Sabtu, 31 Ogos 2019

Salam Kemerdekaan dan Salam Maal Hijrah

Salam bertani



Selamat menyambut hari kebangsaan yang ke-62
31 Ogos 2019

Sayangi Malaysiaku
Malaysia bersih.

Salam Maal Hijrah
01 Muharram 1441H



Petang ini, sebelum solat maghrib kita baca
Doa Akhir Tahun 1440H.
Semoga Allah menerima doa-doa kita.


Selepas solat maghrib kita baca
Doa Awal Tahun 1441H
Semoga Allah memberkati hidup kita semua.

Salam bertani.

Jumaat, 30 Ogos 2019

Telur Mayung Masak Asam Pedas

Salam bertani

Pagi Jumaat adalah rutin wak dan pn is3 membeli belah keperluan dapur di pasar minggu. Biasanya kami membeli keperluan untuk seminggu seperti lauk-pauk, sayur, buah-buahan, bahan masakan dan ikan kucing. Kebetulan tadi, kakak penjual ikan menawarkan kami telur ikan mayung. Jadi kami mengasam pedas telur mayunglah hari ini.

Wak tunjukkan macam mana pn is3 masak asam pedas telur ikan mayung.


Telur mayung masak asam pedas.


Mula-mula telur ikan mayung direbus setengah masak.
Tambahkan serai dan halia  untuk menghilangkan baunya.



Rebus sehingga air mendidih.


Keadaan telur ikan mayung selepas direbus dan ditoskan.


Tumiskan bahan-bahan untuk masak asam pedas.


Selepas mendidih, masukkan telur mayung yang telah direbus tadi.
Panaskan sehingga mendidih semula.


Siap dihidangkan.
Tak masukkan daun kesum atau bunga kantan sebab wak tak suka.



Semangkuk lagi.
Jomlah makan.

Salam bertani.

Khamis, 29 Ogos 2019

Membaja Anak Pokok

Salam bertani

Pagi tadi wak membaja anak-anak pokok tanaman yang terdapat di dusun. Wak gunakan baja sebatian NPK hijau yang sesuai untuk tumbesaran tanaman. Pokok buah-buahan dewasa yang baru saja lepas musim berbuah belum lagi dibaja. Kena selesaikan kerja-kerja memangkas dulu.


Wak biasa gunakan baja Nitrophoska ini untuk anak pokok.


Baja Hijau
NPK 15:15:15


Baja sebatian berbutir yang perlu ditabur di sekeliling pangkal pokok.


Anak pokok kelapa mataq


Anak pokok cempedak durian


Anak pokok durian musang king.


Anak pokok nangka madu j33.


Anak pokok durian D13


Anak pokok durian belanda.



Anak pokok manggis mesta.


Anak pokok durian kim hong.


Anak pokok durian duri hitam.


Anak pokok kantan merah.


Salam bertani.

Rabu, 28 Ogos 2019

Anak Ayam Turun Tanah

Salam bertani

Anak-anak ayam kampung yang wak tetaskan menggunakan mesin inkubator sudah berumur dua bulan. Minggu ini wak pindahkan anak-anak ayam ini daripada sangkar berlantai tinggi ke dalam reban. Anak-anak ayam kampung ini akan dikurung beberapa hari di dalam reban sebelum dilepaskan bebas pada waktu siang selama beberapa jam. Alhamdulillah, 54 ekor anak-anak ayam kampung ini sihat-sihat semuanya dan tiada seekor pun yang mati semenjak menetas.  Ayam kampung boleh dituai selepas berumur empat bulan.



Anak-anak ayam kampung berumur dua bulan.
Pertama kali dipindahkan ke dalam reban lantai pasir.



Anak-anak ayam kampung selepas menetas menggunakan incubator.
Dididik di sangkar didik (brooder) selama sebulan.
Dipanaskan oleh mentol 5 watt.


Selepas sebulan anak-anak ayam kampung dipindahkan ke dalam
sangkar berlantai tinggi.



Anak-anak ayam kampung berumur hampir dua bulan
di dalam sangkar lantai.


Selepas dua bulan anak-anak ayam kampung dipindahkan ke dalam reban kekal
berlantai tanah/pasir.
Disediakan makanan dan minuman di dalam reban.
Anak-anak ayam akan dilepaskan keluar reban pada waktu petang dan
masuk semula ke dalam reban pada waktu malam.

Salam bertani.

Selasa, 27 Ogos 2019

Ahad, 25 Ogos 2019

Sabtu, 24 Ogos 2019

Tuaian Hasil Dusun

Salam bertani.

Selain rambutan, wak juga menuai buah pulasan , cempedak dan hasil tanaman lain untuk dipasarkan di paskam. Wak hanya menjual hasil-hasil dusun seminggu sekali setiap pagi sabtu pada musim buah-buahan kali ini. Ada juga sebahagian pelanggan yang membeli secara pesanan atau datang ke rumah. Sebahagian daripada hasil dusun wak jamu saudara mara dan sahabat handai sahaja.


Tuai pulasan pada pagi ini (jumaat).


Dua bakul pulasan.


Tuai rambutan pada petang tadi.(jumaat)


Buah cempedak dituai beberapa hari awal.
Perlu dijemur seketika dan disimpan di tempat teduh
beberapa hari sebelum masak/matang.



Tuai serai pada petang khamis. 


Memetik dan megupas kelapa pada pagi khamis.

Harap-harap laris jualannya.
Salam bertani.

Jumaat, 23 Ogos 2019

Tuaian Rambutan Jarum Emas

Salam bertani

Petang tadi wak menuai buah rambutan jarum emas untuk jualan di paskam pagi esok. Wak hanya memotong beberapa dahan pokok rambutan tersebut untuk mendapatkan hasil tuaian sebanyak tiga bakul besar.


Buah rambutan bergantungan setelah dahannya dipotong.



Tangkai rambutan dipotong menggunakan kacip pemotong
dan dimasukkan ke dalam raga.


Buah rambutan dikumpulkan ke dalam bakul besar.

Siap dua bakul di belakang.


Dan satu bakul di tengah.

Salam bertani.

Khamis, 22 Ogos 2019

Tuaian Buah Longan Ping Pong

Salam bertani

Petang tadi wak memetik buah longan ping pong yang tengah masak ranum. Buahnya berbau harum apabila matang. Pokoknya di belakang dapur sahaja. Alhamdulillah, kali ni lebat buahnya.



Tuaian 3 tangkai buah longan ping pong.


Perbandingan saiz buah longan ping pong.


Seraga hasil tuaian


Isi buah logan ping pong
Manis bersari.


Buah longan ping pong di pokok

Salam bertani.

Rabu, 21 Ogos 2019