Salam bertani
Wak bukan nak cerita pasal buah limau kumkuat yang viral kat pasaran tu, tetapi wak nak tunjukkan segerombolan pokok limau kumkuat di dusun WP yang sedang lebat berbuah. Buahnya jarang-jarang wak tuai kerana rasanya yang sangat masam seperti limau kesturi tidak seperti limau kumkuat viral yang manis rasanya. Jom nengok
Buah limau kumkuat yang matang di pokok.
Inilah segerombolan pokok limau kumkuat di dusun WP.
Pokok-pokok yang tumbuh daripada biji benih iduknya yang sudah mati.
Kesemua pokok sudah berbuah banyak kali.
Buah limau kumkuat mengandungi pelbagai khasiat kesihatan.
Berbuah lebat setiap tahun menjelang CNY
Beribu-ribu lemon.
Rasanya sangat masam seperti buah limau kesturi.
Cuma ada rasa sedikit manis di bahagian dalam kulitnya.
Buah matang mula berguguran sebab tak dituai.
Gambar buah limau kumkuat yang hampir matang.
Gambar buah limau kumkuat yang masak ranum.
Saiznya lebih kurang sebesar limau kesturi.
Salam bertani.
Terfikir juga limau kumkuat ni buat masakan apa ya Wak...tak pernah rasa limau ni.
BalasPadamOoo kumquat jenis masam rupanya. Kalau rajin boleh buat acar.
BalasPadamkumquat ada yang jenis masam2 jugak kan wak..x semua manis...ni boleh perah buat sambal belacan x tu wak?
BalasPadamMeriah buahnya!
BalasPadamBoleh ke buat jeruk atau acar Wak? Sayang pulak tengok berguguran gitu...
sedapnya limauu...MZ suka limau kasturi so memang sgt suka lah limau kumkuat ni (1st time dgr la nama gini)
BalasPadamtak pernah makan lagi limau jenis ni. rasa masam2 ye
BalasPadamKalau viral boleh dijual ni wak...=)
BalasPadamOh ada yang masam ingatkan rasanya manis. Tapi buahnya lebat betul. Buat air sedap tak wak
BalasPadamYa Allah wak, cuba di poskan sikit kat dana buahnya ni. Geram pulak nengoknya... dahla lebat kuning-kuning pulak tu. Ingatkan semua limau kumquat manis, rupanya ada yang masam ya. Tapi kalau dana ni mau seronok metik, gasak la masam ke manis. Kalau dijadikan jeruk sedap ni wak.
BalasPadamwah meriah berbuah...aritu 1st time mkn buah limau kumkuat...sedap
BalasPadamBuat jeruk sedap ni..
BalasPadamBanyaknya, berbuah. Saya tak pernah makan buah limau kumkuat ni.
BalasPadamTak sangka wak pun ada pokok limau kumquat ni ya. Sayang buah banyak gugur. Sy ada makan, sedap, makan dengan kulit sekali.
BalasPadamBanyaknya buah limau tu tapi bila Wak kata masam, terus nak telan air liur pun rasa masam.. hehehe..
BalasPadam1st time dengar limau ni...
BalasPadamBanyak nya Wak. Masam2 pun boleh buat kek, Wak. Atau jeruk, atau blend buat air, buat ais krim, buat biskut hehe banyak nya list.
BalasPadamwaaahh meriahhh betul berbuah kumkuat ni ye Wak!
BalasPadamlebat betul buahnya senang nak buat jus buka posa
BalasPadamadoi.. tengok gambar limau aje kecur... terasa masammnya sampai kat luar skrin
BalasPadammasa tanam tu wak bergaduh dengan wak wedhok kot...tu yang masammmm je ahakss
BalasPadamsekali tengok mcm buah limau kasturi ya...
BalasPadamComel dan lebat buahnya ...Ni kalau manis macam kamquat viral tu..mau raya sakan monkeys in the ochard niš¤
BalasPadamApa mungkin sedap dibuat minuman ya Wak? Sayang nya banyak terbuang yaa.
BalasPadamKecik rupanya saiz dia, igt besar macam buah oren yg biasa tu
BalasPadamGamaknya kalo manis mesti tak sempat gugur.
BalasPadam