Sabtu, 29 Oktober 2016

Pokok Kencur.

Salam bertani.

Ada banyak pokok kencur yang WP tanam sekeliling rumah terutama sekali di dalam bekas dan pasu. WP biasanya menyebut tanaman ini sebagai pokok kencur tetapi masyarakat kita lebih mengenalinya sebagai pokok cekur. Kencur atau cekur merupakan tanaman herba dua guna iaitu sebagai sayuran serta ulaman dan sebagai bahan perubatan trdisional kerana hilai herbanya yang tinggi.

Pokok kencur hidup melalui umbisi atau rizomnya yang terdapat di dalam tanah seperti pokok kunyit atau halia tetapi pokoknya lebih renek dan bentuk dunnya lebih kecil. Ia hidup berumpun dan mudah dibiakkan melalui pecahan rumpun atau pun melalui semaian umbisinya yang matang. Hasil utama tanaman kencur ialah daunnya yang dijadikan bahan masakan dan ulaman dan umbisinya yang dijadian bahan perawatan herba.

Daun kencur banyak digunakan oleh masyarakat Jawa untuk masakan pecel ikan atau pun ayam. Daunnya juga dijadikan bahan membuat keluban/urap. Disamping itu, daun kencur dijadikan bahan campuran dalam menu kerabu. Rizom kencur biasanya dijadikan bahan ramuan masakan seperti kunyit atau halia. Ia juga boleh dijadikan ulaman dimakan bersama nasi. Rasanya agak pedas dan sedikit pahit serta mempunyai aroma yang tersendiri.



Pokok kencur yang ditanam di dalam pasu.


Di tanam dalam bekas plastik.


Tanaman pokok kencur di dalam bekas


Di pasu pokok bonsai


Boleh hidup di kawasan terdedah atau naung.


Hidup berumpun dan cepat membiak.


Di pasu pokok bonsai


Bunga kencur


Pokok kencur yang  dituai dan telah dibuang akarnya.



Kencur yang dijual.


Umbisi kencur yang mempunyai pelbagai khasiat herba.
Boleh dijadikan bahan penanaman dan akan mengeluarkan rizom baru.

Selain dijadikan bahan ramuan masakan dan ulaman, tanaman kencur juga mempunyai nilai herba yang banyak manfaatnya. Kencur biasa digunakan sebagai bahan perawatan wanita terutama untuk wanita lepas bersalin. Jamu beras kencur digunakan oleh masyarakat Jawa untuk menyegarkan badan, memulihkan tenaga dan menghilangkan lenguh-lenguh sendi akibat penat bekerja. Pengamal makanan kencur dikatakan boleh awet muda. Kencur dapat menambahkan selera makan terutama bagi kanak-kanak dan boleh meredakan pelbagai penyakit seperti batuk, sakit sendi, sakit perut, membuang angin dalam badan, mengurangkan bengkak, muntah dll.
Waulahualam.

Salam bertani.

3 ulasan:

  1. assalammualaikum tuan.. tumpang tanya..

    pokok cekur saya ada daunnya kering sama seperti dalam gambar tuan.. soalan saya adakah daun tersebut diserang penyakit atau daunnya kering disebabkan sudah tua ataupun mungkin terlebih baja yang menyebabkan bahagian hujung atau sisi daun terbakar..?

    terima kasih..

    BalasPadam
  2. Wkmsalam
    Mungkin cuaca terlampau panas dan terdedah kepada cahaya matahari. Atau mungkin kurang penyiraman

    BalasPadam