Salam bertani
Hari ini cuaca agak panas pada sebelah pagi. Jadi wak buat kerja-kerja yang ringan sahaja di dusun untuk mengelakkan rasa dahaga semasa berpuasa ini. Sambil tu, wak sempat menjepret gambar-gambar buah-buahan yang sedang meriah berputik. Sebahagian putik buah akan membesar dan sebahagiannya akag gugur terutama putik durian.
Salam bertani.