WP nak tunjukkan proses pembentukan pokok rambutan jarum emas yang dipangkas. Biasanya pemangkasan ini dilakukan selepas menuai hasil sesuatu musim. Pemangkasan juga boleh dilakukan semasa menuai hasil sekiranya buah rambutan yang telah matang sukar dituai kerana terlalu tinggi.
Selepas pemangkasan, pokok rambutan akan menjadi lebih rimbun dan rendang untuk mumudahkan kita mengutip hasil pada masa akan datang. Pokok rambutan tidak akan berbuah selama dua musim sehinggalah tunas muda yang baru tumbuh menjadi dahan matang.
Keadaan pokok rambutan selepas dipangkas.
Dahan-dahan besar dipotong menggunakan gergaji tangan.
Tunas baru tunbuh selepas dipangkas.
Keadaan pokok selepas beberapa bulan dipangkas.
Proses membuang tunas baru yang tidak diperlukan.
Hanya satu tunas baru disimpan pada setiap dahan.
Tunas yang tumbuh di pangkal dahan juga perlu dibuang.
Tunas baru telah membentuk dahan pokok.
Mata tunas baru yang tumbuh di dahan pokok sentiasa dibuang untuk mempastikan
hanya satu dahan yang membesar.
Keadaan pokok setelah setahun dipangkas.
Tunas baru tidak akan berbunga selama dua musim.
Keadaan pokok rambutan jarum emas sekarang.
Sedia untuk berbunga pada musim buah akan datang.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan