Ahad, 21 Disember 2025

Tangkap Ikan Kucing

 Salam bertani

Sebenarnya wak nak cerita tentang ikan yang jadi makanan kucing-kucing peliharaan wak di rumah ni. Ada tujuh ekor kucing yang wak pelihara, beri makanan friskis kucing dicampur dengan ikan rebus. Biasanya wak gunakan ikan tongkol putih (lengan panjang). Kalau takde ikan tongkol putih, ikan tongkol hitam ( lengan pendek) pun boleh.


Ikan tongkol hitam (lengan pendek)
Siripnya dah dipotong.


Ikan dipotong sebelum dibersihkan.


Isi ikan dimasukkan dalam bekas plastik bertutup.
Kepala ikan diasingkan.
Stok untuk dua minggu.


Simpan dalam freezer.
Setiap hari pn is3 akan rebus satu bekas.
Isi ikan rebus akan digaulkan dengan friskis kucing.
Salam berani.

26 ulasan:

  1. wah dah siap stok makan majikan alhamdulillah...ikan tongkol buat gulai darat nasi dagang sedap tu

    BalasPadam
  2. Bahagianyaaa kekucing tuan WP.. 🥹

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, besar pahala utk wak dan isteri kerana berbuat baik sesama makhluk Tuhan (ie kucing2 tu)

    BalasPadam
  4. Wah…dah macam stok makanan untuk manusia. Terbaik Wak dan Puan Isteri 👍🏽

    BalasPadam
  5. Mudah-mudahan lebih luas dan berkat rezeki utk Wak sekeluarga 🤲🏻
    Kucing⁷ sy suka makan ikan sardin rebus gaul dgn nasi :)

    BalasPadam
  6. terbaik wak!.. packing macam tu dah macam nak pi jual..

    BalasPadam
  7. Bagus bibik ni...pandai menjaga majikan...patut la majikan Wak gebu- gebu mulussss....

    BalasPadam
  8. wahhh premium makanannya, mesti gebu haha

    BalasPadam
  9. Wahhh siap direbuskan lagi....memang sihat la wak punya kucing ni ya....

    BalasPadam
  10. wow boleh tahan premium betul ikan untuk kucing2 wak, patutla semua domok2 sihat dia.

    BalasPadam
  11. uishh seronokla majikan kat rumah tu. dapat ikan fresh hasil pancingan wak. besar2 haa sizenya!

    BalasPadam
  12. untungla si bulus dekat rumah WP, makanannya pun dah ikan fresh, direbus lagi..rezeki si bulus dan tuan dia..alhamdulillah:)

    BalasPadam
  13. wahhh...bestnya jd kucing2 wak...

    BalasPadam
  14. sedapnya ikan tu kalau goreng garing.
    jimat duit beli wet food perasa tuna.

    ikan tongkol - ahli keluarga ikan tuna.

    singgah dah lama tak tengok wak WP

    BalasPadam
  15. seronoknya kucing2. menarik sgt persiapan nya.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah kucing2 Wak dapat makanan yang sihat.

    BalasPadam
  17. Wah, ni tip bagus simpan makanan kucingtapi kena rebus masa campur dengan friskers tu wak..sangat rajin dan saham akhirat..agak banyak kucing..patutlah murah rezeki..

    BalasPadam
  18. Samaaaa makanan kucing kita Wak. Cuma saya pakai royal canin utk dry food. Lalu wet food nya ikan rebus tiap pagi dan malam. Siang dry foods. 😄. Demi anak2 bululah, rela rebus ikan setiap hari walau saya tak suka baunya hahahah

    BalasPadam
  19. Patut sihat-sihat kucing Wak. Makan ikan tongkol rupanya.

    BalasPadam
  20. saya suka beli tongkol juga untuk kucing sebab mudah nak asingkan tulang.

    BalasPadam
  21. Dulu masa kucing ammi masih baby rajin juga beli ikan rebus siap blend lagi. Sekarant beli prodiet aja sudah. Memilih pulak tu, nak yg jenis chicken tuna je. Yang lain dia cium2 pastu dia jalan. Ehhhh lemak banyak budak2 ni

    BalasPadam