Selasa, 5 Disember 2017

Ayam Selasih.

Salam bertani

Sebahagian daripada ayam kampung peliharaan WP adalah daripada kacukan ayam selasih. WP menggunakan  pejantan ayam selasih dan induknya adalah kacukan ayam siam dan ayam gajah.
Ayam selasih kacukan yang terhasil adalah lebih besar saiznya, menghasilkan telur yang besar dan lebih resisten terhadap penyakit.

Ayam selasih kacukan ini masih mengekalkan warna hitam pada muka, paruh, kulit, daging dan kakinya. Istimewanya, jari kaki ayam selasih ini ada 5 berbanding hanya 4 bagi ayam biasa. Ayam selasih kacukan ini juga mengeramkan telurnya seperti ayam kampung.

Ayam selasih dikatakan mempunyai khasiat yang tersendiri dah telah diguanakan sebagai alternatif perubatan tradisional masyarakat Cina dan Melayu sejak berzaman lamanya. Ia mengandungi antioksidan yang lebih tinggi berbanding ayam biasa dan juga digunakan sebagai makanan untuk perawatan masalah wanita seperti peredaran haid, sengguggut dan menopous.. Ayam selasih juga dijadikan makanan wanita dalam pantang untuk memulihkan kesihatan selepas bersalin.

Khasiat lain daging ayam selasih termasuklah untuk melancarkan peredaran darah, mengelakkan penyakit sendi, lutut dan pinggang, meredakan migrain dan angin dalam badan. Ia juga bermanfaat untuk kesihatan kulit dan sesuai dimakan oleh pengidap diabetis.



Sepasang ayam selasih.
Bulunya berwarna putih tetapi keseluruhan badannya berwarna hitam.


Ayam selasih betina (hadapan)
(sudah bertelur)


Pejantan ayam selasih


Jari kaki ayam selasih ada 5.
Jari kaki ayam biasanya ada 4 sahaja.


Ayam selasih betina berbulu putih.


Warna bulunya mirip ayam kampung. 




Dua ekor ayam selasih betina yang sudah bertelur.


Seekor ayam selasih yang telah disembelih dan diproses.



Daging ayam selasih.
Bebas lemak.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan