menempatkan pelbagai hidupan marin dan akuatik. Marilah melancong ke Melaka.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan