Sabtu, 30 Jun 2018

Musim Buah Durian

Salam bertani.

Mulai minggu ini bermulalah musim buah-buahan tempatan sebenar untuk tahun ini.  Buah-buahan  bermusim yang  paling awal memberikan hasil ialah buah kuini dan seterusnya buah durian. Ia akan diikuti pula oleh buah rambutan, pulasan, manggis, cempedak, duku, dokong dan akhirnya buah rambai.

Buah durian di dusun WP sudah mula gugur. Walau pun kebanyakkan pokok durian dan buah-bahan lain berbuah dengan lebat, hasil tuaian dijangka hanya sedikit sahaja kerana ancaman perosak  (monyet dan babi hutan) yang sangat serius.


Kutipan sulung daripada tiga pokok yang berlainan


Durian klon


Durian kampung


Durian kim hong


Salah satu pokok durian  yang sedang berbuah lebat.

Salam bertani.

Isnin, 25 Jun 2018

MB 48 : Tuaian Buah Pelam Epal

Salam bertani

Hasil tuaian terakhir dari sepohon pelam epal.
Alhamdulillah.


Salam bertani.

Ahad, 24 Jun 2018

Pokok Belimbing Buluh VS Pokok Cermai

Salam bertani

Dua jenis tumbuhan yang mempunyai rupa bentuk pokok yang hampir sama terutama saiz dan bentuk daunnya. Rasa kedua-dua buahnya pun sama-sama masam. Jom kenalinya.


Pokok belimbing buluh


Daun belimbing buluh


Bunga belimbing buluh


Buah belimbing buluh


Pokok cermai


Daun pokok cermai


Buah cermai


Buah cermai

Pokok belimbing buluh dan pokok cermai merupakan tumbuhan herba yang mempunyai khasiat yang seakan-akan serupa. Bahagian-bahagian pokok belimbing buluh boleh digunakan untuk megubati penyakit darah tinggi, diabetis, penyakit kulit,  mencantikkan kulit, jerawat, diet dan penyakit kuning.

Manakala seluruh bahagain pokok cermai boleh digunakan untuk mengubati penyakit asma, sakit kulit, kanser, menurunkan berat badan, mengatasi sembelit, tekanan darah tinggi, ,mengurangkan kolesterol, diabetis dan batuk.

Salam bertani.

Khamis, 21 Jun 2018

Pokok Kantan Merah

Salam bertani.

Pada awal tahun ini, WP medapat beberapa kuntum bunga kantan merah daripada seorang sahabat. Lantas WP meminta benihnya untuk ditanam. Walau pun di kebun ada banyak pokok kantan, tetapi semuanya berbunga pink. Alhamdulillah, pokok kantan merah yang ditanam sudah mula mengeluarkan bunganya.


Bunga kantan merah


Inilah pokok kantan merah berusia 6 bulan
 yang sudah mula mengeluarkan bunga


Ada 3 kuntum bunga yang baru muncul


Akan kembang dalam masa beberapa hari lagi


Bunga sulung


Bunga kantan merah yang sudah dituai


Perbandingan bunga kantan pink yang banyak terdapat di sekeliling rumah.

WP berhasrat untuk memperbanyakkan tanaman pokok kantan merah ini daripada seperdu pokok yang telah mengeluarkan hasil ini.

Salam bertani.

Isnin, 18 Jun 2018

Pokok Kacang Panjang Ular

Salam bertani

WP ada menanam beberapa pokok kacang panjang ular di tepi rumah untuk kegunaa sendiri.
Pokok kacang panjang ular berbeza dari segi rupa buahnya berbanding pokok kacang panjang biasa.
Buahnya lebih besar, menggerutu dan  bergulung di bahagian hujungnya. Daunnya juga lebih lebar.

Buah kacang panjang ular yang masih muda lebih enak dijadikan ulaman dicicah dengan sambal belacan. Ia juga sesuai dijadikan menu sayuran seperti memasak kacang panjang biasa.


Rupa bentuk buah kacang panjang ular.
Kulitnya agak menggerutu dan bergulung di bahagian hujungnya.


Anak pokok kacang panjang ular.
Saiz daunnya lebih lebar daripada pokok kacang panjang biasa.


Dua pokok kacang panjang ular  yang suda berbuah.
Menggunakan pagar sebagai junjungannya.


Bunga pokok kacang panjang ular.


Dua kuntum bunga setangkai.


Dua pokok lagi ditanam di belakang rumah menggunakan junjungan.



Buah kacang panjang ular yang sudah boleh dituai.


Buah kacang panjang ular yang sudah matang untuk menghasilkan
biji benih. Rupanya seperti seekor ular.


Hasil tuaian untuk dijadikan ulaman dimakan bersama
nasi ayam penyet.

Salam bertani.

Selasa, 12 Jun 2018

Pokok Cabang Tiga

Salam bertani

Pokok cabang tiga merupakan tumbuhan herba yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan.
Pokok liar yang biasanya tumbuh di kebun getah atau dusun ini sudah mula ditanam untuk tujuan komersial kerana permintaan yang tinggi dalam kalangan penggemar ulaman herba.

Pucuk pokok cabang tiga atau juga lebih dikenali sebagai pokok tenggek burung enak dijadikan ulaman dimakan bersama sambal belacan dan nasi panas. Ia dipanggil pokok cabang tiga kerana setiap tangkai daunnya mengandungi tiga helai daun.

 Di antara khasiatnya termasuklah untuk merawat penyakit darah tinggi, melancrkan peredaran darah, menghilangkan lenguh-lenguh badan, untuk perawatan wanita selepas bersalin dan untuk kaum lelaki juga.


Pokok cabang tiga yang biasa dituai pucuknya.
Pokok perlu dipangkas apabila tinggi utuk memudahkan penuaian hasil.


Anak pokok cabang tiga tumbuh daripada biji benihnya.


Pokok-pokok cabang tiga di kebun WP


Pucuk muda pokok cabang tiga yang sesuai dijadikan ulaman.


Bunga pokok cabang tiga.
Apabila berkembang menghasilkan nektar yang digemari
 oleh kelulut dan lebah.


Buah pokok cabang tiga yang akan menghasilkan  biji benih apabila matang.


Ulaman pucuk cabang tiga yang dijual di paskam.
Seikat RM0.50 sahaja.

Salam bertani.