Hujan lebat yang turun sepanjang malam sehingga menjelang pagi menyebabkan kebanyakan kawasan rendah dinaiki air. Kawasan padang ragut tempat wak memelihara lembu juga sebahagiannya telah digenangi air sungai yang naik mendadak. Sepagian (dalam kehujanan) wak mengeret lembu2 ke tempat yang lebih tinggi dan selamat.
Air sungai mula melimpahi kawasan ragut
Lembu-lembu ditambat di kawasan benteng sungai yang tinggi
Seekor lembu di seberang sungai.
Harap2 selamat.
Kawasan ragut diteggelami air
Air akan meningkat lagi sekiranya empangan tasik dibuka.
Selepas kemarau, banjir pula melanda.
Kebun sawit wak bersebelahan kawasan ragut juga sudah dinaiki air.
Jalan utama ke kawasan ragut sudah dinaiki air.
Keadaan sungai petang ini.
(dari atas jambatan kampung)
Jaga diri wak dan family elok². Hati² musim hujan sekarang ni. Semoga urusan wak dan keluarga dipermudahkan. Aamiin...
BalasPadamIn syaa Allah
PadamRumah wak tak banjir sebab kawasan tinggi.
Yang banjir kebun dan padang ragut aje sebab tepi sungai.
ala...kesian yang sekor tu bersendirian kat seberang sungai
BalasPadamYang seeekor tu dah beberapa minggu kat seberang sungai.
PadamAsalnya dia terjatuh ke dalam sungai
lepas tu naik kat seberang.
Nak menyeberang sungai dia takut agaknya.
Biarlah dia kat sana. Rumput pun banyak.
Semoga semua selamat ya, manusia, haiwan2 peliharaan dan pokok juga.
BalasPadamIn syaa Allah selamat.
PadamCuma bekalan rumput terhadlah sikit.
Pokok sawit tak jejas kena banjir.
Risaunya bila air mula naik ni. harap air surut dan yang sekor tu selamat.
BalasPadamHujan dah berhenti dua hari, cuma air sungai belum surut.
PadamJPS buka empangan tasik kat hulu.
Allah.. Semoga dipermudahkan urusan wak.. Harapnya cepatlah air surut ye wak..
BalasPadamSetakat hari ini air sungai masih bertahan lagi.
PadamBab ni la yang merisaukan...kalau banjir habis segala harta benda, tanaman dan ternakan terbabit kan...
BalasPadamTanaman dan ternakan wak okay selamat semuanya.
PadamCuma ada beberapa anak pokok durian kat dusun yang terjejas digenangi air.
moga selamat semuanya Allah permudahkan n lindungi drpd sebarang musibah yg diingini
BalasPadamHarap2 begitulah.
Padamkemarau dan tengkujuh silih berganti.
Semuanya ujian dan kehendak Allah jua
moga masalah banjir ni akan cepat berakhir ye wak...
BalasPadamkebun wak tu kalau kene air rosak tak pokoknya wak?
kampung dana tanah gambut tak pernah air naik macam kt kebun wak tu... kalau hujan lebat pun becak jelah lepas tu cepat sangat air surut...
tempat wak ni kalau banjir lambat surut sebab air dari empangan tasik turun. Pokok sawit kalau kena banjir tak jejas, malah bertambah subur selepas air surut.
PadamBeberapa kawasan di JDT sudah mula banhir kan Wak.Hujan dah mula turun berterusan sekarang ni.
BalasPadamKawasan kampung wak ni tak kena banjir.
PadamCuma kampung2 bersebelahan yang berdekatan sungai kenalah.
Moga urusan wak dan keluarga dipermudahkan. Aamiin...
BalasPadamAamiin.
PadamHarap2 hujan tak berterusan...
BalasPadamHari ini ada hujan gerimis aje.
PadamTapi air banjir masih lambat surut.
Semoga semua ternakan wak selamat dan di permudahkan urusan . Hati-hati musim hujan sekarang, sini dah 3 hari hujan berturut-turut.
BalasPadamHujan kat JDT dah berkurangan
PadamDia melerah kat Kelantan pulak.
Semoga diberi sebaik baik pelindungan dari Nya.
BalasPadamAamiin
PadamSemoga WP serta ahli keluarga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi selalu hendakNYA. Semoga warga johor yang terlibat banjir juga tabah dan banyak-banyak bersabar.
BalasPadamSabtu dan Ahad lepas kawasan Seremban area Mrs. A pun sama hujan dari pagi sampai ke malam. Tapi alhamdulillah tiada kejadian banjir.
Banjir di JDT kali ni kira hebat juga terutama kat Kota Tinggi, Mersing Dan Kluang. Hujan lebat bersaing dengan air laut pasang besar.
PadamHarap semuanya selamat.
BalasPadamIn syaa Allah selamat
PadamMusim hujan, harapnya semua selamat..
BalasPadamAamiin
PadamMeridaukan juga bil lihat air Naik. Harap xde apa2
BalasPadamDah surut sikit.
Padamtapi masih banyak kampung yang ditenggelami air.
Allah hu akbar, Dia lah yang maha mengetahui..semoga cepat surut ya..banyakkan sabar dan mohon tak putus berdoa pada Allah
BalasPadamUjian Allah
PadamSemoga kita lebih mengingati kebesarannya.
Air dah naik.. semoga semuanya selamat..
BalasPadamkampung mana ni wak...
BalasPadamsmoga smuanya kembali pada sedia kala
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan..
BalasPadam