Khamis, 25 Disember 2025

Berkat Yasinan

 Salam bertani

Setiap malam jumaat surau tempat wak ada buat yasinan dan tahlil ringkas selepas solat maghrib berjemaah. Selepas solat isya' ada  bacaan surah al-mulk (setiap hari) dan lepas tu ada jamuan ringan. Bila balik dapat sebungkus berkat nasi ambeng.


Bungkusan berkat yasinan.


Ada sebungkus nasi ambeng balut daun pisang,
air kotak dan sebiji limau.


Nasi ambeng yang dibuka,
semua campur jadi satu.
Selamat menjamu selera.


Salam bertani

25 ulasan:

  1. Yasinan semalam malam Jumaat..alhamdulillah selalu ada rezeki kan wak..

    BalasPadam
  2. perghhh. nasi ambeng. sedap nya wak.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah wak, sentiasa hidupkan aktiviti ini..

    BalasPadam
  4. Sedapnya Wak dapat berkat nasi ambeng tu, balut pulak dengan daun pisang. Naik aromanya. Bagus surau Wak ni buat dua bacaan - yasin dan al Mulk.

    BalasPadam
  5. Uiiish sedapnya nasi dan lauk pauk 😄😄. Ntah kenapa nasj berkat begini memang terasa lebih sedap . Apalagi bungkus daun

    BalasPadam
  6. saya 1st time mkn nasi ambeng long time ago masa dok serumah dgn kawan2 yg ada darah jawa..bila diaorg balik dari kg, ada bekal nasi ambeng ni laaa..saya tak berapa gemar sbb tak biasa mkn nasi campur mcm2 gini hahahahah

    BalasPadam
  7. Alhamdulilah...murah rezeki wak ya. Nasi Ambeng ni pernah suami dapat masa bacaan yassin ada yang sedekah. Ada lebihnya jadi suami bawa balik. Dania bawa kat kelas dan kawan2 Dania ambik. Kita kongsikan lagi. Porsi dia besar sangat. Ada nasi, ada mi, lauk pauk lagi.

    BalasPadam
  8. Rindu pula nak makan nasi ambeng.. Lama gila tak makan..

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, rezeki berkat yasinan.. lama tak makan nasi ambeng.. terliur pulak tengok foto yang wak tepek

    BalasPadam
  10. Sinipun ada makanan lepas bacaan Yasin dan solat Isyak.

    BalasPadam
  11. nasi ambeng sedap dimakan beramai2 dlm satu talam kan?

    BalasPadam
  12. Sedapnya, nasi ambeng dalam daun pisang. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  13. Lama betul tak makan nasi ambeng. Sedap tu Wak.

    BalasPadam
  14. sedappp..lama x makan nasi ambeng..rezeki jumaat

    BalasPadam
  15. lamanya tak makan nasi ambeng. kat sini kalau nak cari yang sedap di pasar tani mardi. nasi ambeng dia sedap

    BalasPadam
  16. Nasi dan lauk-pauk, semua dalam satu.. Nampak sedap..

    BalasPadam
  17. Teringat² bungkusan nasi ambeng yang bapa sy bawa balik dari kenduri, macam ni la lebih kurang rupanya.

    BalasPadam
  18. alhamdulilillah rezeki berkat yasinan sedap tu

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah rezeki... Kekenyangan la. Big portion juga nasi ambeng ni kan biasanya.. Lama juga tak makan. Baru sekali dua pernah makan. Tu pun kongsi sebab tak pernah tahu pun kewujudan nasi ambeng sebelum ni.

    BalasPadam
  20. Masih dibungkus dengan cara klasik. Kami di taman ni takde dah. Semua bungkus pakai pek plastik je

    BalasPadam
  21. Alhamdulilah. Sedap nasi ambeng, masa duduk di Johor dulu selalu cari nasi ambeng untuk makan tengahari masa hari Jumaat.

    BalasPadam