Pada bulan Disember yang lepas wak menanam dua baris pokok keladi di hujung kebun. Satu baris keladi mawar dan satu baris lagi pokok keladi putih. Tanaman keladi ini memerlukan masa sehingga lapan bulan untuk matang sebelum boleh dituai. Wak menanam pokok keladi ini untuk kegunaan sendiri sebagai terapi mata dan aktiviti untuk mengeluarkan peluh.
Lebih kurang 30 batang bibit pokok keladi mawar
Pokok keladi mawar ditanam sebaris dengan jarak 1m
Bibit pokok keladi putih
Satu baris pokok keladi mawar yang berumur seminggu
dan sebaris pokok keladi putih yang baru ditanam.
Pokok keladi mawar berumur seminggu.
Sudah mengeluarkan dua helai daun.
Kedaan tanaman keladi terkini.
Berumur hampir dua bulan.
Pokok keladi putih yang sudah dipenuhi
anak-anak baru di sekelilingnya.
Pokok keladi mawar sudah bersulur dan mengeluarkan anak.
Anak-anak pokok keladi perlu dipindahkan sebagai tanaman
baru untuk mengelakkan persaingan dengan induknya.
Pokok keladi mawar berumur dua bulan.
Sudah diberikan baja kimia 16:16:16
Salam bertani.
aralık ayında mı ekiyorsunuz ?
BalasPadamSeronok tengok bila menjadi tanamannya kan. Ada juga hasilnya
BalasPadamApa beza keladi mawar dan keladi putih?
BalasPadamkeladi mawar ditana untuk umbisinya
Padamia mengeluarkan sulur.
Keladi putih sesuai dijadikan sayuran
Tidak bersulur tetapi mengeluarkan anak di sekeliling umbisinya.
dua-dua keladi ni ada sulur ye wak? sulurnya kalau di masak bestnya wak.... kalau balik kampung memang kerjanya cari sulur keladi wak... masak tumis sedap sangat
BalasPadamkeladi putih ni takde sulur
PadamAnak2nya sesuai dijadikan sayur keladi
Macam yang banyak dijual di pekan Air Hitam tu.
keladi mawar tak boleh disayur hanya hasil umbisinya saja. sedap digoreng.
bestnya sulur keladi masak asam rebus
BalasPadamMenjadinya keladi WP
BalasPadamteringat zmn sekolah rendah, guna batang keladi utk cop dlm kelas seni lukisan...dulu2 tk suka sulur keladi sbb dia gatal..
BalasPadamseronok tengok tanaman dia menjadi. Doakan kami ni jugak, tanam daun kesum pun mati. hahaha.
BalasPadamIn syaa Allah.
PadamSemoga tangannya sejuk menanam
waalaikumussalam. saya belum pernah makan keladi yg dimasak. huhu
BalasPadamsedap tu wak kalau dibuat masak lemak atau asam pedas.kalau dapt yg isinya empuk fuhhh sedapnya
BalasPadamkeladi putih tu sesuailah
PadamSedap ni keladi kalau buat masak asam pedas
BalasPadamalhamdulillah, cepat dia tumbuh...
BalasPadamtanah wak ni subur sungguh kan, tanam apa pun menjadi Alhamdulillah
BalasPadamwahhhh.. sedap ni :)
BalasPadamTak lama hasilnya ditua..
BalasPadamDalam 8 bulan baru boleh tuai
Padamselalu fikir pokok keladi ni akan bagi gatal2 badan. huhu
BalasPadamKalau kena getah keladi memanglah gatal.
PadamTANAM KELADI KUNING WP SEDAP DISAYUR N DIGORENG
BalasPadamsuka makan ubi keladi pd musim banjir di kampung masa kecil n remaja.
BalasPadampokok dh meriah2.. subur pulak tu
BalasPadammasak lemak siput dengan keladi..fuh memang padu
BalasPadamNampak cantik tersusun.. Subur pulak tu.
BalasPadamSeronoknya ada tanah sendiri macam nie kan..
BalasPadamKelemahan maq, tanam keladi tak menjadi, masak keladi confirm rasa gatal kat tekak. Tp maq suka keladi
BalasPadamsaya pun tanam keladi juga WP, ari tu ada orang mintak untuk majlis kenduri.. dapat jual dlm 50 pokok.. ada banyak tak benih keladi mawar WP?
BalasPadamBenih keladi mawar ni wak minta daripada kawan sekampung.
PadamAda kawan2 yang menanam untuk komersial.
Sejuk betul tangan wak menanam.. Semua menjadi..
BalasPadamsalam, ada jual ke benih keladi putih tu.
BalasPadamWkmsalam
PadamMaaf tak jual
Assalamualaikum wak...saya bgtau jiran saya keladi mawar boleh dimakan batangnya hahaha..yakin je...adoi kena betulkan balik
BalasPadamWkmsalam
BalasPadamBatang keladi mawar boleh juga dijadikan sayuran tetapi kena rebus/celur dulu dan buang airnya.
Tak perasan wak dah balas..saya sellu buka blog wak ni kalau pasal keladi hehe..ooo ok 2ak terima kasih ye reply
BalasPadam