Hari ini wak membeli beberapa jenis baja untuk keperluan tanaman di dusun dan tanaman di sekeliling rumah. Kebetulan sekarang beberapa pokok buah-buahan bermusim sedang mengeluarkan bunganya terutama pokok-pokok durian. Maknanya, pada awal tahun 2020 nanti ada lagi musim durian dan beberapa jenis buah-buahan lain.
Wak beli baja kimia (sebatian dan tunggal) serta baja organik proses. Sekarang masa yang sesuai untuk menabur baja kerana musim hujan dan pokok-pokok akan mengeluarkan pucuk baru tak lama lagi.
Beberapa jenis baja untuk keperluan tanaman di dusun
dan kawasan sekeliling rumah.
Baja sebatian yang mengandungi 3 unsur (NPK)
Dikenali sebagai baja gemuk.
Sesuai untuk semua jenis tanaman yang sedang membesar,
sayur-sayuran berdaun serta untuk merawat pokok dewasa
yang kurang sihat.
Baja sebatian Nitrophoska Biru.
Sesuai untuk pokok dewasa untuk menggalakkan pembentukan
bunga dan buah juga untuk sayur-sayuran jenis berbuah.
Mengandungi unsur NPK dan lain-lain.
Kandungan K yang lebih tinggi untuk pembentukan bunga dan buah.
Sesuai untuk pokok buah-buahan.
Baja organik proses.
Sesuai untuk anak pokok,
tanaman dalam polybeg dan pasu,
sebagai campuran media semaian
dan untuk merawat tanah.
Boleh juga digunakan untuk pokok dewasa,
sayur-sayuran dan bunga-bungaan.
Baja kimia tunggal yang mengandungi unsur Kalium sahaja.
Untuk ditaburkan pada pokok durian yang sedang berbunga dan berbuah.
Kandungan Kalium yang tinggi (60%) untuk menghasilkan
buah yang lebat dan berkualiti serta mengelakkan
serangan penyakit.
Senarai harga belian.
Salam bertani.
uiii mahal jugak yee...tapi hasilnya nanti insya'Allah masyukkk jugakk...rasa macam cepat aje masa berlalu, dah nak berbunga balik dah pokok buah-buahan...
BalasPadamKebanyakan baja kimia ni mahal sebab bahan impot dan lebih berkualiti.
Padamkalau yang tempatan punya, mungkin ada yang separuh harga aje
Wow inilah vitamin pokok wak jadi Segar Dan lebat ye
BalasPadammacam kita juga, nak sihat kena makan tambahan
Padamwahhh besar jugak pelaburannya ya.
BalasPadamutk dpt hasil yg memuaskan..
Bahan2 pertanian seperti racun dan baja memang mahal harganya kerana kebanyakannya di impot.
Padammusim hujan memang sesuai untuk membaja ye wak.... supaya cepat meresap ke bajanya tu wak...
BalasPadambuat masa ni kt rumah tu... pokok mulberi dengan pokok tin jelah yg pernah di baja... punya lah tak sabar tunggu berbuah
Dah mula hujan ni bolehlah membaja.
PadamRumput pun cepat aje tumbuhnya.
Sedap pulak nama baja tu Yara Mila, heheh, macam nama Jepun
BalasPadamYara Mila tu made in Norway
PadamMoga tanaman terus subur..
BalasPadamHarap2 begitulah
Padampokok jg perlukan vitamin...pernah beli baja biji utk pokok di kubur arwah ayah..sebab kurus kering je pokoknya...adalah sikit peningkatan lepas bubuh baja..
BalasPadamTanaman memang perlu dibaja untuk hidup subur terutama yang mengeluarkan hasil
PadamMAKANAN POKOK DIJAGA TENTU BERTAMBAH HASILNYA
BalasPadamBegitulah harapannya.
PadamBanyak juga ye wak bila sekali beli. Moga berbuah hasil yg berkualiti.
BalasPadamTu untuk baja pokok buah-buahan aje.
PadamKalau baja kelapa sawit lagi banyak.
ana tak berapa arif tentang baja2 ni WP hehe :)
BalasPadamUntuk kegunaan dan panduan orang bertani sahaja.
BalasPadamharga baja pun dah mahal.so xboleh komplen kenapa harga hasilnya mahal kan.
BalasPadamSy punya wak, ada pokok lg ditabur baja lg mati, teknik tak betul atau baja tak sesuai wak..
BalasPadamGeram nk tengok pokok gemuk gemuk...
Yara Mila... ada nama ammi disitu. Ammi pun lupa bila collaborate dgn si Yara tu buat baja hahahah
BalasPadamOmgeeee, mahalnya baja
BalasPadamTudiaaaaa....harga baja dah sama harga SA belanja setengah bulan ni...
BalasPadammahal juga harga baja ye wak..
BalasPadam