Ahad, 19 Januari 2025

Ternakan di Belakang Rumah

 Assalammualaikum

Wak nak tunjukkan perkembangan ternakan yang wak usahakan di belakang rumah. Ada beberapa jenis ayam, itik dan burung puyuh yang wak ternak. Ayam mutiara dah habis wak sembelih dan ada juga wak jual. Setiap pagi selepas bersarapan, wak luangkan masa sejam untuk menguruskan pemberian makan minum mereka. Jom tenguk


Ternakan ayam dan itik di kawasan berpagar.
Mereka akan dilepaskan ke kawasan kebun pada waktu petang.


Ayam arab di dalam reban.


Ayam penelur lohman brown


Ayam kampung kacuk di dalam reban berlantai.
Sudah sesuai untuk dituai.


Bapa ayam kampung asli (ayam sabung)


Pejantan ayam kampung kacuk.


Yang warna putih tu adalah ayam penelur white leghorn.


Anak ayam kampung kacuk di dalam sangkar pembesaran.


Anak ayam arab di dalam sangkar didik.
Disediakan lampu 25W sepanjang masa sehingga berumur 2 minggu.


Anak itik serati kampung.


Burung puyuh penelur di dalam sangkar.


Alat pengeraman telur automatik.


Telur ayam kampung asli
Wak jual 60 sen sebiji kepada peraih/kawan/jiran.


Telur itik serati.


Kutipan telur burung puyuh sehari.

Salam bertani.

26 ulasan:

  1. sgt masyuk laaa hasil ternakan wak ni

    BalasPadam
  2. waaahhh tak sia-sia berbudi membela haiwan ternakan ni.. lumayan hasilnya!

    BalasPadam
  3. bla dah petang nak pggl blk ternakan ni... mcm mana wak buat ya?

    BalasPadam
  4. Best nya jadi jiran Wak hihi...
    Telur puyuh buat sambal sedapnya

    BalasPadam
  5. Wow...banyaknya jenis ayam Wak...ada puyuh juga...bentar lagi ramadhan potong ayam ya Wak dari ternak sendiri.

    BalasPadam
  6. Boleh bayangkan riuh rendah bunyi kat sana

    BalasPadam
  7. Best nya. Dapat makan telur fresh dari ladang.

    BalasPadam
  8. saya baru tahu ada ayam arab tu wak? apa beza tu dengan ayam tempatan?

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah hasilnyaaa....SA suka makan ayam kampung kacuk...selalu beli tapi mahal skit la

    BalasPadam
  10. mcm2 jenis ayam ada tu..sronok kutip hasil telur tu

    BalasPadam
  11. bestnya wak.... best kutip hasilnya

    BalasPadam
  12. Hari tu saya beli telur ayam kampung, singgit sebiji, Wak. Kalau Wak dekat, saya dah beli dah satu papan. :)

    BalasPadam
  13. Wak petani T30, masyukkk.. 👍🏻✨

    BalasPadam
  14. seronok tengok ternakan ternakan wak...

    BalasPadam
  15. Cantik ayam arab tu.
    Lumayan tu wak hasilnya. Petani dan penternak berjaya.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah...murah rezeki wak...saya kalau dekat mahu juga beli teur ayam kampung

    BalasPadam
  17. Seronoknya Wak.. kalau Saya suka juga begini tapi takde tanah nak di tanikan wak..
    Wak Saya nak jemput majlis kahwin anak Saya, nanti Saya email wak

    BalasPadam
  18. alhamdulillah , tak yah gisau nak beli ayam , itik ngan telur ;)

    BalasPadam
  19. alhamdulillah..seronok nya..suasana kampung sgt

    BalasPadam
  20. Wow, kagum tengok usaha ternakan Wak! 🐓🦆 Dari ayam kampung kacuk sampai burung puyuh, semuanya nampak terurus dan sihat. Siap ada alat pengeraman automatik lagi, memang pro! 🤩 Semoga ternakan Wak terus maju dan jadi inspirasi kepada yang lain. 💪👏"

    BalasPadam
  21. Saya baru lihat mesin pengeram ayam automatic Wak 😍😍. Berarti tetap bisa menetas walopun dieram oleh mesin yaa. Saya pikir baru menetas kalo induknya yg eram

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah murah rezeki wak.... Ayam telur tu insyallah makan dari hasil sendiri sahaja...

    BalasPadam
  23. Alhamdulillah...meriah food security Wak...dengan haiwan ternakannya dan tanamannya

    BalasPadam
  24. Seronok tengok hasil ternakan wak .. macam-macam ternakan ..cucu-cucu mesti gembira kan kalau tengok hasil ternakan wak yg banyak nii .

    BalasPadam