Salam bertani
Hujung minggu ni semua anak wak balik kampung, jadi wak sembelihlah dua ekor ayam kampung asli (AKA) yang wak pelihara di belakang rumah. Bermula daripada mengejar ayam sehinggalah selesai diproses semuanya wak buat sendiri. Jom kongsi
Wak sembelih dua ekor AKA
Selepas dibersihkan, rendam dalam air panas untuk
mencabut bulunya.
Selesai cabut bulu ayam.
Seekor AKA muda dan seekor agak tua.
Sedia untuk dipotong.
Daging AKA muda.
Boleh terus digoreng.
Dagingnya wak asingkan sebab AKA yang agak tua
lebih liat.
Sesuai dibuat rendang atau masak ungkep.
Salam bertani.









Teringat masa abah sembelih ayam dulu. Semua dilakukan secara manual. Masak air dalam kuali kemudian cabut bulu. Penat tapi sangat bahagia bersama keluarga :)
BalasPadamJarang dapat tengok daging ayam semerah tu
BalasPadamMasih buat dengan cara lama. Alhamdulillah siap disiang.
BalasPadamHari ini saya ada sembelih seekor ayam kampung..alhamdulillah memang boleh rasa sup ayam kampung ada kelainan yang ketara..
BalasPadamSedapnya AKA ..sedapnya buat masak lemak cili api pedas2....
BalasPadamFresh ni Wak. Mesti sedap rasa ayam ni. Sedapnya kalau masak apa-apa pun.
BalasPadamSedap dibuat rendang... makan dengan nasi impit...
BalasPadamayam kampung ni fav my arwah ayah dan juga now fav my hubby plak...suka sgt mkn ayam kampung cuma pyh nak dpt jugak dan harga lagi mahal compared ayam bandar
BalasPadamAlhamdulillah rezeki Wak sekeluarga π€²π»
BalasPadamTinggal kenangan je la kejar ayam dan cabut bulu ayam sembelih sendiri ni π
Arwah mak suka buat masak lemak ayam kampung.
Rindunya nak cabut bulu ayam. Dolu2 kalau raya potong ayam bela sendiri nanti ramai2 cabut bulu ayam. Memori berhariraya. Wak masak ayam kampung yang tua tu sedap masak ungkep wak.
BalasPadamTentu lain rasa AKA dengan AK biasa, kan, wak. Sedapnya ayam ungkep, sy boleh bayangkan. Seronok wak suami isteri anak cucu balik.
BalasPadamBagusnya, semua Wak buat sendiri je. Terima kasih, Wak, kongsi proses satu demi satu dari sembelih. Saya tak tahu yang kena bakar atas api tu.
BalasPadamDaging nya orang kata kurang lemak liat sikit sebab sibuk mencari makan ehhehe. Dana suka masak sup wak kalau ayam kampung ni,... dia pun rebusan tu sedap. Buat rendang dengan ungkep memang paling sesuai jugak
BalasPadamPenat tapi puas hati kan Wak, dari bela sampailah siap untuk dimasak semuanya buat sendiri ππ½. Saya pernah cabut bulu gitu, nak siap seekor punyalah lama π
BalasPadamterbaik wp rajin semua buat sendiri proses ayam kampung tolong isteri nk masak
BalasPadamSaya pun dulu selalu juga proses sendiri tapi sekarang saya tangkap dan hantar ke pasar. Bayar je upah pada penjual tu. Kat area saya, penjual ayam tu ambil RM5 seekor upah sembelih dan proses. Tak perlu saya nak jerang air panas dan cabut bulu.
BalasPadamTapi bagus juga Wak buat sendiri. Boleh gamit nostalgia zaman dulu-dulu.
Sedapnya masak ungkep... AKA tua ni beli di pasar basah agak mahal jugak harganya ni
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMasa arwah Atok duduk kampung dulu memang seronok kejar ayam nak sembelih. Teringat kenangan dulu. Puas hati kan makan ayam ternak sendiri.
Padamfresh betul ni. ayah saya suka betul dgn ayam kampung, sihat
BalasPadamNampak segar bugar ayamnya. Sure goreng kunyit biasa pun sodap
BalasPadamsedap dibuat kari ayam
BalasPadamNostalgia zaman kecik-kecik dulu mak Mrs. A pun ada bela ayam kami adik-beradik campur jiran kejar ayam sampai letih tangkap hahahaa
BalasPadam