Pisang raja udang merupakan salah satu jenis pisang yang terdapat di kebun "Warisan Petani". Pisang ini agak unik kerana keseluruhan pokok dan buahnya berwarna keperangan kecuali daunnya. Bagaimanapun cara penanaman dan penjagaannya sama sahaja seperti jenis pisang yang lain.
Buah pisang udang berwarna keperangan semasa muda dan warnanya lebih cerah sedikit apabila matang. Isi buah yang masak berwarna putih kekuningan dan strukturnya sangat halus serta rasanya yang manis dan sedikit masam. Ia boleh dimakan sebagai pencuci mulut dan boleh dibuat cekodok pisang, lempeng atau kek pisang seperti pisang kapas. Buah matang yang belum masak boleh juga dibuat kerepek tetapi tidak sesuai dijadikan pisang goreng.
Pisang udang boleh dibiakkan melalui anak pokok yang dihasilkan oleh pokok dewasa. Mungkin belum ada benih yang dihasilkan dari kultur tisu kerana pisang raja udang bukanlah pisang komersil malah masih ramai yang tidak mengenalinya.
Anak pokok pisang raja udang yang tumbuh dari induknya.
Pokoknya berwarna keperangan.
Abak pokok pisang raja udang yang baru ditanam.
Sepohon pokok pisang raja udang.
Keseluruhan batang dan pelepahnya berwarna keperangan.
Sepohon pisang raja udang yang telah berbuah.
Pokoknya tinggi dan besar seperti pisang kapas.
Buah pisang raja udang muda.
Keseluruhan buah berwarna keperangan.
Buah yang hampir matang.
Sesisir buah pisang raja udang yang telah masak.
Warnanya lebih cerah.
Buah pisang raja udang yang dijual di pasar tani.
Harganya RM2.50 sekg.
Ada pelbagai metos mengenai pisang raja udang mengenai asal usul warnanya dan ada juga yang mengatakan buahnya tidak boleh dimakan dan boleh mendatangkan mudharat. Terpulanglah kepada kepercayaan masing-masing.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan