Jumaat, 24 Disember 2021

Hanafi Sikat Tepi

 Salam bertani

Tajuk tiada kaitan dengan entri. Sepatutnya tajuk ' Yut Dapat Cucu'. 

Alkisahnya pada minggu lepas, wak dapat seekor cucu lagi di tepi sungai. Kali ini si Ning (anak Yut) melahirkan baby sulung jantan.  Wak panggil cucu terakhir wak tahun 2021 ni 'Napi' aje.


Masa ni Napi dah berumur seminggu lebih.
Ada tompok putih kat kepala, kat ekor dan kat nenen dia.


Napi wak dah bagi rantai panjang supaya senang nak kawal
kalau dia buat macam-macam nanti


Napi cuba tiru gaya ibunya semasa wak tangkap gambar ni


Yang putih tu adik si Ning
Lahir bulan Mac yang lepas dah besar macam tu


Keluarga Yut di seberang sungai.
Asalnya dulu Yut seekor aje 'hanyut' ke seberang sungai tu
Sekarang dah jadi empat ekor
Dua ekor anak Yut dan cucu barunya si 'Napi'

Salam bertani.


40 ulasan:

  1. Hahahahahahaha.. tak pasal dapat nama Napi ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    BalasPadam
  2. bertambah ahli keluarga Yut..alhamdulillah..

    BalasPadam
  3. Glamer nama Napi sekarang ni noo.. semoga Napi yang ni membesar jadi budak baik ๐Ÿ˜ฌ

    BalasPadam
  4. Wah lain macam nama napi...semoga membesar dengan baik napi.

    BalasPadam
  5. Hai Napi..cantik la wak warna putih di kepala dan hujung ekor Napi tu.

    BalasPadam
  6. Comel pulak si Napi. Tahniah jugak Wak dapat cucu hehehe

    BalasPadam
  7. Pandai bergaya, tidak malu dengan kamera si Napi.

    BalasPadam
  8. alahai hensemnya napi sikat tepi..Alhamdulillah rezeki musim banjir wp

    BalasPadam
  9. Rambut dia make sure jangan sikat tepi ye wak....hahahahah

    BalasPadam
  10. He he .... Ini salah satu rahmat Illahi di ujung tahun. Selamat pagi, Sobat. Terima kasih telah berbagi kisah.

    BalasPadam
  11. lembu punya susu, napi dapat nama.. ehh

    BalasPadam
  12. Aduh, trending betul nama dia! hahahhaha!

    BalasPadam
  13. Hahaha... Napi mohon jangan ikut perangai Hanafi sikat tepi tau

    BalasPadam
  14. besar2 dah lembu2 nya tu...
    tgu napi 2 minggu lagi konpom besar jgk tu...agak2 ada rambut tak nnt bole sikat tepi? hhhhaa

    BalasPadam
  15. alhamdulillah wak dapat cucu baru. comel cucu nya

    BalasPadam
  16. Hai napi.. comel plak tgk tompok dia

    BalasPadam
  17. lain macam rupa bentuk Yut ni. Pasal Hanafi ni saya tertinggal bas la pulak. tak tahu apa storinya...

    BalasPadam
  18. Amboi Wak.. nama tak kalah ya, hahaha..

    BalasPadam
  19. Nama nama anak lembu wak semua ada kisahnya. up to date betul. hihi..comel dak napi ni. Kena rambut panjang sikit baru boleh sikat tepi :)

    BalasPadam
  20. Ala, tomei dgn tompok putih dekat dahi pulk..

    BalasPadam
  21. Ada nama tiap lembu..sihat semuanya ..alhamdulillah

    BalasPadam
  22. teringat masa kanak2 bila ayah suruh alihkan lembu2 bila senja. Kdg2 tu kena bagi air garam kat lembu...

    BalasPadam
  23. lembu punya susu, napi dapat nama ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    BalasPadam
  24. teringat dulu pernah kena kejar ngan anak lembu.. lari laju giler hahaha

    BalasPadam
  25. hahaha aduhhh wak pun dah terikut trend hanafi sikat tepi ni. senang la nak cam ek ada tompok putih tu. semoga napi membesar dengan sihat

    BalasPadam
  26. Moga Napi membesar sihat bagai juara!

    BalasPadam
  27. halah.. halah.. Comel sangat si Napi.. Elok tambat awal-awal ye wak mengelakan yang tak diingini.. hahaha

    BalasPadam
  28. Wakakakaa.. Haluuuu Napi! Moga terus sihat dan maju jaya.. Agituhhh. Jangan curang okayh! Kahhhhh3

    BalasPadam