Sabtu, 18 September 2021

Tuai Buah Pisang




 Salam bertani

Beberapa hari yang lepas wak tuai setandan pisang 40 hari sebab dah ada yang masak kat pokok. Pada hari ini wak juga menuai setandan buah pisang kapas dan buah pisang tanduk. Seminggu dua ni menjamu pisang sahajalah.


Buah pisang 40 hari ni wak tuai minggu lepas
Ada buahnya yang sudah menguning


Simpan sehari dah banyak yang masak.
Sebahagian buahnya pecah kerana lewat dituai


Dah dipotong sisirnya untuk diagih-agihkan.
Buah pisang 40 hari sedap dimakan sebagai pencuci mulut
Boleh juga dibuat cekodok dan lempeng


Buah pisang lemak manis ini sudah boleh dituai
Tapi wak tak tuai lagi sebab baru sahaja
menghabiskan stok yang lepas


Gambar minggu lepas
Kat bawah buah cempedak nangka tu ada pisang lemak manis
yang dah masak.
Buah pisang lemak manis lebih sedap daripada buah
pisang 40 hari


Ni pula buah pisang tanduk
Boleh buat kerepek pisang masa hijau macam ni.
Kalau dah kuning nanti kena gorenglah


Tuai juga buah pisang kapas
Setandan ni ada 9 sisir
Peram seminggu masaklah
Lepas ni setiap hari melempeng dan mencengkodok pisanglah

Salam bertani

32 ulasan:

  1. Makan buah-buahan yang original, masak di pokok sendiri...

    BalasPadam
  2. Cantik sekali pisang tandan tu

    BalasPadam
  3. wahh...pisang tanduk saya minat...dan ade tanam dibelakang rumah dan teringat masa di pahang dulu, kitorang ade buat projek tanaman pisang tanduk..

    Apepun, tahniah wak..memang rajin dan berbudi kepada tanah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga pisang tanduk sekarang pun dah mahal
      Kalau ada kawasan memang bagus tanam untuk kegunaan sendiri

      Padam
  4. Berkenduri pisanglah ye Wak. Macam- macam jenis pisang Wak tuai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pisang ni kadang2 tak tertuai Amie terutama pisang kapas
      Wak biarkan aje kat pokok sampai habis

      Padam
  5. Wak. Macam mana nak tahu pisang dah boleh dituai? saya ada setandan pisang lilin sudah 2 bulan umurnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah pisang ada jangka waktu matangnya.
      Yang senang tenguk pada buah pisang kalau dah padat isinya atau dah ada yang pecah bolehlah tuai.
      Kalau pisang lilin tu ada sebiji yang dah kuning bolehlah tuai.

      Padam
  6. Baru sy tahu ada pisang 40 hari. Dia takde kena mengena dengan kari kambing yg dekat dgn rumah wak tu kan?? 😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni dah boleh rentas daerah
      Bolehlah SK pekena kari kamping 40 hari tu.
      Wak pun dah lama tak ke situ

      Padam
  7. Aduh.. Saya punya pokok pisang 40 hari dah lama tanam, nampak terbantut je pembesarannya.. Mungkin tanam belakang rumah saya tu tak berapa sesuai agaknya.

    BalasPadam
  8. Selama ni saya ingatkan pisang 40 hari dengam lemak manis tu sama.Rupanya lain ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa aa lain
      Pisang lemak manis lebih sedap
      tapi buahnya sikit tak macam pisang 40 hari

      Padam
  9. Terima kasih wak kongsikan info tentang pisang dan tanaman lain. Taklah confused lagi pasni. Lebat juga buah pisang setandan ni. Pisang tanduk tu muda tu sedap buat kerepek. Kerepek pisang tanduk kalau jual boleh tahan mahal jugak.
    boleh tahan berat gak buah cempedak nangka tu.

    BalasPadam
  10. Br baca pasal pisang kapas kat blog fiza

    BalasPadam
  11. Pisang kapas yg masih hijau sedap dibuat gulai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa sedap buat gulai lemak campur kaki ayam.
      Wak suka makan kulit pisangnya tu

      Padam
  12. seronok betul tengok hasil kebun wak ni.... bila laa boleh singgah.

    BalasPadam
  13. macam-macam ada wak..terima kasih wak kongsikan Info tanaman semua ni!

    BalasPadam
  14. Seronoknya tengok hasil tuaian Wak.. alhamdullilah..

    BalasPadam
  15. Pisang kapas sedap nya buat masak...suka kulitnya. Geramnya tenguk pisang 40 hari. cempedak nangka mana nak dapat benihnya wak. Hari tu beli anak pokoknya tapi bila di tanam kat kg dia mati. Sedap cempedak nangka tu sebab isinya besar rasa cempedak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu buah cempedak durian bukan cempedak nangka. Benih cempedak durian ni ada jual kat nerseri2 pertanian tertentu. Kalau nak tanam sepokok dua, order aje kat Shopee/Lazada

      Padam
  16. Seronok tgk hasilnya wak.. sedap Pisang masak atas pokok

    BalasPadam
  17. Untung wak, dah jimat kos sayur dan buah

    BalasPadam
  18. Macam-macam jenis ada. Saya pun suka pisang kapas

    BalasPadam
  19. suka pisang tanduk goreng..gebu gebas..

    BalasPadam
  20. Ya Allah...seronoknya. Ayu suka makan pisang, makan mcm tu, buat cekodok, wat lepat pisang...
    dulu masa beli rumah, memang cari rumah yg x ada tanah...sbb malas nak cabut rumput, sekarang dah minat tanam2 ni, nyesal plak beli rumah yg x de tanah.. he he he..tanam dlm pasa x sama dgn tanam atas tanah..kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanam dalam pasu atau bekas2 lain sikit2 pun boleh

      Padam
  21. wak ada tanam tak pisang tanduk yang kuar sebiji je tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu pernah dapat
      Tapi rugilah SS sebab sikit hasilnya.
      Zaman jerebu dulu, memang ada fenomena pisang tanduk berbuah sebiji dua, malah ada ramai yang tak berbuah.

      Padam