Salam bertani.
Pokok hiasan yang boleh ditrim dan dibentuk bisanya merupakan pokok renek berkayu keras dan mempunyai daun hijau yang tahan lama. Walau pun sebahagian pokok hiasan ini boleh berbunga tetapi WP tidak menanam untuk bunganya sebaliknya untuk mendapatkn bentuk yang menarik. Terdapat beberapa pokok hiasan di sekeliling rumah WP yang ditanam di dalam pasu atau di atas tanah yang selalu ditrim untuk membentuk pokok tersebut.
Pokok-pokok hiasan berdaun ini perlukan pencahayaan penuh untuk mendapatkan daun yang lebat dan menarik. WP tidak berhasrat menjadikannya pokok bonsai, hanya menanam, menjaga dan membentuknya untuk suka-suka sahaja.
Salan bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan