Ada banyak pokok pegaga kampung yang ditanam dan hidup melata di sekeliling kawasan rumah WP. Pokok pegaga boleh hidup subur di kawasan lapang atau sedikit naung dan memerlukan tanah yang agak lembap dan banyak bahan organik. Ada beberapa jenis pokok pegaga tetapi pegaga yang paling berkhasiat dan digemari ramai ialah pegaga kampung.
Dari pengalaman WP yang menjual pegaga di pasar tani, pegaga digemari oleh semua kaum terutama orang Melayu, Cina, India malah pendatang dari Indon, Bangla dan Vietnam juga membeli sayuran pegaga. Bekalannya sentiasa tidak mencukupi kerana permintaan yang tinggi. Pokok pegaga dipasarkan dengan mencabut keseluruhan bahagian pokok termasuk batang dan akarnya. Pokok pegaga juga mengeluarkan bunga dan buah.
Pokok pegaga dibiakkan melalui keratan stolon berakar dan boleh ditanam terus ke batas, di dalam pasu atau polybeg. Peringkat awal penanamannya, perlu lindungan dari kepanasan cahaya matahari dan perlukan penyiraman kerana peratus pertumbuhannya agak rendah. Tetapi sekiranya ia sudah subur, ia amat cepat membiak dan merebak di serata kawasan.
Bagi masyarakat kita, daun pegaga biasanya dimakan mentah sebagai ulaman dicicah dengan sambal belacan dan dimakan dengan nasi panas. Daun pegaga juga boleh dibuat kerabu pegaga dan boleh dijadikan masakan. Ia dimasukkan ke dalam hidangan sup dan dijadikan campuran sayuran dalam mee goreng atau nasi goreng, Rasanya agak pahit dan boleh menanbahkan selera makan.
Sepohon pegaga yang baru ditanam.
Tumbuh dengan cara menjalar di atas tanah.
Pokok pegaga tidak memanjat.
Daunnya berwarna hijau pekat.
Ditanam di tepi pagar rumah
Hidup bercampur tumbuhan lain.
Sudah boleh dituai
Cepat memenuhi ruang.
Stolonnya mengelurkan akar dan cabang pada setiap ruas
Hingga memasuki longkang rumah.
Melepasi pagar.
Tiada musuh dan bebas racun serangga.
Seperdu pegaga yang tumbuh sendiri di tiang ampaian
Bentuk daun pegaga kampung.
Hasil tuaian pegaga.
Ada yang hanya dipotong batang dan daunnya sahaja.
Sekat RM2.00.
Kebiasaannya pokok pegaga dituai dengan mencabut keseluruhan
pokoknya termasuk bunga dan buahnya.
Selain dijadikan sayuran dan ulaman, pokok pegaga membekalkan pelbagai vitamin untuk kesihatan kita. Malah pokok pegaga dikatakan sebagai pokok herba ajaib yang mengandungi pelbagai khasiat perubatan yang boleh meredakan pelbagai jenis penyakit, mengandungi khasiat kecantikan, melambatkan penuaan , digunakan oleh wanita seleps bersalin sebagai jamu dan juga untuk kaum lelaki.
Untuk mendapatkan kesemua khasiat dan kegunaan pegaga, marilah lita menanam pokok pegaga di sekeliling kawasan rumah dan mengamalkan pemakanan pegaga segar yang ditanam sendiri.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan