Hari ni wak tak kerja pun.
Pagi-pagi selepas bagi ayam-ayam makanan, wak pergi ke pekan beli makanan ayam dan baja organik.
Dalam pukul 11.00 pagi, wak pergi juga ke dusun tapi tak kerja cuma menyelia kawasan aje.
Ronda-ronda sekitar kebun sambil bawa hp cap ayam. Dapatlah jepret beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri hari ini.
Buah limau bali sunkist bergayutan di pokok.
Tak lama lagi bolehlah bungkus dengan surat khabar lama.
Pokok nanas sarawak dah ada yang berbuah.
Betik ni belum ada yang masak.
Pokok rambutan anak sekolah selepas dipangkas beberapa
bulan yang lepas.
Pokok pulasan dah merendang selepas dipangkas.
Sepohon pulasan lain selepas dipangkas.
Durian muda ini gugur kerana sekah dahannya.
Mungkin terlalu berat.
Buah kuini dah mula gugur.
Tuai beberapa buah limau kasturi pesanan pn is3.
Belimbing madu pun belum sempat nak bungkus.
Tak lama lagi musimlah buah nangka madu j33 ni.
Pokok bunga ni tumbuh sendiri di tepi jalan.
Pokok pisang tanduk baru berputik.
Buah pisang tanduk biasanya bilangan ganjil.
Pokok serai paha ayam yang baru ditanam.
Buah durian belanda muda.
Pokok pisang lemak manis yang baru ditanam.
Inilah gambar-gambar sebahagian daripda penghuni dusun yang wak usahakan.
Salam bertani.
Hijau segar mata memandang
BalasPadamInilah persekitaran pekerjaan wak.
PadamAlhamdulillah.. Rasa seronokkan bila usaha berbudi dgn tanah dah mula berhasil.
BalasPadamHasilnya sentiasa ada
Padamtetapi cabarannya pun banyak.
Bila musim hujan begini risaukan tanaman
Ya Allah... Bestnya pakcik. Makan buah fresh hasil tangan sendiri. Paling geram tengok... Betik bergayut tu. Dahla Fiza hantu betik.
BalasPadamwak pun suka betik.
PadamKadang2 kalaustok sendiri takde, terpaksa beli juga
bestnya tengok semua tanaman wak tu, subur semuanya...
BalasPadambunga tuh dana panggil bunga letup2, masa kecil suka amil bunga yang belum kembang lepas tu letupkan kat dahi, suka bau dia tu lepas di letupkan hehehe
Bunga jaman dulu tu, tumbuh aje tepi jalan.
Padamseronok tgk semua tanaman menjadi..
BalasPadamtgk betik berbuah kemain lebat..kat umah sy betik tak sempat jadi putik, dikerjakan dek monyet..limau kasturi je dia tak kacau
betik tu belum ada yang masak lagi
Padamtak taulah isinya macam mana
Ini bukan HP cap ayam ni... gambar cun
BalasPadamHp biasa2 aje uncle
PadamSukanya tengok semua tanaman...sayangnya durian tu sekah dahannya...durian muda bleh buat masak lemak cili api WP...sedap...
BalasPadampernah dengar juga tapi tak pernah buat.
PadamOrang jawa tak gheti gulai durian muda.
waalaikumussalam. geram nya lah hai tengok kebun wak tu ^_^
BalasPadamTempat wak embanting peluh.
PadamWak tak reti pegi gim r gelanggang.
fuh memang teringin sangat nak jadi pekebun berjaya macam WP ni.
BalasPadamMudah2an termakbul suatu hari nanti
Padamin syaa Allah
Kuinin tu..limau bali sunkis tu...adoii la...betul2 memyeksa la..
BalasPadamKuini tengah meluruh sekarang
PadamHabis kuini nanti barulah buan durian pula gugur.
mewahh..
BalasPadamAlhamdulillah
Padamjanji rezeki Allah kepada yang ingin berusaha.
seronoknya tengok kebun wak meriah dengan hasil tanaman..semua elok elok tu. teringin pulak nak rasa limau bali sunkist tu
BalasPadamBoleh caribenih dia dan tanam depan rumah.
PadamPokoknya kecik aje tanam dalam pasu pun boleh.
Saya otw ke kluang ni...ada meeting kat taman sri kluang. Kejap lagi nak mampir rumah wak petik buah...hahaha
BalasPadamMonggo mampir.
PadamTapi wolkswagen (wak segan) lah
Adoiii buah limau bali sunkist, nanas dan durian tu menggoda sungguh tau
BalasPadamHasil ni tak menentu
PadamKadang2 ada ikut musimnyalah
Bmsuburnya semua tanamn. Sayang Pula durian gugur muda2 lg
BalasPadamDurian muda buahnya lebih berat berbanding durian matang.
PadamKalau angin kuat memang patahlah dahannya.
Bila tengok hasol kebun wak, buat Sha teruja nak ada tanah sendiri.. Seronok bila pokok mula mengeluarkan hasil..
BalasPadamNumpang promo ya Admin^^
BalasPadamajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856