Ahad, 28 November 2021

Kent Dah Sihat

 Salam bertani.

Selepas sebulan Kent keluar wad, nampaknya dia dah benar-benar sihat. Dah kuat makan dan berat badannya juga sudah bertambah. Alhamdulillah semoga Kent sentiasa sihat dan ceria.


Alhamdulillah, Kent dah sihat
Kent ucap terima kasih kepada sahabat2 maya
yang mendoakan keafiatannya


Kelegkapan di bilik Kent


Kent sedang minum


Bekas minuman Kent
Airnya mengalir 24 jam


Bekas pasir


Dulu pun dia pernah bergambar di sini


Badan pun dah bertambah beratnya


Santai petang bersama Echah dan Otto

Salam bertani

Isnin, 22 November 2021

MB 176 : Ikan Puyu Goreng

 Salam bertani


Ikan puyu siam goreng


Sepenuaian


Sembelih dua ekor aje sebab wak seorang yang makan


Makan nasi putih dengan ikan puyu goreng panas-panas
Mengimbau kenangan semasa zaman susah masa lalu


Masak gulai pun sedap

Salam bertani

Sabtu, 13 November 2021

JDT 15

 Salam bertani


Gaya duduk ngalahkan tuan


Anggaran 2 minggu lagi bolehlah tuai


Pulang dari kerja kebun tadi, tuai 2 biji kelapa pandan muda


Senjakala


Ikan kitang bakar guna kuali ajaib
Wak tayang gambar ni kat SA


Tuai bunga kantan merah
Hantar kat pasar minggu


Beli dua benih durian klon
Yang besar tu klon jawi super harganya RM270.00
Yang kecil klon salika (siam) harganya RM 70.00


40 ekor budak hitam masuk rumah didik


Eramkan 10 biji telur puyuh
Menetas 8 ekor


Musim hujan ni buah jambu bertih banyak yang gugur
Tuai sikit buat cemilan


Zura dan anaknya.
Atas permintaan seorang rakan blogger,
Wak daftarkan nama anak Zura sebagai Apis



Apis bergaya atas busut.

Salam bertani

Jumaat, 5 November 2021

Selamat Dipinang Orang

 Salam bertani

Hari ini empat ekor lembu wak selamat dipinang orang. Seekor jantan dan tiga ekor betina berpindah milik dan mendapat tuan baharu. Mudah-mudahan mereka serasi dengan tuan baharu dan tempat penginapan baru. Selamat jalan Tamdi, Milo, Sue dan Tompok. Inilah perjalanan hidup yang telah ditentukan.


Selamat jalan semuanya
Semoga penghijrahan ini memberi lebih
keselesaan dan keserasian di tempat baharu


Terima kasih Tamdi menjadi budak baik selama lima tahun bersama


Terima kasih Milo tak banyak karenah
selama dua tahun bersama


Terima kasih Sue
 Joe Bidin akan dijaga sebaik mungkin


Terima kasih Tompok menghadiahkan Jemin 
sebagai penyambung legasi


Salam bertani.

Khamis, 4 November 2021

Pokok Bendi Empat Batang

 Salam bertani

Empat pokok bendi ni dah mengeluarkan hasil, sampai tak termakan buahnya. Wak tanam kat belakang rumah tepi paip, senanglah nak siram. Ada beberapa pokok yang masih kecil dan belum berbuah. Jadi semuanya ada 13 pokok bendi yang wak tanam.


Empat pokok bendi yang rajin berbuah


Sampai jemu makan bendi


Dua pokok belum berbuah


Yang ni dah belajar berbunga


Tiga pokok ni baru ubah ke tanah


Tuaian buah bendi pagi ini


Campak aje dalam gulai ikan kembung
Dah selamat tak payah masak sayur.

Salam bertani