Sabtu, 18 Mac 2023

'Yut' Hanyut Buat Selama-lamanya

 Salam bertani

Mungkin masin mulut wak selalu panggil Yut (sempena peristiwa dia hanyut dulu), kini Yut telah hanyut buat selama-lamanya. Peristiwa ini berlaku pada awal bulan ini semasa banjir besar melanda kebanyakan kawasan di negeri Johor. Kawasan padang ragut tempat ternakan wak telah ditenggelami air banjir beberapa hari akibat hujan lebat berterusan dan pelepasan air takungan tasik.  Keluarga Yut yang berada di seberang sungai tidak dapat dipindahkan kerana air naik terlalu cepat. Si Yut cuba menyeberangi sungai tetapi tersangkut pada jaring ikan yang dipasang oleh penduduk di sini. Wak amat sesal  tak dapat menyelamatkan Yut sebab ia menyeberang pada waktu malam. Wak hanya dapat melihat jasad Yut tidak bernyawa pada pagi esoknya.

Hampir sebulan wak tidak mengentri blog WP kerana peristiwa ini. Bukan sedih kerugian 5 - 6k nilai komersial Yut, tetapi kehilangan 'sentimental value' bersama-sama Yut selama ini tiada bandingannya.



Wak banyak mengentri kisah Yut dan keluarganya dalam
blog WP ini. Panggilan 'Yut' berasal daripada peristiwa dia
hanyut ke seberang sungai. Wak kagum dengan semangatnya
hidup bersendirian sehinggalah membentuk satu keluarga.



Banjir besar akibat pelepasan air empangan
pada awal bulan Mac ini.
Keluarga Yut berada di seberang sungai terperangkap banjir   



Keadaan sebahagian daripada keluraga  Yut yang
terperangkap banjir sehingga beberapa hari.


Wak terpaksa mengharung sungai menggunakan sampan
untuk melepaskan tali tambatan ke semua ahli keluarga Yut.


Jasad Yut dijumpai terapung tersangkut pada jaring ikan.
Rupanya Yut ikut wak menyeberang sungai pada malam itu
meninggalkan ahli keluarganya yang lain.



Yut benar-benar hanyut buat selama-lamanya.
Maafkan wak kerana tidak dapat membantu 
Yut sehingga kelemasan
Sedihnya melihat jasad Yut berlalu pergi.


Yut the Legend dalam kenangan.
Terima kasih di atas segala kenangan semasa menjadi
sahabat wak yang setia.
Yut meninggalkan wak dan  tiga anak si Ning Oyen,
si Pok Teh Ali dan si Syuk serta dua cucu si Napi Sikat Tepi 
dan Siti Nursyahira @ Ira.

Sala bertani.





61 ulasan:

  1. Sedihnya tengok dia dah kaku tu wak :(

    BalasPadam
  2. Innalillahiwainnailaihirajiun. Moga Allah gantikan yang lebih baik.

    BalasPadam
  3. Allahu Akbar, nangis sy baca entry wak ni. Masa banjir tu, sy mmg asyik teringat Yut, apa khabarnya dgn Yut di seberang sungai tu, tapi tak sampai hati nak tanya kat wak. Rupa2nya, benar detak hati sy, Yut hanyut selamanya.. Wak kehilangan Yut, sy kehilangan Tino.

    BalasPadam
  4. Oh, patutlah lama wak menyepi... i feel you

    BalasPadam
  5. assalammualaikum wak. patutla mcm lama xnmpk wak singgah.. Allahu. sedei nya dgr. xpela wak. redha..InsyaAllah moga ada rezki yang lebih baik utk Wak. aamiin

    BalasPadam
  6. Moga Allah gantikan yang lebih baik

    BalasPadam
  7. Allahuakbar...masa tenguk Johor banjir teruk terutamanya Batu Pahat macam terdetik je apa agaknya terjadi dengan keluarga Yut dan yang lain-lain. Bila wak up cerita sedihnya. Kesian pulak tenguk yang tersangkut seberang sungai tu. Semuga yang lain-lain hidup lah hendaknya.

