Hari ini "Warisan Petani" membeli dua beg baja setiap satunya 50 kg untuk kegunaan tanaman yang baru ditanam dan tanaman-tanaman yang ada di sekeliling rumah. Harga baja sekarang melambung tinggi terutama bagi baja yang diimport dari luar negeri.
Semua tanaman memerlukan baja untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil. Baja pada asasnya terbahagi kepada dua jenis iaitu baja organik dan baja kimia. Baja organik berasal dari sisa tumbuhan dan haiwan amat baik digunakan tetapi mengandungi unsur/zat yang terhad dan sedikit dapat dibekalkan kepada tumbuhan. Baja kimia lebih mudah digunakan dan mengandungi unsur yang tinggi untuk keperluan pokok. Ia dikelaskan lagi kepada beberapa jenis seperti baja gemuk, baja bunga, baja buah, baja akar dan sebagainya.
Dua beg baja campuran 50 kg. Baja campuran bermaksud baja tersebut mengandungi pelbagai unsur.
Nitrophoska ialah singkatan dari tiga unsur/zat yang sangat diperlukan oleh pokok/tumbuhan.
Green (hijau) menunjukkan baja tersebut adalah untuk tumbesaran pokok (baja gemuk).
15 - 15- 15 + 2S ialah kandungan utama baja tersebut mengikut peratusan.
Keterangan di beg baja.
15% N bermaksud baja ini mengandungi 15% unsur/zat Nitrogen.
15% P2O5 bermaksud baja ini mengandungi 15% unsur/zat Phospor (phospat).
15% K2O bermaksud baja ini mengandungi 15% unsur/zat Kalium.
2.0% S bermaksud baja ini mengandungi tambahan 2% unsur/zat Sulphur (belerang)
Peratus selebihnya adalah bahan lengai/ bahan tambahan yang tidak mempunyai zat.
Nitrophoska green bermaksud baja ini adalah untuk kegunaan tumbesaran pokok.
Sesuai digunakan untuk membaja anak pokok yang sedang membesar dan juga sayur-sayuran.
Biasanya disebut baja gemuk atau baja 15,15,15.
Nitrogen adalah unsur yang sangat penting untuk tumbesaran pokok. Ia diperlukan untuk pembentukan bahagian-bahagian pokok seperti daun, batang dan akar. Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru dan warna hijau daun terutama sayur-sayuran.
Phospor diperlukan untuk pembentukan akar pokok terutama anak benih yang baru ditanam. Phospor tunggal biasanya digunakan sebagai baja lubang iaitu baja yang ditaburkan ke dalam lubang sebelum penanaman anak benih. Bagi pokok dewasa phospor diperlukan untuk pembentukan bunga dan buah dan pembentukan klorofil pada daun.
Kalium berfungsi sebagai perintang dan daya tahan terhadap penyakit. Ia juga diperlukan untuk perkembangan akar pokok dan pembentukan buah yang berkualiti dari segi rasa, warna dan saiz.
Sulfur pula adalah unsur tambahan yang boleh membantu pembentukan warna hijau pada daun. Tanaman yang kekurangan sulfur menyebabkan daunnya kekuningan.
Beg baja 15 - 15 - 15 biasanya ditulis dan dicap dengan warna hijau yang bermanka ia adalah baja gemuk (untuk tumbesaran pokok).
Baja Nitrophoska cap Kuda dan Singa adalah baja import yang sangat berkualiti dan telah digunakan di kebun "Warisan Petani"sejak memulakan aktiviti pertanian.
terima kasih atas ilmunya
BalasPadamMudah2an bermanfaat
PadamBaja apa yg sesuai untuk susu pokok getah ya
BalasPadamGuna baja NPk biru r merah
BalasPadamBaja ni sesuai ke untok sayur sayuran
BalasPadamSesuai untuk sayuran berdaun seperti sawi, bayam, kangkung dll.
PadamBaja yg terbaik,dan harga berpatutan satakat ini.
BalasPadamfungsi baja ini apa??
BalasPadammenyuburkan tanaman
Padammenghijaukan daun
mempercepatkan pertumbuhan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
BalasPadamnk tnya la cmne nk bezakan baja kuda singa ni yg ori dengan tiruan?ɬɛཞIɱą ƙąʂıɧ spe sudi jwb🥳
beli daripada pengedar yang sah
PadamBerapa kali nk guna dalam sebulan? tQ
BalasPadamSalam... Baja ni sesuai tak utk pokok durian? Tkasih..
BalasPadamSesuai untuk pokok durian di peringkat pembesaran dan juga pokok durian dewasa selepas berbuah.
Padampengedar yang sah di kawasan kuala ketil/padang serai,sg karangan ada no tel tinggalkan.takut beli yang tiruan
BalasPadamNak tau tiruan mcm mn tu
BalasPadamNak Tau,1 kg Baja npk hijau boleh guna utk berapa pokok???
BalasPadamBaja kimia perlu diberikan sedikit sahaja tetapi kerap
Padambaja apa yang sesuai untuk anal sawit tahun 2 dan tahun 3..dan kadar penggunaan
BalasPadamBaja nitrophoska cap kuda singa ni pun okay
Padam