Selasa, 13 September 2022

Membaja Pokok Durian Dewasa Selepas Musim Buah

 Salam bertani

Wak dah selesai membaja pokok durian dewasa selepas berakhirnya musim buah-buahan baru-baru ini. Kali ini wak gunakan dua jenis baja sebatian impot jenama Jambatan. Baja sebatian 12:12:17 dan juga 16:16:16.  Bagi pokok durian yang berbuah lebat pada musim yang lepas, wak berikan baja 16:16:16 untuk memulihkan kesuburannya. Baja 12:12:17 pula wak berikan kepada pokok durian yang tidak berbuah (walau pun berbunga lebat) dan yang kurang berbuah pada musim yang lepas. Setiap pokok akan diberikan lebih kurang 5 kg baja dengan menaburkannya di sekeliling kanopi pokok.

Pokok buah-buahan lain seperti cempedak, manggis, rambutan, pulasan dan duku langsat tidak diberikan baja selepas berbuah kerana harga baja yang sangat mahal sekarang ini.

Pokok durian akan diberikan baja 12:12:17 sekali lagi pada awal tahun depan sebelum musim berbunga bermula. Pokok-pokok buah-buahan lain juga akan diberikan baja yang sama pada masa itu



Baja 12:12:17 juga dikenali sebagai baja biru
Mengandungi lebih unsur Kalium untuk meransang
pengeluaran bunga pada musim akan datang.


Harganya anggaran RM250 sebeg 50 kg
Wak gunakan 2 beg


Rupa bentuk baja sebatian berbutir 12:12:17


Baja sebatain 16:16:16 ini pun lebih kurang sama harganya
Baja ini berfungsi untuk mengembalikan kesuburan pokok
dewasa selepas lebat berbuah


Rupa bentuk baja sebatian berbutir 16:16:16


Wak beli 2 beg baja sebatian 16:16:16
 untuk pokok durian dewasa
Dua beg baja 888 (baja kopi) tu untuk anak pokok durian


Baja sebatian tersebut hanya ditaburkan di sekeliling
perdu pokok durian dewasa
Anggaran 5 kg bagi bokok durian dewasa yang besar tu


Belanja gambar buah durian D2 pada musim yang lepas


Salam bertani.

23 ulasan:

  1. Ya ampun..mahalnya harga baja..
    Adakah memang harganya begitu atau melambung selepas covid?
    Sepokok 5kg..
    Sekampit hanya dapat 10 pokok..Boleh tahan kos

    BalasPadam
  2. Aah... baja memang mahal. Mujurlah pokok getah dapat bantuan pekebun kecil risda

    BalasPadam
  3. Mahal banget harganya ya baja oh baja..bbm oh bbm

    BalasPadam
  4. Baja yg mahal hasil ya pon lumayan jugak kan kangji.. hebatts2

    BalasPadam
  5. Banyak juga baja diperlukan utk 1 pokok ye, 5 kg.. moga hasilnya bertambah lumayan Wak 🤲

    BalasPadam
  6. yummy! hasil buahnya sangat memukau wak...jadi ingin beli durian mbul hehehhe

    BalasPadam
  7. makanan pokok mesti diberi ikut perlu barulah ramah buahnya

    BalasPadam
  8. Mudah-mudahan pokok durian akan berbuah lebat.

    BalasPadam
  9. Mahal jugak rupanya harga baja ya Wak..

    BalasPadam
  10. Berbudi pada tanah, Insyaallah pasti berhasil.

    BalasPadam
  11. terbaiklah wak. semoga dpt hasil yang lumayan

    BalasPadam
  12. Banyak jugak baja yang diperlukan untuk satu- satu pokok...

    BalasPadam
  13. cantik pulak logo agrobridge tu... simple

    BalasPadam
  14. Harga baja pun bukan biasa biasa tu. Bersih kebun wak. Seronok masuk kebun bersih tak semak camni. Alahai, rindu pulak nak makan durian.

    BalasPadam
  15. lain kali wak buat le pakage pelancongan kat kebun buah wak. Sambil makan sambil membeli sambil melancong keliling kebun. Boleh wak....lagi best dapat kenal wak dengan geng blogger semua

    BalasPadam
  16. Aduh!! Aduh!! Kalau dapat sebiji pun puas makannya..

    BalasPadam
  17. harga baja mahal jadi pembeli tak boleh komplen lah harga buah mahal.

    BalasPadam
  18. Buah durian di kebun saya di jeli kelantan jadi kehitaman di bahagian bawah..wak tahu tak apa sebabnya..dulu kebun getah dan dibersihkan bulan 5 lepas tinggal pokok buahan saja.durian ni buah lebat osi kuning tapi last2 hitam bhgian bawah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak tak pernah alami lagi. Mungkin disebabkan serangan kulat atau faktor cuaca seperti kemarau atau lebihan hujan.

      Padam