Isnin, 21 Oktober 2024

Dah Dapat Adik

 Salam bertani

Anak-anak itik serati sulung lapan ekor yang wak bela dah besar panjang semuanya. Lima ekor jantan dan tiga ekor betina. Ibunya dah  mengeram kali kedua dan menetas sepuluh ekor anak itik. Jom nenguk


Bapa, ibu dan lapan ekor anak.
Kelihatan juga empat ekor ayam mutiara.


Kesemua anaknya berwarna putih.


Bapa dan emak itik serati.


Anak-anak kali kedua sepuluh ekor semuanya.
Wak  pisahkan daripada ibunya seminggu selepas menetas.


Kali ni ada pelbagai corak warna.
Tiga ekor warna hitam putih seperti induknya.
Lima ekor warna putih kelabu.
Dua ekor warna putih.



Salam bertani.

28 ulasan:

  1. Bestnya ramai adik beradik depa 😁

    BalasPadam
  2. meriah ni ramai adik beradik hehhehe

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah bertambah ahli keluarga nya.

    BalasPadam
  4. Elok sihat semuanya.
    Adik-adik berkumpul tengah gosip lah tu.

    BalasPadam
  5. Wahhh..Meriah keluarga mereka...Dah besar sedap buat lauk kerutuk itik serati =D

    BalasPadam
  6. Buat masak lemak itik salai sedap ni

    BalasPadam
  7. biak dah itik serati raya nanti boleh masak rendang sedap tu

    BalasPadam
  8. Baru dua kali mengeram, dah banyak gini. Meriah sungguh.

    BalasPadam
  9. Ma shaa Allah comel2 je semua baby baru lahir. Mesti besar tanah rumah wak ni sebab nampak ayam api-api pun ada jugak tu. Meriah!

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.
    Semoga terus membiak dengan jayanya.

    BalasPadam
  11. Moga sihat-sihat la semua haiwan peliharaan wak

    BalasPadam
  12. wak, macam mana nak tahu yang mana jantan dan yang mana betina hehe dah macam filem P Ramlee lak soalan saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang masih anak yang betina badannya agak bulat dan yang jantan badannya lebih panjang.
      Kalau yang dewasa betullah jawapan p romali tu.

      Padam
  13. Sukses ya Wak beternak itik nya.
    Senang lihat foto-foto itik anaknya. Lucu-lucu...

    Salam,

    BalasPadam
  14. Ramai betul adik beradik ni..kalau letak nama jenuh nak kenal..

    BalasPadam
  15. Ini tak ada anak angsa yg tertukar masuk kan Wak 😄🤭?

    Macam cerita kanak2 the ugly duck 😄

    Sehat2 semua anaknya yaa. Dah terbayang telur Masin dari telur itik. Sedaap

    BalasPadam
  16. warnanya akan kekal ke wak smpi besar? yg jadi hijau tu mcm mn ya?

    BalasPadam
  17. Oh...ini rupanya itik serati..
    Kat tempat saya dipanggil
    "Itik Nila"..dia punya nafas macam orang semput kan wak?🤭

    BalasPadam
  18. Ramainya adik beradik. Meriah nanti itiknya Wak.

    BalasPadam
  19. ada sebab ke wak kenapa dipisahkan dari ibunya? kotlah ibu dia makan anak sendiri ke?

    BalasPadam