Benih keratan batang pokok ketum ayam yang wak semai di dalam polibeg sudah pun membesar dan telah diubah ke tapak penanaman kira-kira tiga bulan yang lalu. Pokok ketum ayam yang wak tanam di tepi pagar dusun ini kelihatan subur dan cepat membesar. Wak belum cuba menuai daun pokok ketum ayam ini kerana ingin membiakkannya terlebih dahulu supaya lebih banyak pokok dapat ditanam.
Daun ketum ayam adalah makanan akternatif bagi ternakan ayam selain daripada dedak ayam dan jagung. Oleh kerana makanan ayam semakin meningkat harganya, penggunaan daun ketum ayam dapat mengurangkan kos makanan ayam. Daun ketum ayam dikatakan mempunyai kadar protien yang tinggi (melebihi 20%) dan kadar lemak yang rendah sesuai dijadikan makanan organik segar kepada ternakan ayam atau pun ternakan ruminan.
Pokok ketum ayam di tapak penanaman berumur 3 bulan
29.11.2019
Membeli seikat keratan batang pokok ketum ayam
daripada pengusahanya, Pak Tam.
29. 12. 2019
Keadaan keratan batang pokok ketum ayam
yang telah disemai di dalam polibeg.
27.04 .2020
Anak pokok ketum ayam diubah ke tapak penanaman
27.06.2020
Setelah 2 bulan ditanam
22.07.2020
Keadaan terkini pokok ketum ayam
Ditanam sebaris di tepi pagar dusun
Salah satu daripada 11 pokok ketum ayam
Semuanya kelihatan subur menghijau
Pokok ini mudah dibiakkan dengan keratan batang.
Mengeluarkan akar pada ruas batangnya.
Boleh dipotong untuk dijadikan tanaman baharu.
Salam bertani.
bagusnya wak..pandai berjimat..pokok ketum..tetiba teringat pokok yg buat minuman ketum tu ^_^
BalasPadamDah jimat kan wak
BalasPadamBagus nye.. boleh berjimat lepas ni
BalasPadamayam pun ada makanannya selain dari yg kita tahu ya
BalasPadammenarik jugak ye wak, mudah di tanam pun iya jugak... cuma namanya kenepalah ketum ayam hehhehehe
BalasPadamBaik tanam sendiri la wak kn.. Jimat pun jimat.. Lagipun ada tanah boleh tanam, lagi mudah nak petik bg makan ayam
BalasPadamtengok benih dia memang macam kaki ayam
BalasPadamsesuai dengan namanya
Sekali pandang macam daun pecah beling pulak! Rupanya pokok ketum ayam.
BalasPadamHa aa tetapi daun ketum ayam ni lebih lebar dan berbulu
PadamHahaha jadi kalau ayam makan, dia akan sampai ke bulan ke?
BalasPadamKetum ayam ni tak memabukkan
PadamAlternative yang baik Wak. Dapat jimat kos disamping menambah koleksi pokok.
BalasPadamOoh..patutlah masih belum diberi makan kepada ayam, nak biakkan dulu.
BalasPadamapa beza dgn pokok ketum? mujurlah ada alternatif kpd dedak ayam tu yg makin hari makin mahal harganya....
BalasPadamTakde kena mengena dengan pokok ketum yang memabukkan tu.
PadamWak pun tak tau kenapa dipanggil pokok ketum ayam.
Jimat ni
BalasPadamaym tu ok x lepas mkn daun ni hehe..
BalasPadam#gurauje
Dedak dan daun ketum ayam..mix kan ya Wak.Betul,makanan ayam naik harga.
BalasPadampertama kali tahu ada pokok ketum utk makanan ayam...boleh jg utk manusia kan..daun ketum elok utk kencing manis..
BalasPadamyang ni hanya untuk makanan ternakan aje.
PadamOo mama pun baru tau kegunaan pokok ni
BalasPadamOoooh. Katum ayam. Ingat ketum tadi.. baru nak rasa semangat tadi... hahaha
BalasPadampertama kali dengar pokok ketum ayam. makanan alternatif untuk penternakan ayam.
BalasPadamxtahu pula ada makan alternatif ayam....biasa di kampung dulu dulu gandum atau dedak atau lebihan nasi malam hari....
BalasPadambagus ni..jimat la takyah beli makanan ayam mahal2..
BalasPadamboleh juga kurangkan kos untuk makanan ayam. nak tanam pun mudah dan senang biakkan.
BalasPadamMudah ditanam rupanya.. mcm pernah nampak tp tak tahu pokok apa
BalasPadamNama saintifik pokok Ketum Ayam ini ialah Madre De Agua.
BalasPadamKandungan proteinnya tinggi 23.3% setanding dengan dedak palet makanan ternakan.
Jarak pokok ke pokok berapa kaki ya wak? Baru berjinak nk tanam pokok ni
BalasPadam2m sebaris tepi pagar
Padam