Ahad, 18 Januari 2026

Sembelih Ayam Kampung Asli

 Salam bertani

Hujung minggu ni semua anak wak balik kampung, jadi wak sembelihlah dua ekor ayam kampung asli (AKA) yang wak pelihara di belakang rumah. Bermula daripada mengejar ayam sehinggalah selesai diproses semuanya wak buat sendiri. Jom kongsi


Wak sembelih dua ekor AKA


Selepas dibersihkan, rendam dalam air panas untuk
mencabut bulunya.


Wak cabut bulu ayam secara manual.


Selesai cabut bulu ayam.
Seekor AKA muda dan seekor agak tua.


Ganggang di atas api untuk menghapuskan bulu halusnya.


Sedia untuk dipotong.




Daging AKA muda.
Boleh terus digoreng.


Dagingnya wak asingkan sebab AKA yang agak tua
lebih liat.
Sesuai dibuat rendang atau masak ungkep.
Salam bertani.

24 ulasan:

  1. Teringat masa abah sembelih ayam dulu. Semua dilakukan secara manual. Masak air dalam kuali kemudian cabut bulu. Penat tapi sangat bahagia bersama keluarga :)

    BalasPadam
  2. Jarang dapat tengok daging ayam semerah tu

    BalasPadam
  3. Masih buat dengan cara lama. Alhamdulillah siap disiang.

    BalasPadam
  4. Hari ini saya ada sembelih seekor ayam kampung..alhamdulillah memang boleh rasa sup ayam kampung ada kelainan yang ketara..

    BalasPadam
  5. Sedapnya AKA ..sedapnya buat masak lemak cili api pedas2....

    BalasPadam
  6. Fresh ni Wak. Mesti sedap rasa ayam ni. Sedapnya kalau masak apa-apa pun.

    BalasPadam
  7. Sedap dibuat rendang... makan dengan nasi impit...

    BalasPadam
  8. ayam kampung ni fav my arwah ayah dan juga now fav my hubby plak...suka sgt mkn ayam kampung cuma pyh nak dpt jugak dan harga lagi mahal compared ayam bandar

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah rezeki Wak sekeluarga 🀲🏻
    Tinggal kenangan je la kejar ayam dan cabut bulu ayam sembelih sendiri ni 😌
    Arwah mak suka buat masak lemak ayam kampung.

    BalasPadam
  10. Rindunya nak cabut bulu ayam. Dolu2 kalau raya potong ayam bela sendiri nanti ramai2 cabut bulu ayam. Memori berhariraya. Wak masak ayam kampung yang tua tu sedap masak ungkep wak.

    BalasPadam
  11. Tentu lain rasa AKA dengan AK biasa, kan, wak. Sedapnya ayam ungkep, sy boleh bayangkan. Seronok wak suami isteri anak cucu balik.

    BalasPadam
  12. Bagusnya, semua Wak buat sendiri je. Terima kasih, Wak, kongsi proses satu demi satu dari sembelih. Saya tak tahu yang kena bakar atas api tu.

    BalasPadam
  13. Daging nya orang kata kurang lemak liat sikit sebab sibuk mencari makan ehhehe. Dana suka masak sup wak kalau ayam kampung ni,... dia pun rebusan tu sedap. Buat rendang dengan ungkep memang paling sesuai jugak

    BalasPadam
  14. Penat tapi puas hati kan Wak, dari bela sampailah siap untuk dimasak semuanya buat sendiri πŸ‘πŸ½. Saya pernah cabut bulu gitu, nak siap seekor punyalah lama πŸ˜…

    BalasPadam
  15. terbaik wp rajin semua buat sendiri proses ayam kampung tolong isteri nk masak

    BalasPadam
  16. Saya pun dulu selalu juga proses sendiri tapi sekarang saya tangkap dan hantar ke pasar. Bayar je upah pada penjual tu. Kat area saya, penjual ayam tu ambil RM5 seekor upah sembelih dan proses. Tak perlu saya nak jerang air panas dan cabut bulu.

    Tapi bagus juga Wak buat sendiri. Boleh gamit nostalgia zaman dulu-dulu.

    BalasPadam
  17. Sedapnya masak ungkep... AKA tua ni beli di pasar basah agak mahal jugak harganya ni

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa arwah Atok duduk kampung dulu memang seronok kejar ayam nak sembelih. Teringat kenangan dulu. Puas hati kan makan ayam ternak sendiri.

      Padam
  19. fresh betul ni. ayah saya suka betul dgn ayam kampung, sihat

    BalasPadam
  20. Nampak segar bugar ayamnya. Sure goreng kunyit biasa pun sodap

    BalasPadam
  21. Nostalgia zaman kecik-kecik dulu mak Mrs. A pun ada bela ayam kami adik-beradik campur jiran kejar ayam sampai letih tangkap hahahaa

    BalasPadam
  22. Hebaaat lah Wak, semua dilakukan sendiri πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Sedaaaap rasa ayam kampung asli nih. Yg tua memang liat, tapi kalau pandai mengolah, jadi lembut juga.

    BalasPadam