    BalasPadam
  8. Allahuakbar sedihnya...masa banjir haritu memang teringat dekat wak&haiwan2 kesayangan tu semua..cuma mampu berdoa dalam hati moga semuanya selamat

    BalasPadam
  9. Sabar ye Wak. Memang sedih kehilangan kesayangan kan. Semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik

    BalasPadam
  10. semoga Allah memberkati usaha Wak

    BalasPadam
  11. Allahu…saya yang cuma ikuti perkembangan Yut di alam maya pun turut rasa sedih.

    Aritu masa banjir di Johor, memang saya terfikir pasal lembu Wak yang diseberang sungai ni. Tapi tengok Wak takde update apa-apa di blog, saya fikir lembu Wak baik-baik aje. Rupanya…Wak pun sedang bersedih.

    BalasPadam
  12. Allah sedih nyaa tengok yut. dapat rasa sekali kesedihan wak. semoga wak tabah. semoga keluarga wak juga baik2 saja disana. sedih terima kabar johor banjir tempoh hari

    BalasPadam
  13. sedih tengok jasad dia. kalau saya yang baca ni sedih, apatah lagi wak yang selalu ada dengan dia. semoga kuat semangat wak ye.

    BalasPadam
  14. Innalillah..sedih baca bila melibatkan nyawa walaupun hanya haiwan belaan. Teringat kesedihan saya masa kucing mati dulu lepas banjir, sampai sekarang tak boleh lupa.

    BalasPadam
  15. Allahu.. sedihnya baca entri kali nie. Sebak dada.. Tabah ya Wak..

    BalasPadam
  16. Sedihnya Yut dah takde... x sanggup tgk jasad yut yg hanyut tu.. mcm baru² ni ada kampung tu terbakar dan kucing² dalam sangkar pun semua hangus terbakar jugak... x sanggup nak tgk ramai sgt terperangkap dlm sangkar

    BalasPadam
  17. Sedih baca entri kali ini...tak tahu nak cakap apa...semoga WP kuat dan bersabar

    BalasPadam
  18. Sedihnya .....sayu hati saya baca ni

    BalasPadam
  19. Saya tumpang sedih, Wak. Sabor ye...

    BalasPadam
  20. sedihnya mengharungi dugaan banjir sehingga hanyut selamanya... kenangan yg ditinggalkan yut abadi di hati pembaca n3 wp

    BalasPadam
  21. Ya Allah sedihnya..semoga wak tetap sabar menempuh ujian ini

    BalasPadam
  22. Allahu menitis air mata Mrs. A baca WP.

    BalasPadam
  23. aduh wak, sedihnya baca.... mesti wak rindu kat Yut kan

    BalasPadam
  24. alaa sedihnyaaa... terasa sy pula yg kehilangan yut...

    BalasPadam
  25. Innalillahiwainnailaihirajiuunn!
    Begitulah takdirnya Yut, berjuang untuk menyelamatkan diri tetapi terus hanyut buat selama-lamanya.
    Salam takziah Wak. Waris Yut masih ada. Tumpahkanlah pula kasih sayang buat mereka.

    BalasPadam
  26. Innalillah...
    Akhirnya Yut pergi jua dalam tregedi banjir besar..
    Takziah

    BalasPadam
  27. Sedih tengok jasad yut terkaku sangkut pada jala ikan . Allahuakbar . Kalau ccl di tempat wak pun semestinya akan sedih jugak . Moga Allah ganti yg lebih baik untuk wak ya ..

    BalasPadam
  28. Allah....wak, sedihnya kita 😭😭😭 patut la wak senyap lama...Yut memang antara yang saya paling tertarik kisahnya dalam blog wak ni..terasa betul kehilangannya..kalo saya pun entah² macam wak juga, kesiannya Yut..semoga wak tabah ya..

    BalasPadam
  29. Salam takziah Wak, sedihnya... semoga wak terus direzekikan pengganti yang lebih baik.

