Selasa, 2 Ogos 2016

Durian Kim Hong

Salam bertani.


Salah satu pokok durian klon yang ditanam di kebun WP ialah durian kim hong atau D198 selain durian klon musang king/raja kunyit, duri hitam/ochee dan IOI. Sepohon durian klon kim hong yang berumur tujuh tahun telah 3 kali berbunga dan berbuah. Walau pun pokoknya masih muda, tetapi durian klon ini telah mengeluarkan bunga dan buah yang lebat.

    Buah durian klon him hong saiznya agak kecil. Buahnya berbentuk bulat dan sekata serta mempunyai duri yang halus. Kebanyakan buahnya terdapat di dahan yang besar dan tidak menyebabkan dahan sekah. Berikut, WP rakamkan peringkat-peringkat penghasilan buah durian klon kim hong.


Sepohon durian klon kim hong berumur 7 tahun.
Sudah 3 kali berbuah.



Bunga durian klon kim hong.


Bunga durian klon kim hong sudah berkembang.



Putik buah durian klon kim hong.
Ada dahan yang masih berbunga.


Setangkai putik buah durian klon kim hong.
Kebanyakan putik buah akan lekat/kekal menjadi buah matang.


Pokok durian klon kim hong berputik lebat.


Putik durian klon kim hong sedang membesar.


Buah muda durian klon kim hong.


Bentuk buah durian klon kim hong.
Berduri halus, buah agak bulat dan sekata.


Durian klon kim hong berbuah lebat.
Buah yang kecil dan tidak sekata perlu dibuat penjarangan.


Buah durian klon kim hong yang baru gugur di bawah pokok.
Buahnya berbentuk bulat, sekata dan beraroma  kuat.



Sebiji buah durian klon kim hong yang sudah matang dan gugur sendiri.
Saiz buah kecil (1kg -2kg) kerana berbuah lebat.



Isi buah durian klon kim hong.
Berwarna kuning pucat atau krim.



Mempunyai 3 hingga 4 ulas buah sepangsa.
Lemak manis dan ada sedikit rasa pahit.


Keistimewaan buah durian kim hong ialah mempunyai biji yang kesep
(tiada biji benih) dan isi yang sangat tebal.


 Walau pun buah durian klon kim hong tidak terkenal dan semahal buah durian klon musang king atau buah durian klon duri hitam, tetapi ia mempunyai keistimewaan dan penggemarnya yang tersendiri. Ia tidak berasa muak apabila dimakan dan seorang penggemar boleh menghabiskan sebiji buah dengan sekelip mata.

Salam bertani.

5 ulasan:

  1. Salam WP, berapa besarkah kanopi pokok Kim Hong kat dusun WP?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 3 pokok yang sudah berbuah.
      Yang paling besar dah lebih 20m tingginya

      Padam
  2. Wow! Tingginya...nak tanya lagi, bagi pokok paling besar itu, cabangnya boleh sampai mana? 8m ke 10m?

    BalasPadam