Wak ada menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan di dusun menggatikan pokok-pokok getah balak yang sudah ditebang. Selain menanam pelbagai jenis durian, ada juga tanamam-tanaman lain yang wak usahakan. Gambar tanaman yang wak tunjukan ini berusia lebih kurang enam bulan.
Nangka king.
Cempedak king
Nangkadak.
Hasil perkahwinan silang diantara nangka dan cempedak.
Banyak diusahatani di Indonesia.
Berbuah tidak bermusim seperti nangka tetapi rasa dan tekstur
buah lebih mirip kepada cempedak.
Cempedak durian.
Adalah sejenis varieti cempedak dan tiada kena mengena dengan durian.
Dipanggil cempedak durian kerana buahnya menyerupai durian.
Salam bertani.
byk jenis juga buah cempedak ni
BalasPadamgoreng pun sodap...
nangka memang kesukaan
sedap sgt
if kat sini selalu panggil nangchang yang nangkadak tu. susah nak cari sebenarnya, mungkin masih belum ditanam berleluasan sini.dulu yang selalu dimakan kaler oren, sedap
BalasPadamNangkadak pertama kali dengar hehe
BalasPadambaru nak tanya cempedak durian tu pokok kahwin jugak ke. macam pelik. rupanya hanya bunga yang sama
BalasPadamNangkadak dan nabka durian tu teringinnya nak rasa..
BalasPadamNangkadak sedap. Kalau ke samarahan mesti carik.
BalasPadamin sha Allah berbuah esok, jangan lupa tunjuk macamana yang dinamakan nangkadak dan cempedur tu...
BalasPadamWah.
BalasPadamHebatnya wak...boleh kawenkan pokok. Tok kadi pokok pokok.
Macam2 ada. Suka bertanam juga tp selalu pkk sayur mayur ni payah nk jd. Pkk buah pun mls nk berbuah
BalasPadamTingin pulak Kita nak rasanangkadak tu
BalasPadamSemoga cepat dapat hasilnya. Maq pernah nk masak sayur nangka tapi simpan lama sangat sekali nangka tu mengkal dan berbau cempedak. Terus tak jd nak buat sayur hehe rupanya itulah nangkadak.
BalasPadamwah buah premium ni wak. Baru tahu kewujudan nangkadak dan cempedak durian. Yang king tu mesti rasa dia luar biasa sedap kan wak
BalasPadamnanti bila dah keluarkan hasil.. jgn lupa panggil kawan2 rasa.. hihihi.. terutama buah nangkadak dan cempedak durian tu
BalasPadamkalo rasa macam durian, best jugak tu...
BalasPadamBestnya kalau dapat makan..SA langsung x leh makan nangka dan cempedak..semput teruk nanti
BalasPadam