    BalasPadam
  30. Sedihnya Wak :(
    Pasti ada hikmah semua yg terjadi ni... Mudah-mudahan Allah gantikan dgn yg lebih baik utk Wak 🤲
    Rumah Wak kena banjir juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah
      Rumah wak di tempat tinggi memang tak pernah kena banjir

      Padam
  31. innalillahi., salam takziah kangji wak WP ittewww.,

    BalasPadam
  32. alahai sedihnyaa...sabar ye wak..yang patah tumbuh hilang berganti...insyaallah allah akan gantikan dengan yang lebih baik..

    BalasPadam
  33. huhu...sedihnya. Tinggal kenangan sahaja.

    BalasPadam
  34. semoga wak tabah menghadapi saat2 sukar spt ini...

    BalasPadam
  35. Kesah sedih ni wak.... Apa2 pun bersabar je wak atas apa yg berlaku mungkin Ada hikmahnya..

    BalasPadam
  36. ya Alloh sedih Mbul wak...padahal sapinya sangat gagah...:'(

    BalasPadam
  37. Allahu .. Sedihnya .. perginya begitu sahaja..

    BalasPadam
  38. allahu, berlinang air mata baca entri ni. walaupun binatang tapi sebab dijaga tiap hari tetap sedih kan.

    BalasPadam
  39. Aaa sedihnya... semoga kuat ya Wak dan keluarga

    BalasPadam
  40. Kasian Yut ...sudah jadi bagian dari kluarga Wak...betul bukan karena harganya saja tapi memori karena Yut sudah lama dalam kluarga Wak,sabar ya Wak...

    BalasPadam
  41. Allah....sedihnya bila wak kata Yut dah takde..
    Yut akn tunggu Wak di syurga..InsyaAllah..

    BalasPadam
  42. sedeynya :( tragisnya cara Yut pergi........salam 7 ramadan utk Wak, tq sbb sudi singgah dan drop komen kat my lil blog tu :)

    BalasPadam
  43. Sedih nya Yut sudah tiada. Moga Wak diganti dgn yang lebih baik.

    BalasPadam
  44. Allahu...sedihnya..Yut pergi tak kembali...

    BalasPadam
  45. Alla.. sedihnya.. takziah ye wak..

    BalasPadam
  46. alaa. kesiannya.. takziah atas ujian yg menimpa.

    BalasPadam
  47. sedihnya tgk yut hanyut selamanya.. sabar ya wak.. Allah nk gantikan dgn yg lebih baik

    BalasPadam
  48. Allahuakbar sedihnya wak.. boleh saya tau lokasi wak di mana?

    BalasPadam
  49. Allah..sedihnya..selalu baca kisah Yut kat blog WP ni...Sabar yea, wak...

    BalasPadam
  50. Allahuakbar
    sayunya, sabar Wak
    walau jauh tp sgt menyentuh hati , tak dpt bayangkan \terasa menitis airmata
    Allah pinjamkan seketika , itulah yg beri kekuatan bila kehilangan selamanya

    BalasPadam
  51. Allah sayu sedihnya.. dpt bygkan apa Wak rasa sama mcm saat kucing kesayangan kami mati digigit anjing haritu :(

    Moga Allah berikan kekuatan buat Wak utk kembali berblog ya.

    BalasPadam
  52. Subhanallah, Kak Mah pun rasa nak menitis air mata, sedih, sabar yer Wak, mesti akan ada penggantinya nanti, In Shaa Allah

    BalasPadam
  53. Allahuakbar, Semoga terus tabah Wak... Takdir telah menentukannya.. Semoga ada pengganti Yut... Sedihnya tgk Yut lemas camtu 🥺

    BalasPadam
  54. Kenapa penduduk di situ tak bukak balik jaring?satu sikap TAK BERTANGGUNGJAWAB..sepatut ya wak pun kena selamatkn yut dn keluarganya AWAL2..kita ni manusia ada akal ternak haiwan MESTI LEBIH PEKA DAN BERTANGGUNGJAWAB.berdosa kita penyebab haiwan ternak mati

    BalasPadam
  55. Pasang jaring buat apa lama2?tak bukak balik...aniaya haiwan!!

    BalasPadam
  56. sedihnya tgk yut dlm sungai.. setia dia

    BalasPadam